Thursday, November 11, 2010

cerita kreatif


berkerut dahi buat pantun spontan ni. semata2 nak masuk contest:cerita kreatif BA. lari tajuk pulak tu. BA suruh cerita. aku buat pantun. tak kisahlah. cuba2 je nih.


dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing manis ni;
kalau rajin dan berdedikasi,
pasti BE mencanak setiap hari.


dari kita menconteng dinding,
lebih baik tulis blog sambil berbaring;
BE naik, mata dah bling2,
hidung kembang kempis sambil tersenyum kambing.


pulau pandan jauh ketengah,
memang takkan nampak walau panjat zirafah;
tumpang lalu, salam ziarah,
balas kunjungan rapat ukhuwah.


walau kita lain dunia,
ibarat seperti anjing dan kera;
walaupun hanya di alam maya,
kasih tersemai sesama blogger (blog-ga).


mari duduk rapat2,
follow mollow sampai melekat;
kita blogger tak kira darjat,
tua-muda baru-lama semua sepakat.


terrer sungguh rabbit ini,
taip guna kaki pun dia boleh;
jangan lupa pesanan ini,
update blog sekerap yang boleh.


king kong, beruk atau babun aku tak dapat nak agak,
muka dia serius macam nak gertak;
ada lagi yang aku nak borak,
jangan biar blog berkerak.


sekian sahaja pantun saya,
saya tahu memang caca merba;
harap sudi2kanlah membaca,
saya sekadar ingin mencuba.

untuk siapa yang tak join lagi, pergilah join. kat sini ye segala panduannya.

18 comments:

  1. Blogwalking hari hari
    macam macam cerita ada
    update blog dh nak pecah jari
    takkan tak sudi skodeng cik lala

    ReplyDelete
  2. hehe pandai kamu berpantun..
    semoga berjaya nanti ye..:)

    ReplyDelete
  3. gud luck!

    ReplyDelete
  4. waaa siap berpantun laie.... xper2 aku undi diri sendiri hehhehe (gurau je) kreatif gak tuh.. bagus la abg ben buat idea macam nie

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..
    ini sudah baik siap pantun lg...

    ReplyDelete
  6. wahh, cekla.. kreatif a.. ada can ni
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  7. gud luck cek la! :)

    ReplyDelete
  8. suke,kreatif cek lala
    good luck erk

    ReplyDelete