Sunday, October 30, 2011

lokasi: tempat sejuk. ye. aku di satu tempat sejuk. sejuk bukanlah bersalji. kadang2, pagi, tempat ni berkabus. kiri, kanan, depan, belakang, semuanya berlatar belakang gunung ganang hijau. tenang. aku di sini bukan bercuti, bukan bekerja. tapi belajar. sudah berkurun aku tanam anggur kot. mungkin dah tiba masanya aku keluar dari kepompong anggur2 aku. memang target aku tahun ini aku mahu kembali menghadap buku, memerah otak dengan ujian mengkagumi guru yang bijak pandai, berperang bersama rakan baru. jadi di tempat sejuk ini, selama dua bulan (hanya tinggal 1 bulan 1 minngu saja) aku akan menghadam setiap informasi yang terhidang. doakan aku berjaya!