Wednesday, February 8, 2012

update

di dalam kasut lala perlu dikemaskini. dibuang apa tak perlu. ditambah apa yang kurang. aku mahu aktif berblogging kembali. aku mahu duit nuffnang. $$$$. hahahahaah! *jangan mimpi cekLa*


beku

agak lama blog kesayangan ditinggal beku. bukan tiada masa tapi kering idea. terima kasih Cek Lya kerana ingatkan saya untuk menulis sesuatu. yang sebenar2nya tak ada apa yang mahu dibebelkan disini.


dua post sebelum ni, memang post jiwa kacau. bukan tak pernah ada post jiwa kacau macam tu kan. tapi, orang tua2 kata, disetiap hujung tahun, mesti ada musibbah yang menimpa. sama ada korang2 percaya atau tak, selama dua tahun berturut2 benda buruk berlaku di penghabisan tahun. bila masuk tahun yang baru, keadaan kembali ok.

sekarang, aku dah tenang. jauh dari mainan jiwa yang berkecamuk. masa tu hati rasa macam kena perah, diratah2, dipijak2. lepas tu, dilelong2kan. (dua singgit) ok, mungkin tak seteruk tu. hati tak nak faham. bila kemahuan dan logik akal tak selari dengan kata hati, ranap lah segala.

aku bersyukur sangat2. kawan2 sentiasa ada dikala susah aku. ye. masa tu barulah ingat aku ni ramai sangat kawankan. untuk kawan yang berapa kerat itu, terima kasih sebab jadi support system dikala diri ini memerlukan. tak perlu aku sebut. anda tahu siapa anda kan?

aku tak mahu kesedihan yang berpanjangan. aku tak suka agoni sebetulnya. jadi, aku hadirkan musim bunga lebih awal dari jangkaan.