Friday, November 2, 2012

apa salahnya jika aku menangis?

sejak aku jauh (betul2 jauh) dari orang2 yang aku telah terbiasa, hati aku mudah tersentuh dengan keperitan dan kepayahan yang aku hadapi. laju saja air mata ini jatuh. macam ada butang automatik, yang bila hati terasa, mata pun jadi air terjun mencurah2.

contohnya,
kalau aku terpaksa berjalan kaki pulang ke rumah dari tempat kerja. memanglah perjalanan hanya ambil masa 10-15 minit, tapi sambil2 jalan aku menangis. aku terkenangkan mak yang selalu berjalan kaki ke tempat kerja dulu. abah yang terpaksa mengharung sesak trafik dan meredah hujan semata2 kerana kerja. kuat sungguh semangat mereka mencari rezeki untuk membesarkan kami adik-beradik.

jadi, kenapa aku tak boleh jadi seperti mereka?

kalau aku berkehendakkan sesuatu tapi tak penting, dan tak punya cukup wang untuk membelinya, aku sebak. bukan sebak sebab tak ada duit. tapi marahkan nafsu yang terlalu menggunung. abah bertahun-tahun dengan kereta keluaran awal 90-an hingga aku belajar di Melaka kereta itulah yang digunakan untuk menghantar aku. walau dah berkali ada suara2 yang suruh abah menjual kereta tersebut, tapi abah tetap berdegil. selagi boleh guna, selagi itu dia guna.

abah mungkin sedar kegunaan wang adalah untuk perkara/benda yang lebih penting. nafsu abah tidak pada kereta yang terhangat dipasaran. nafsu abah hanya sekadar cukup.

jadi, kenapa aku tak boleh jadi seperti abah?

aku tak mahu merungut dari sekecil2 perkara hingga kesebesar2nya. aku rasa kalau aku merungut maknanya aku tak ikhlas mengharungi semua dugaan tu.

memang kadang2 aku tertekan dengan kerja dan keadaan sekeliling. tapi dengan merungut dan mengenang nasib tak akan mengubah apa2. tak kan menyelesaikan apa2.

aku menangis hanya untuk tenangkan diri. kerana aku tahu walau payah mana pun, walau perit mana pun, tuhan dah susun elok perjalanan hidup aku satu persatu.

 

ini semua gara-gara engkau

dah berulangkali kau buat begini.

kau buat aku jatuh cinta sama kau.
senyuman kau saja di pagi hari sudah buat aku berseri-seri.

mencair aku melihat senyum itu.
jantung aku sudah berada diluar skala badan.
rama-rama pun mula bersarang dalam perut.

ini semua gara-gara engkau!