Sunday, June 22, 2014

Kejar

Perkara paling faktab yang pernah jadi dalam hidup aku ialah bersama dengan mengejar seseorang yang mencintai orang lain selama satu tempoh yang agak panjang; 7 tahun.

Aku sedar perkara yang jadi ni tapi sebab buta hati, buta segala2nya, aku terus kan jugaklah demi cinta membaraaa. Gila. Eh bukan. Bodoh.

Lagi dikejar orang tu, lagi laju dia lari. Aku lupa yang orang berlari takkan toleh kebelakang dah! Apsal la tak habaq kat aku yang dia tak cintai aku?

Hahahaha. Serius geli.

Well, well. Aku moved on selepas tersedar dari mimpi kisah dongeng kejarlah-cinta-nescaya-cinta-akan-kejar-kau-balik.

Aku buat keputusan untuk berhenti mengejar lepas aku rasa tak ada apa untuk aku kejarkan. Aku rasa semua tu tak berbaloi sebab takde arah tuju yang jelas.

Dan yang paling buat aku puas hati ialah,
aku dah tunjukkan yang aku boleh hidup tanpa kegilaan mengejar dia.

Hidup aku pun happy.
Sangat.