Tuesday, August 25, 2009

kembali dari bertapa

assalamualaikum..

aku login ke blog aku ni macam aku masuk ke rumah kosong yang ditinggal lama. nasib tak bersawang. cuma "spider" virtual bersarang di kotak pekik. bukan famous pun blog aku.

lebih 2 bulan aku tak update. bertapa sekejap mencari sesuatu yang bermakna. membuat kerja tanpa upah. memang sangat deep!

rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT BERPUASA. alhamdulillah, setakat 3 hari ini, penuh. dan aku harap dapat penuhkan satu bulan. itupun kalau kitar haid aku terganggu lagi bulan ini.

ramadhan ini, memang aku nanti dengan penuh debar. tidak seperti ramadhan yang lain. aku asyik fikir tentang ibadah apa yang belum lagi ku tunai di bulan ini. dan alhamdulillah, paru2 aku dapat bebas seketika. mungkin ini proses untuk katakan "taknak" sesudah selesai ramadhan. siapa tahu?

program hujung minggu semakin padat. setiap minggu ada rumah untuk diserbu pada waktu petang. yeay!!!! makan lagi!!!