Sunday, August 31, 2014

Fall

I dont wanna fall to pieces.
I just wanna sit n stare at u.

Avril lavigne.

Thursday, August 28, 2014

Unsur

Nampak atas sana tu?

*tangan tunjuk atas*

LANGIT.

Dan bawah tu?

*tangan tunjuk kebawah*

TANAH.

Perbezaan jarak antara keduanya tak dapat diukur, kan?
Medium kedua2nya lagilah berbeza.

Macam jugak kau dan aku.

Saturday, August 9, 2014

Harapan

Harapan itu senjata yang paling berbahaya buat sekalian umat manusia.

bukan aku yang kata. wani ardy yang bagitau dalam lagu askar.

sama ada kita menang dengan senjata tu, atau pun senjata tu akan bunuh kita balik.

ada sorang kawan pernah bagitau aku, lebih kurang macam ni.
"kalau harapan tu senjata, takkan ada orang yang berharap untuk sesuatu yang lebih baik. takde orang sanggup menggadaikan nyawa untuk sebuah harapan."

betul jugak.

harapan tu buatkan kita terus berusaha untuk hidup.

harapan.
terpulanglah pada apa yang kita fikirkan.

apa pun yang jadi, harapan will always lead us to the one and only.

Tuesday, August 5, 2014

Too Many Ehs

Seperti kopi yang memerlukan bahan pelarut dan gula untuk menjadikannya minuman yang manis, begitu juga aku.

Di dalam kasut lala merupakan salah satu medium pelarut mengenai apa saja yang aku fikir diwaktu kepala sarat dengan masalah dunia.

Eh.
Kalau orang yang rapat dengan aku tentunya akan tahu tempat lepas gian menulis aku adalah disini. Mereka yang kenal aku pasti akan tahu apa yang tersirat dan tersurat disebalik penulisan aku. Kadang2 aku tulis bukan berkisar tentang life aku hari2 pun.

Eh.
Sesiapa yang kenal aku sudah tentu tahu bagaimana pe'el aku direaliti. Tentu tahu kecintaan aku pada pada bait2 kata yang macam tangkap leleh.

Eh.
Sebenarnya bukan ni yang aku nak tulis. Benda lain. Rasanya personal sangat. Memang tak boleh share kat sini sebab nanti satu dunia tau.

Eh.
Perasan pulak aku ni. Macam la rating blog tinggi sampai satu dunia boleh baca.

Eh.
Biarlah. Ini blog aku yang punya..
Jadi, sukahatilaaa.

Peace.

Friday, August 1, 2014

Ikhlas

Ikhlas datang apabila melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan apa2 ganjaran, pujian atau ingatan.

Pernah terdengar ucapan seorang ustaz bahawa Tuhan sebenarnya nak pupuk keikhlasan dalam diri kita dengan menguji kita dengan perkara yang boleh buatkan kita melepaskan keikhlasan tu.

Tak ramai orang yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan untuk disayangi dan disenangi oleh orang lain.
Amat sedikit bilangan orang stay still pada landasan ikhlas tanpa mengungkit2 sama ada dimulut atau di dalam hati atau dengan apa cara sekalipun,
pabila sesuatu perkara berlaku bukan seperti yang dikehendaki.

Pada tangan yang awalnya datang menghulur, tapi tujuan halus sebenarnya untuk memanipulasi orang yang dibantu.
Pada setiap perkara kebaikan didunia, sesungguhnya adalah untuk gambaran baik bagi setiap mata yang memandang.
Ahhh! Kalau aku beri contoh disini takkan habis.

Daripada yang tak ramai ni, apa kata kita cuba berjuang untuk ikhlaskan setiap perbuatan kita didunia yang fana ni.
Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu kiriman Allah untuk bentuk kita menjadi hambaNya yang terbaik. (sekurang2nya, aku percaya yang ini)

Mari..,
Sama2 perbaiki diri.
Jom kita ikhlas sesama manusia,
dan terutama sekali ikhlas sama tuhan.

Harap maaf jika pesanan ikhlas ini mengundang ketakselesaan pada mana2 pihak.
Maaf.

Yang buruk jelek itu semuanya dari aku sendiri,
Yang indah cantik hanyalah dari tuhan.

Taqabalallahu minna wa minkum.
Amin.