Ikhlas datang apabila melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharapkan apa2 ganjaran, pujian atau ingatan.
Pernah terdengar ucapan seorang ustaz bahawa Tuhan sebenarnya nak pupuk keikhlasan dalam diri kita dengan menguji kita dengan perkara yang boleh buatkan kita melepaskan keikhlasan tu.
Tak ramai orang yang ikhlas tanpa mengharapkan balasan untuk disayangi dan disenangi oleh orang lain.
Amat sedikit bilangan orang stay still pada landasan ikhlas tanpa mengungkit2 sama ada dimulut atau di dalam hati atau dengan apa cara sekalipun,
pabila sesuatu perkara berlaku bukan seperti yang dikehendaki.
Pada tangan yang awalnya datang menghulur, tapi tujuan halus sebenarnya untuk memanipulasi orang yang dibantu.
Pada setiap perkara kebaikan didunia, sesungguhnya adalah untuk gambaran baik bagi setiap mata yang memandang.
Ahhh! Kalau aku beri contoh disini takkan habis.
Daripada yang tak ramai ni, apa kata kita cuba berjuang untuk ikhlaskan setiap perbuatan kita didunia yang fana ni.
Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku itu kiriman Allah untuk bentuk kita menjadi hambaNya yang terbaik. (sekurang2nya, aku percaya yang ini)
Mari..,
Sama2 perbaiki diri.
Jom kita ikhlas sesama manusia,
dan terutama sekali ikhlas sama tuhan.
Harap maaf jika pesanan ikhlas ini mengundang ketakselesaan pada mana2 pihak.
Maaf.
Yang buruk jelek itu semuanya dari aku sendiri,
Yang indah cantik hanyalah dari tuhan.
Taqabalallahu minna wa minkum.
Amin.
No comments:
Post a Comment