Saturday, June 29, 2013

diam

sejak dua menjak ni, aku tak pasti sama ada aku yang cepat terasa atau manusia sekeliling aku yang suka merajuk tak tentu pasal.

atau mungkin masing2 sudah keluarkan evil side mereka. makanya, sesedap rasa saja mengeluarkan kata2.

aku baru tahu yang lelaki  paling kuat rajuknya. disebabkan sekecil2 perkara, dia sudah buat muka beku. ada aku kisah kalau kau nak berkecil hati pada aku pun?

kadang2, kalau kita terlampau baik, terlampau diam, terlampau tak melawan, orang akan senang2 pijak kepala.

memang elok sangat la bila mereka dok bercakap pasal jahat kita, maka kita diam.

diam maknanya tak mahu memanjangkan. aku diam cuma untuk tak sakitkan hati aku dengan perkara2 bodoh yang menampakkan lagi kebodohan diri.

aku berjaya! kerana diam tak bererti kita kalah.

sejam selepas dia mengadu domba dan menganjing aku dengan muka beku, dia mula mengendeng.

serius masa ni aku nak cakap kat dia, 'B***'!


Wednesday, June 19, 2013

putih

sekarang memang tengah hot produk2 pemutihan yang menjanjikan kulit putih kalau diminum.

****white la, ****white la. tah apa white lagi tah.

cara diorang menjalankan marketing dan promosi memang berkesan. meletakkan perbandingan gambar sebelum dan selepas penggunaan memang bijak. jelas dan nyata nampak KEPUTIHANnya. harga pun berpatutan mungkin sebab tu ramai orang cuba.

setakat ni, aku belum lagi terjebak untuk beli dan guna. bukan sebab aku rasa aku dah cukup putih. aku ada perasaan ragu2 tentang produk tu. yela, tak semua produk berkesan untuk setiap orang kan?

so, satu hari, seorang colleague yang agak obsess dengan pelbagai produk pemutihan di pasaran bercerita tentang produk yang dia guna, beli dan jual kat sorang lagi colleague.

aku macam biasa tak berapa nak ambil port sangat kalau topik tu aku tak berapa minat. aku diam dan sambung kerja.

dalam aku tengah dok diam, tiba-tiba dia tanya,

"cekla, hang taknak try ke ****white ni?"
"hmmm, takpela. buat masa ni tak nak lagi." -sambung balik kerja.


"aku bukannya apa. aku nak bagi hang cantik.

-atleast kalau mati nanti takdelah muka buruk sangat"


WTFish??? semua orang yang dengar gelak.

sabar. aku sabar.
gelak tak ikhlas.
fikir banyak lagi kerja.

petang tu,

dia mencanang lagi  lawak dia pada semua yang kalau aku minum produk tu, bila mati nanti sekurang-kurangya takde la muka buruk.

dan seperti biasa orang akan gelak.

aku rasa aku tak boleh bersabar kerana sepanjang hari lawak itu yang aku dengar.

"ala ben, kalau dah mati nanti hang dengan aku confirm putih punyeee pakai KAIN KAPAN.
takde maknanya nak cantik masa tu!"


bunyi yang keluar selepas itu hanyalah bunyi 

cengkerik.