Monday, January 20, 2014

cuma rindu

aku rindu kau.
kau tahu tak?

atau kau tak pernah nak ambil tahu.
macam dulu.

dulu2 kau kata;
kau tak rindu--
semuanya biasa saja.

sedangkan 
hati aku selalu penuh rindukan kau.
walau kau ada disisi.
walau kau cuma memandang dari tepi.
walau sesaat tadi kita baru berdiskusi.

hilang saja kau dari depan mata,
mesti kau aku cari.

memang waktu itu, aku rasa aku tak boleh hidup tanpa bayang kau.
imaginasi tentang ketiadaan kau langsung tak terlintas satu pun.

betapa takutnya aku, 
untuk hilang satu entiti yang kadang2 aku tahu dia hanya dalam dunia dia sendiri.

aku gagahkan demi semata kau dipenglihatan.
aku pujuk hati yang mahu mengecil kerana itu.
dan aku pun tahu tak semudah itu membuat kau suka semuanya tentang aku.

aku tak berniat pun untuk tagih rayu semuanya yang telah hilang diambil masa.
aku cuma rindu.
cuma rindu.