Showing posts with label sepuluh perkara. Show all posts
Showing posts with label sepuluh perkara. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

# 10: sepuluh ucapan penutup sepuluh perkara

1. takde apa yang aku nak tulis. baru teringat nak habiskan sepuluh perkara pagi2 buta macam ni.

2. selamat menyambut hari raya aidiladha. berapa lembu/kambing dah tumbang? cakap pasal lembu/kambing untuk dibuat korban ni, kenapa ye, ada lembu yang nak jadi korban kurus kering macam tak cukup makan? sayu je hati aku tengok lembu2 kurus-cikeding-tendang-masuk-tin kena tambat menanti untuk disembelih. sayu2 pun, atlast aku makan jugak dagingnya.sebab daging tu orang bagi. tak tau lah lembu yang mana, gemuk2 ke kurus ke diorang korbankan.

3. thank to qilarazak, menge'tag' aku. rasanya macam apa lah yang ada kat blog ni sampai dia suka sangat? aku buat entri pun bukan rajin macam abang (u know who lah kan?) sorang tu. balik2 dok fikir mana nak cari idea tulis entri. idea tu banyak. tapi untuk nak mula menulis tu, agak susah sikit. bila dah mula tak reti nak stop. btw qilarazak, kita pun suka baca belog Hanis Zalikha tu. memang dia jarang update, tapi sekali dia dia update, rasa macam tak cukup je walaupun dah panjang berjela2 dia tulis!

4. baru dapat tahu aku dapat pergi premiere screening rapunzel: a tangled tale minggu depan! aku nak wii tapi dapat tengok wayang pun ok gak! dah berkurun tak tengok wayang. last sekali tengok, cerita upin dan ipin. lama gila tuuuu! mahu setahun lebih. terima kasih nuffnangggg! tapi sayang saya belum cukup untuk kamu, sebab saya tak dapat lagi BE yang hangat diperkatakan tuh. dan lagi satu, earning saya tak sampai singgit! hahaha! kelakar pulak. tak sampai singgit pun nak bagi tahu. takpe. tu nama rezeki.

5. saya nak jalan2 blogwalking pagi2 ni macam takde semangat. mungkin mengantuk. esok2 nanti aku balas kunjungan korang ye. pasti. akan. tengok.

6. ini adalah ucapan rawak. atau sebenarnya tak ada apa yang aku nak katakan disini?

7. baru lepas skodeng blog kakak angkat aku masa sekolah2 dulu. dah kahwin pun dia. anak 2 dah. comel2 plak tuh. teringin pulak nak ada anak yang comel2 cenggitu. sekarang ni yang ada cuma anak kucing. meeooww. nanti aku buat satu entri khas untuk kucing2 bertuah ni. nak tangkap gambar punyalah susah! tak boleh dok diam betul. macam tau2 je aku nak snap gambar korang kan? mula lah nak garu2, jilat2 kasi bersih, terkam2 tangan aku. ngada betul!

8. prince william yang tak berapa nak kacak tu dah sah berpunya. dulu aku fanatik gila dengan dia. pernah aku berangan aku jumpa dia, bercinta kemudian kahwin dan dapat anak dan dah fikir pun nama anak2 tu dan tinggal di london bersama nenek mertuaku si ratu itu, yang aku panggil opah! hahahaha! aku nak tanya betul2 sang ratu, kenapa nenek moyang dia jajah tanah melayu dulu. apa tak cukup tanah ke kat sana?

kate middleton sedang menunjuk2 engagement ring-nya. sikit pun aku tak jeles!

9. aku bukanlah patriotik sangat tapi tiap kali merdeka, aku nampak tunku abdul rahman melaungkan perkataan merdeka, aku jadi nak nangis. terharu dan sebak melanda hatiku ini. perkara itu hanya terjadi semasa 31 ogos, detik 12 malam, kalau mood aku nak menghayati kemerdekaan. tapi, merdeka tahun ni, aku tidur golek2 atas katil je. siapa kata aku patriotik?

10. bila datang no. 10 ni  aku dah tak tahu nak kata apa. oh, sekian. wassalam.




Friday, November 5, 2010

#2: sepuluh perkara saya suka

1. makan. klise betul. makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. semua makanan aku suka. kecuali... nanti aku cerita kat entry lepas ni.

2. kucing. kucing2 aku ibarat anak2 aku. aku ada 9 ekor kucing.

3. chocolate. crispy yang kerap aku makan. yang bestnya bila beli crispy, dapat free gift, pemadam atau key chain. hehehe...

4. main game the sims. hampir semua game dari siri the sims aku dah main. dari the sims, the sims 2 sampai the sims 3. hanya orang yang dah pernah main the sims je yang tahu best ke tak best game ni.

5. goreng blackie!!! blackie ialah sebuah gitar kapok. aku beli dengan duit loan masa first sem. abah tak galakkan aku beli gitar, walaupun masa abah muda2 dulu, terror main gitar. last2, abah yang jadi tuner sebab aku tak reti nak tune gitar!

aku tahu skill aku takde lah tahap terror leh goreng guna gigi, dan suara aku takde lah sesedap siti, tapi bila petik je gitar, aku rasa puas. hehehe...

6. menangis bila aku marah atau geram sangat. bagi aku, menangis bukan menunjukkan kita ni lemah. airmata tu ibarat kekuatan aku.

7. aku kaki berjalan. kalau tak keluar pegi jalan2 (tak kisah lah kalau cuma pergi lepak kat kedai mamak), aku jadi stress sangat2. 

8. bercakap depan cermin. orang yang tengok aku berdiri depan cermin cakap aku berangan. tapi sebenarnya aku bercakap. oklah. berangan pun ada jugak. ;p

9. berenang kuak lentang. sebab aku ni jenis tak reti nak menyelam. banyak kali dah cuba menyelam. alih2 terapung jugak.

10. baca blog orang... (dah tak tahu nak fikir apa yang aku suka)

aku nak tag blogger sebagai penghargaan kepada mereka kerana sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa ni. 



kepada blogger yang dah masuk, follow blog ni, terima kasih. lain kali aku tag lagi ye. tungguuu...