Friday, November 5, 2010

#2: sepuluh perkara saya suka

1. makan. klise betul. makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. semua makanan aku suka. kecuali... nanti aku cerita kat entry lepas ni.

2. kucing. kucing2 aku ibarat anak2 aku. aku ada 9 ekor kucing.

3. chocolate. crispy yang kerap aku makan. yang bestnya bila beli crispy, dapat free gift, pemadam atau key chain. hehehe...

4. main game the sims. hampir semua game dari siri the sims aku dah main. dari the sims, the sims 2 sampai the sims 3. hanya orang yang dah pernah main the sims je yang tahu best ke tak best game ni.

5. goreng blackie!!! blackie ialah sebuah gitar kapok. aku beli dengan duit loan masa first sem. abah tak galakkan aku beli gitar, walaupun masa abah muda2 dulu, terror main gitar. last2, abah yang jadi tuner sebab aku tak reti nak tune gitar!

aku tahu skill aku takde lah tahap terror leh goreng guna gigi, dan suara aku takde lah sesedap siti, tapi bila petik je gitar, aku rasa puas. hehehe...

6. menangis bila aku marah atau geram sangat. bagi aku, menangis bukan menunjukkan kita ni lemah. airmata tu ibarat kekuatan aku.

7. aku kaki berjalan. kalau tak keluar pegi jalan2 (tak kisah lah kalau cuma pergi lepak kat kedai mamak), aku jadi stress sangat2. 

8. bercakap depan cermin. orang yang tengok aku berdiri depan cermin cakap aku berangan. tapi sebenarnya aku bercakap. oklah. berangan pun ada jugak. ;p

9. berenang kuak lentang. sebab aku ni jenis tak reti nak menyelam. banyak kali dah cuba menyelam. alih2 terapung jugak.

10. baca blog orang... (dah tak tahu nak fikir apa yang aku suka)

aku nak tag blogger sebagai penghargaan kepada mereka kerana sudi singgah kat blog aku yang tak seberapa ni. 



kepada blogger yang dah masuk, follow blog ni, terima kasih. lain kali aku tag lagi ye. tungguuu...

No comments: