Tuesday, April 28, 2009

buruh hari pekerja

SELAMAT PAGI!!!

entah kenapa aku suka menulis di awal2 pagi walaupun aku tak tidur semalaman. mungkin aku rasa udara pagi sedikit memberangsangkan otak aku mengeluarkan idea2 untuk menulis.

1 Mei ni merupakan hari pekerja. aku tak suka menggunakan term 'hari buruh'. buruh (mengikut Kamus Dewan edisi Empat), bermaksud orang yang bekerja dengan mendapat upah. perkerja pula mengikut Kamus Dewan lagi- (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta).

jadi yang dapat aku simpulkan disini, keduanya lebih kurang sama. tapi buruh tu aku rasa macam orang yang diupah untuk membuat bangunan. sebab tu aku lebih suka menggunakan term 'hari pekerja'.

best ke menyambut hari pekerja ni? aku tak tahu kerana aku tidak pernah bekerja kecuali masa praktikal dulu. itu pun hanya 3 bulan yang aku rasa, aku bukan pekerja. kebanyakan kerja dibuat oleh staff. oleh kerana aku ditempatkan di sebuah makmal hospital swasta, aku hanya dapat buat sample2 (darah, air kencing, najis), yang sudah disiap uji oleh staff disitu. ada kalanya, aku duduk dan menyorok dicelah2 mesin untuk melelapkan mata sesaat dua. takut supervisor nampak! kang report kat lecturer aku, kata aku kuat mengular!

hospital swasta pada kebiasaannya memang macam ni. tak banyak sample. yelah, pesakit yang buat satu2 ujian kesihatan di-caj dengan harga yang agak mahal berbanding hospital kerajaan. contohnya, jika pesakit menjalani ujian darah, harganya rm9. itu tak termasuk registration fee, lab registration fee, dan entah apa2 lagi fee. harga boleh mencecah rm15. kalau lah yang datang tu memang kaya raya setakat puluh2 ringgit ni tak main lah, mungkin dia tak kisah. tapi kalau yang datang rm1 pun boleh kenyang 2 hari, terpaksalah pulang dan mendaftar di hospital kerajaan yang kita semua sedia maklum akan perkhidmatannya yang macam siput itu.

pernah satu ketika, 2 orang mamat negro datang bertanyakan mengenai ujian darah. mereka tak puas hati kerana perbezaan harga rm2 lebih mahal berbanding dengan hospital swasta yang satu lagi. sudahnya, mereka pulang marah2 dan muka kebengangan.

siapa yang harus dipersalahkan???


berbalik pada kisah hari pekerja. dulu2, masa aku tinggal dengan family, biasanya pada hari pekerja abah aku akan mengambil cuti duduk dirumah dan berehat saja. memang rehat benar abah sebab apa yang aku nampak, abah akan tidur je. maka bergema lah dengkuran abah satu rumah boleh dengar sebab abah suka tidur diruang tamu. sejuk katanya. kalau tiba waktu makan atau solat, baru abah bangun. letih agaknya orang tua tu.

apa pekerja selalu buat bila tiba hari pekerja? kalau hari ibu atau hari bapa, kita meraikan ibu bapa kita dengan membuat surprise, menolong mengemas rumah atau membasuh kereta, belanja makan. itu sudah biasa. apa yang biasa dibuat untuk menyambut hari pekerja ya? aku pun tak tahu.

tapi, nasib baik takde rules yang suruh ''sesiapa yang tak bekerja sila ganti tempat pekerja2 di hari pekerja.''

Wednesday, April 22, 2009

soalan peperiksaan SPM 2009

saja buat title gempak time tidak mempunyai pekerjaan ini.


1. When you looked at yourself in the mirror today, what was the first thing you thought?
- just now, haaa~dah gemok!

2. How much cash do you have on you?
-RM10X2, RM5X1, RM1X8, coin-malas kira

3. What's a word that rhymes with "DOOR?"
- four

4. Favorite planet?
- venus

5. Who is the 4th person on your missed call list on your cell phone?
- sugarplum ;)

6. What is your favorite ring on your phone?
- beep je.

7. What shirt are you wearing?
- my fav nightie

8. Do you "label" yourself?
- night owl

9. Name the brand of your shoes you're currently wearing?
- so Light.-sangat ringan

10. Bright or Dark Room?
- dark

11. What do you think about the person who took this survey before you?
- tah. mana aku boleh baca fikiran orang.

12. What were you doing at midnight last night?
- chatting with ICE

13. What did your last text message you received on your cell say?
- pasal kucing si hobbit

14. Where is your nearest 7-11?
- terus, kona kiri, straight lagi, jumpa umah no.9, belok kanan, turun bukit, nampak sekolah, belok kanan lagi, sampai simpang ke-4, kona kiri, terus sampai nampak Restoran Kari Kepala Mamak,haaa dekat situ lah.

15. What's a word that you say a lot?
- Sengal!

16.Who told you he/she loved you last?
- Sugarplum

17. Last furry thing you touched?
- Badang??

18. How many drugs have you done in the last three days?
- drugs?takde pong

19. How many rolls of film do you need developed?
- swiss roll

20. Favorite age you have been so far?
- 18-22, enjoy je keje

21. Your worst enemy?
- pijat

22. What is your current desktop picture?
- zorro-like image yg de tulis windowsXP

23. What was the last thing you said to someone?
- "cium pun nak kena cepat ke?"

24. If you had to choose between a million bucks or to be able to fly what would it be?
- million bucks !! yeah~

25. Do you like someone?
- yess! budak senget mata empat

26. The last song you listened to?
- Keliru(Ruth Sahanaya), sang by Ice

Badang

sangat membosankan. masa tidur aku macam kelawar. malam jaga, siang membuta. tengahari baru celik mata tengok matahari dah terik kat luar rumah. anak dara hai anak dara.

hari ni ada mood untuk masak. pergi kedai pun dah pukul 12. tengah2 rembang nak keluar. tapi tadi tak rembang pun. windy.

masak terung sambal cili api(aku taram je nama resipi ni), sedap sungguh aku masak(perasannya). nak2 makan dengan ikan cencaru kukus. betol! sedap sebab aku tambah 2 kali. hehehe~

hari ni Badang punya mulut bising betul. bukan hari ni je. dah seminggu lebih asyik berbunyi je. nak kata lapar, tak jugak. tapi sekarang Badang dah gemuk sikit. tapi tadi Badang muntah. si Badang ni memang selalu muntah. bajet nak keluarkan furr-ball dia, tapi lain pulak yang keluar.

"Badang tak sihat ye hari ni?"

Mata cam setim pandang aku.

"Yiieauwww"

sekali bersuara macam betina pulak.

"Badang meh tidur sebelah mama"

tensen. dia buat muka sposen.

"Meh la sini, tidur tempat Badang. Mama buat special untuk anak mama nih"

"Yiieauuwww. Yiieauww"

dia bangun. dan terus berjalan keluar menuju pintu bilik.

hampeh punya Badang!

Kalau lah aku betul2 tahu apa yang dia 'Yiieauw'-kan tu, alangkah bestnya! yelah. at least aku takde lah buat andaian apa yang dia cakap. aku takde lah tertanya2 apa yang tak kena dengan dia. hilang rasa bosan aku kalau dapat bercakap dengan dia. mesti borak tak ingat dunia. potpet2 sampai pagi!


"Badang tak sihat ye hari ni?"

Mata cam setim pandang aku.

"Yiieauwww" (Badang sihat je. Mama tak payah lah risau.)

sekali bersuara macam betina pulak.

"Badang meh tidur sebelah mama"

tensen. dia buat muka sposen. (mungkin dia nak cakap macam ni "tak nak lah. Badang dah besar. Badang malu lah kalau kawan2 tengok Badang tidur bawah ketiak mama lagi. tak cool.'')-ewah2! besar tak besar. cool tak cool. kau tu anak aku!

"Meh la sini, tidur tempat Badang. Mama buat special untuk anak mama nih"

"Yiieauuwww. Yiieauww" ("Badang malu lah.babai, Badang nak keluar ambil angin.")

dia bangun. dan terus berjalan keluar dari bilik.

he'eh. merajuk pulak ke??


aku yang terpinga2 sudahnya.