Tuesday, April 28, 2009

buruh hari pekerja

SELAMAT PAGI!!!

entah kenapa aku suka menulis di awal2 pagi walaupun aku tak tidur semalaman. mungkin aku rasa udara pagi sedikit memberangsangkan otak aku mengeluarkan idea2 untuk menulis.

1 Mei ni merupakan hari pekerja. aku tak suka menggunakan term 'hari buruh'. buruh (mengikut Kamus Dewan edisi Empat), bermaksud orang yang bekerja dengan mendapat upah. perkerja pula mengikut Kamus Dewan lagi- (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan), orang yg memegang sesuatu jawatan (dlm perkhidmatan awam atau swasta).

jadi yang dapat aku simpulkan disini, keduanya lebih kurang sama. tapi buruh tu aku rasa macam orang yang diupah untuk membuat bangunan. sebab tu aku lebih suka menggunakan term 'hari pekerja'.

best ke menyambut hari pekerja ni? aku tak tahu kerana aku tidak pernah bekerja kecuali masa praktikal dulu. itu pun hanya 3 bulan yang aku rasa, aku bukan pekerja. kebanyakan kerja dibuat oleh staff. oleh kerana aku ditempatkan di sebuah makmal hospital swasta, aku hanya dapat buat sample2 (darah, air kencing, najis), yang sudah disiap uji oleh staff disitu. ada kalanya, aku duduk dan menyorok dicelah2 mesin untuk melelapkan mata sesaat dua. takut supervisor nampak! kang report kat lecturer aku, kata aku kuat mengular!

hospital swasta pada kebiasaannya memang macam ni. tak banyak sample. yelah, pesakit yang buat satu2 ujian kesihatan di-caj dengan harga yang agak mahal berbanding hospital kerajaan. contohnya, jika pesakit menjalani ujian darah, harganya rm9. itu tak termasuk registration fee, lab registration fee, dan entah apa2 lagi fee. harga boleh mencecah rm15. kalau lah yang datang tu memang kaya raya setakat puluh2 ringgit ni tak main lah, mungkin dia tak kisah. tapi kalau yang datang rm1 pun boleh kenyang 2 hari, terpaksalah pulang dan mendaftar di hospital kerajaan yang kita semua sedia maklum akan perkhidmatannya yang macam siput itu.

pernah satu ketika, 2 orang mamat negro datang bertanyakan mengenai ujian darah. mereka tak puas hati kerana perbezaan harga rm2 lebih mahal berbanding dengan hospital swasta yang satu lagi. sudahnya, mereka pulang marah2 dan muka kebengangan.

siapa yang harus dipersalahkan???


berbalik pada kisah hari pekerja. dulu2, masa aku tinggal dengan family, biasanya pada hari pekerja abah aku akan mengambil cuti duduk dirumah dan berehat saja. memang rehat benar abah sebab apa yang aku nampak, abah akan tidur je. maka bergema lah dengkuran abah satu rumah boleh dengar sebab abah suka tidur diruang tamu. sejuk katanya. kalau tiba waktu makan atau solat, baru abah bangun. letih agaknya orang tua tu.

apa pekerja selalu buat bila tiba hari pekerja? kalau hari ibu atau hari bapa, kita meraikan ibu bapa kita dengan membuat surprise, menolong mengemas rumah atau membasuh kereta, belanja makan. itu sudah biasa. apa yang biasa dibuat untuk menyambut hari pekerja ya? aku pun tak tahu.

tapi, nasib baik takde rules yang suruh ''sesiapa yang tak bekerja sila ganti tempat pekerja2 di hari pekerja.''

No comments: