Saturday, February 12, 2011

BE 3 ketul

tak sangka kebelakangan ni asyik mengabaikan blog, boleh dapat BE baru. ada 3 BE baru masuk. dan kempen magnolia sherbet dah pun jadi ME.

komitmen pada blog masih ada walau tak sepenuhnya. tak tahu nak cakap sekerap mana aku boleh update blog. walau tak ada yang kisah aku update ke tak blog yang satu ni, aku masih menghargai lagi follower dan pengunjung.

yang sebenarnya, jujur aku nak ngaku kat korang semua, aku tak tahu apa nak letak dah sebagai bahan setiap kali nak publish entry. last2, itulah hasilnya. update seminggu sekali.

mana pergi semangat aku? tanya nuffnang. hahhahaha!

p.s: terima kasih nuffnang dan para pengiklan semua sebab sudi kasi BE berketul2.

Thursday, February 10, 2011

satu hari di kedai bunyi-bunyian

bukan berhajat pun mahu sambar yang baru sebab yang lama masih elok. cuma string kena tukar.

fikir2 balik, bila lagi nak beli. sedap kendong. selesa pegang. merdu bunyi. tak sakit jari.

aku dah jatuh cinta.

aku berkehendakkan warna putih. tapi tak ada. hanya tinggal merah jambu dan hitam. hitam macam blackie. jadi aku ambil pink.

uncle james suruh try. dia kata, tak apa, u kena try baru puas hati.

belum sempat duduk dan try, aku tepandang yang lain. eeeeee, yang itu cantik!

uncle james kata boleh try. tak bestlah uncle. sama macam blackie saya. keras.

dan keputusan untuk membeli alat bunyi warna pink itu sudah muktamad.

nama dia rose. nama keluarga dia gypsy rose.


*ini pun u jual ke uncle? uncle james jawab ada. i kasi murah sama u lah.

ok. i angkat yang ni satu. ^_^

p.s: bila dah dapat shopping semua nak dibeli.

Tuesday, February 1, 2011

kasut macam cekla

aku tak mengangkat diri aku tinggi2.

yang aku nampak.
yang aku rasa.

kecil saja.

selalu ikut naluri,
bukan bermaksud bercitarasa tinggi kan?

sentiasa mahukan lain dari yang biasa-biasa,
tidak bererti tidak normal kan?

kasut (converse) aku sebelah kiri talinya hijau, diikat melintang.
sebelah lagi, tali putih, diikat bersilang-silang.

trend dua tiga tahun lepas. sudah lapuk sekarang. kasut itu pun aku tidak pandang lagi.

gf kawan lama membeli kasut jenis sama. 'macam cekla'
itu yang dia beritahu pada kawan bila mahu membeli kasut itu.

kenapa entah,
tak semena-mena aku bengang jadinya.
kalau mahu beli jangan mention barang itu sama macam aku punya.
aku tak suka sama.

sama itu semua ada.
sama itu kau kau orang pun boleh jadi ada juga.

aku berjumpa dengan mereka semula.
dan lihat kasut 'macam cekla' dia.

sebelah talinya merah.
sebelah lagi putih.

serius tak suka.

kawan baik kata tak apa. kau dah jadi trendsetter.

huh!?