Showing posts with label buffered earning. Show all posts
Showing posts with label buffered earning. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Oh My Abah

terkesima aku. perbualan aku dengan abah semalam betul2 buatkan aku terdiam.

aku buat2 kool, pandang ke luar tingkap kereta dan seperti acuh tak acuh. dalam hati ni tuhan saja yang tau.

betapa aku mahu putaran tayar kereta laju meluncur supaya cepat sampai ke destinasi. betapa aku hendakkan kereta2 dihadapan bergerak lebih laju lagi. betapa aku mahukan hujan lebat yang menyebabkan kesesakan kenderaan di lebuhraya yang satu ini berhenti.

dalam banyak2 masa, kenapa masa itu yang abah pilih untuk berbicara dengan aku.

arrrghhhh! sesak dengan keadaan jalan. sesak dengan apa yang abah cakapkan, walau aku tahu abah tidak berniat untuk buat aku berasa begitu.

'dengar tak long?' abah siku tangan aku. mungkin abah fikir aku mengelamun.

'hmmm.'aku sebenarnya tak tau apa yang dikeluarkan dari mulut ni.

'awak tu umur dah lanjut. kalau ada pasangan cepat2 bawa jumpa abah.'

oh my abah!

Saturday, February 12, 2011

BE 3 ketul

tak sangka kebelakangan ni asyik mengabaikan blog, boleh dapat BE baru. ada 3 BE baru masuk. dan kempen magnolia sherbet dah pun jadi ME.

komitmen pada blog masih ada walau tak sepenuhnya. tak tahu nak cakap sekerap mana aku boleh update blog. walau tak ada yang kisah aku update ke tak blog yang satu ni, aku masih menghargai lagi follower dan pengunjung.

yang sebenarnya, jujur aku nak ngaku kat korang semua, aku tak tahu apa nak letak dah sebagai bahan setiap kali nak publish entry. last2, itulah hasilnya. update seminggu sekali.

mana pergi semangat aku? tanya nuffnang. hahhahaha!

p.s: terima kasih nuffnang dan para pengiklan semua sebab sudi kasi BE berketul2.

Friday, January 21, 2011

Layari Internet dengan Gembira (Happy)!

dah lama tak update blog, tetiba dapat 1 BE Happy Prepaid Internet. puas aku nak faham, malam2 macam ni agak blur sikit.

aku terangkan sedikit sebanyak pasal Happy Prepaid Internet ni. 

buat masa sekarang ni, Happy hanya ada di Kota Bharu sahaja. dekat tempat lain takde lagi. sesiapa yang berkenan nak try test Happy Internet ni, pek permulaannya hanya RM15. murah kan? anggaran RM1.70 sehari. murah kalau nak dibandingkan dengan servis telco lain. kelajuannya 384kbps (sama dengan Celcom Prepaid).

Bila dah habis prepaid, leh topup minimum RM5 yang tahan 2 hari. lagi satu yang bestnya, ada Hari Internet Ekstra bila korang topup RM10 & RM30. lagi satu lupa nak bagitahu, kapasiti penggunaan ialah 2GB sebulan.

so, sesiapa yang tinggal di Kota Bharu dan memerlukan servis internet yang murah lagi senang di dapati, klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut. 


p.s: ini hanya iklan. aku tak cuba lagi pun... ^_^

Thursday, December 23, 2010

check out your music personality with celcom channelX!

kenapa ye iklan nuffnang selalu keluar pagi2 buta macam ni? tambah2 iklan yang best2. kalau siang2 takde pulak nak keluar yang gempak sikit! bersyukur jugak iklan keluar (kata2 pasrah oleh orang yang tak dapat2 lagi BE.) kepada qila, haritu cerita pasal dapat ME campaign (terima kasih qila sebab betulkan-akan tetapi cekla dah terrrdelete komen anda. maaf kerana kesilapan tangan yang tergopoh gapah sangat) je. terima kasih nuffnang tu pun satu ucapan pasrah. hehehehhe.

aku biasanya akan klik iklan nuffnang aku sendiri. klik untuk tahu apa kandungan iklan je ye. bukan klik banyak2 kali. tak elok tu!

muzik memainkan peranan penting dalam hidup seseorang. tak caya? masa sekolah rendah dulu takkan korang tak de belajar satu dua lagu kanak2 dalam kelas muzik? dan bila dengar balik lagu tu mesti korang teringat zaman2 tok kaduk korang kan? tak kisahlah apa jenis muzik pun, rock ke, nasyid ke, r&b ke, semua yang didengari tu pastinya mengikut selera korang kan? secara tak langsung, ia melambangkan identiti seseorang tu. betul tak?

iklan terbaru celcom channel X, menjalankan quiz pendek untuk mengetahui personaliti muzik korang.

ini adalah contoh soalan kuiz. cuma perlu rate lagu itu mengikut kesukaan korang.

ada 3 soalan sebenarnya. dek kerana teruja sangat, cuma satu soalan yang aku sempat screen captured!

lepas selesai menjawab ketiga-tiga soalan, keluar lah penilaiannya. ini aku punya lah kan?

harussss aku menyukai indie. rasanya masa zaman aku sekolah dulu indie ni dah wujud tapi orang lebih kenal dengan nama alternative. antara group yang aku minat dulu2 tentulah OAG, juliet d'orange, intoxicated.
lepas tu, ketahui personality korang kat channel X!

ada juga lagu cadangan yang mungkin korang minat!

nak tahu personaliti muzik korang? jom ke channel X.