Showing posts with label tingkatkan trafik. Show all posts
Showing posts with label tingkatkan trafik. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Layari Internet dengan Gembira (Happy)!

dah lama tak update blog, tetiba dapat 1 BE Happy Prepaid Internet. puas aku nak faham, malam2 macam ni agak blur sikit.

aku terangkan sedikit sebanyak pasal Happy Prepaid Internet ni. 

buat masa sekarang ni, Happy hanya ada di Kota Bharu sahaja. dekat tempat lain takde lagi. sesiapa yang berkenan nak try test Happy Internet ni, pek permulaannya hanya RM15. murah kan? anggaran RM1.70 sehari. murah kalau nak dibandingkan dengan servis telco lain. kelajuannya 384kbps (sama dengan Celcom Prepaid).

Bila dah habis prepaid, leh topup minimum RM5 yang tahan 2 hari. lagi satu yang bestnya, ada Hari Internet Ekstra bila korang topup RM10 & RM30. lagi satu lupa nak bagitahu, kapasiti penggunaan ialah 2GB sebulan.

so, sesiapa yang tinggal di Kota Bharu dan memerlukan servis internet yang murah lagi senang di dapati, klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut. 


p.s: ini hanya iklan. aku tak cuba lagi pun... ^_^

Sunday, January 2, 2011

tahun baru 1111 sangat 'ong'!


rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan 'selamat tahun baru' kepada semua. tahun ni seperti tahun2 sebelumnya, aku duduk rumah je diam2 tanpa celebrate. nak pergi i-city, tapi memikirkan semua tempat mesti crowded, tak jadi nak keluar. malas nak mengharung trafik yang sesak dan orang ramai. lemas!

tak sangka rezeki tahun baru melimpah ruah. hari tu dapat first BE. semalam dapat tempat pertama GA kenangan terhebat masa berblogging sepanjang tahun ni, anjuran dari mata hati. lepas ni boleh lah aku lekat handphone dekat telinga je!

apa pun terima kasih kepada dari mata hati sebab pilih aku sebagai pemenang. oh! tak sangka cik lekit yang tag aku hari tu pun duduk tangga 3 teratas. tahniah abby. tahniah juga pada pemenang lain.

siapa nak berkenalan dengan YAD'Z dari mata hati,  gi terjah laju2 blog dia!


Friday, December 31, 2010

kenangan terhebat sepanjang berblogging tahun ni.


nasib baik ada rakan blogger seperti cik lekit ni yang selalu tag cekla. so, dapatlah idea untuk tulis entri. sekarang ni bb dah abis quota. dua minggu je 3GB habis gara2 melayan youtube dengan anak buah hari tu.

berbalik pasal topik asal entri ni. aku nak melunaskan hutang ah long cik lekit yang dah tag aku untuk GA anjuran dari mata hati.

kenangan terhebat sepanjang berblogging tahun ni.
hebat tu takde lah. manis tu tetap ada. tapi bukan pada minuman. pada kenangan berblogging.
aku belum cukup ilmu lagi untuk cipta satu kenangan terhebat! belum terror. bak kata maria elena, terror bukan 'scary', terror hebat, okeh?

duk taip-padam-taip-padam ni bila masa nak habis? tak tahu apa sebenar2nya yang boleh aku simpulkan sebagai kenangan terhebat.

ok2. idea dah datang.

aku start berblog officially pada april 2009 lagi. tenggelam timbul juga masa tu. tujuan aku berblog sebab nak stalk someone. mesti ada yang kenal. fynn jamal. dialah yang aku intai.

sejak aku serius berblogging (maknanya tiap2 hari atleast update 1 entri), aku telah dipertemukan dengan ramai blogger. blog aku dikenali pada mulanya ialah selepas aku join segmen BA. trafik masyuk time tu. dari situlah, 'di dalam kasut lala' ni tak pernah sunyi. walau sorang dua pengunjung satu hari, tetap tak sunyi. sekurang2nya tak lah berhabuk kan?

dari berblogging pasal diri aku sendiri, aku cuba ubah topik entri. (kenangan juga tu). pernah aku tulis mengenai skandal 'cinta syyhh' uncle seekers dengan permaisuri siti aishah, tapi aku padam balik. sebab aku fikir, tak baik menyebarkan sesuatu perkara yang aku sendiri tak pasti. walaupun kita berhak bagi pendapat sendiri, tapi aku rasa tak sedap hati pasal entri skandal tu. ada juga keluar dekat 'linkwithin' sekali sekala. tapi bila klik korang takkan jumpa.

dan yang paling penting, kenangan yang terhebat bagi aku lah kan, ialah menjalinkan persahabatan sesama blogger tak kira di mana mereka berada. selalunya kalau kawan2 realiti (macam kawan opis ke, kawan sekuliah ke, kawan sekolah ke) kita dah biasa lihat atau tengok wajah mereka. biasanya mereka tu dekat dengan kita.

tapi dengan berblogging, cik yaty yang duduk kat terengganu pun aku leh terjah dan tahu aktiviti dia. brader gnesop riwayat hariku yang sikit sebanyak mengajar tentang perkara blog yang aku sendiri tak berapa nak faham. cikguhalima mohkembara yang selalu bercerita tentang pengalaman di negara orang (tak caya pergi terjah sekarang), sentiasa membuat perut aku dipenuhi kupu2!

itu belum termasuk qila, cik lekit, apezs, faisal,  blogger yang beri backlink pada aku serta pengunjung blog ni yang aku tak pernah kenal di dunia nyata, bagaikan semangat aku supaya tak berputus asa.

kita tak pernah kenal orang tu sebelum ni. batang hidung mereka pun tak pernah hadap, tiba2 dengan berblogging segalanya mungkin boleh berlaku.

bukan nak jadi poyo okeh? inilah sejujurnya yang aku rasakan kenangan terhebat sepanjang berblogging.

aku rasa aku dah terlebih senarai blog favourite aku. (untuk penganjur GA)

blogger yang aku nak tag ialah: sakinah 88 

siapa yang nak join silalah skodeng penganjur dari mata hati.


Friday, December 24, 2010

200 blog!: Ben Ashaari nak.


tak nak ketinggalan untuk sertai segmen dari Ben Ashaari. kali ni dia nak 200 blog untuk segmen terbaru dia!.
kita tunggu dan lihat siapa yang kena!

jom singgah kat blog Ben Ashaari untuk ketahui syarat penyertaan.

Thursday, December 23, 2010

trafik hasil kepantasanku

 hasil dari malas berblogwalking minggu ini

petang semalam, aku tak blogwalking sangat. terasa lemah satu badan sebab sakit perut akibat salah makan. perut aku semakin sensitif sekarang ni. aku makan betik je. itu pun sepotong dah perut rasa kembung dan banyak angin. aduhai...seksanya. dah dua kali makan betik sakit perut. lepas ni tak mau dah makan betik lagi!

bukan nak cerita pasal perut atau betik. nak cerita trafik lepas join segmen kepantasan mata blogger anjuran Ben Ashaari semalam. hasilnya, alhamdulillah, memberangsangkan. lepas ni kena lebih alert tentang segmen2 anjuran BA ni.

selain tu, kebanyakan trafik aku datang dari ar-rifke dan bloglarian. ok babai. tu je nak story.

Tuesday, December 21, 2010

TAWARAN MENINGKATKAN TRAFIK: 15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST

Mari belajar tentang SEO.

sebenarnya, aku pun tak faham SEO ni apa kejadahnya. banyak kali juga baca tips dan penerangan mengenai SEO. tak tahu lah kenapa otak aku belum lagi mahu hadam segala maklumat SEO ni.

terjumpa entri pasal SEO di blog saudara faisal. aku paste kat sini sekadar untuk berkongsi maklumat sahaja.

klik sini ye.





selain tu, saudara faisal ada membuat TAWARAN MENINGKATKAN TRAFIK UNTUK 15 BLOGGER BERTUAH!

Caranya cukup mudah iaitu:-
  1. Buatkan Entri Ringkas Bertajuk “15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST-review mengenai entri dan blog ini. Korang boleh gunakan gambar-gambar atau mana-mana gambar di blog ini.
  2. Ajak rakan-rakan pembaca anda untuk menyertai tawaran ini.(tak perlu tag).
  3. Jadi follower blog 2DayBlogger.Com.
  4. Tinggalkan URL entri anda dikomen ini.
  5. Pilih mana-mana tutorial di 2DayBlogger.Com dan buatkan review mengenai tutorial berkenaan(Optional).
Langkah ke-4 adalah optional.Nak buat atau tak,itu terpulang pada korang.Tapi lagi banyak korang buat review mengenai tutorial diblog ini,lagi tinggi peluang untuk dipilih.(Jangan lupa untuk tinggalkan URL di komen)
Tarikh tutup adalah 31 December 2010.
Hadiah Tambahan: Top-up RM 10 untuk 3 blogger tempat pertama hingga ke-3.

so, apa tunggu lagi??? pergilah terjahhh!