Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Monday, January 10, 2011

contest: YOU, ME AND SHOES



You, Me and Shoes

terima kasih sakina kerana telah tag aku. dan bagi memenuhi syarat pertandingan 5 blogger ini juga berpeluang memenangi sepasang kasut dan mendapat voucher membeli belah di blogshop YOUMEANDSHOES :


tarikh tutup ialah pada 23 januari 2011. sebarang pertanyaan sila hubungi cik syida shukor.


Friday, December 24, 2010

200 blog!: Ben Ashaari nak.


tak nak ketinggalan untuk sertai segmen dari Ben Ashaari. kali ni dia nak 200 blog untuk segmen terbaru dia!.
kita tunggu dan lihat siapa yang kena!

jom singgah kat blog Ben Ashaari untuk ketahui syarat penyertaan.

Thursday, December 23, 2010

meh cekla tolong pilihkan: Iphone 4 ke Blackberry Torch?


brader ni pening untuk membuat pilihan yang mana satu patut dimilikinya.

iphone ke blackberry?
selepas main baling syiling,

cadangan cekla ialah BLACKBERRY TORCH!

nak tolong SYEDMUZZAMIR membuat pilihan? klik je gambar kat atas tu. senang kan?
anda mungkin berpeluang dapat PERFUME tau!

contest cerpen sesedap rasa ain zulaikha!


contest lagi! thanks to TIMMIE!!
contest ni memerlukan aku mengarang cerpan. so, here it goes.

saya berkenalan dengan aiman lebih kurang 2 bulan yang lalu melalui facebook.  mengikut firasat saya, (sebenarnya bukanlah satu firasat setelah tengok gambar profilenya di facebook) dia bukanlah seorang yang kacak pun. akan tetapi di zaman cyber ini, cinta bukan pada pertama lagi, tetapi cinta itu dihujung jari. dia mula mengucapkan salam perkenalan setelah kami menjadi 'friends'. dari wall to wall selama dua minggu di facebook, akhirnya kami bertukar2 nombor telefon.

tak cukup berborak di telefon, kami ber-sms. bukan tak boleh menggunakan aplikasi instant messenger atau lain2 aplikasi chat di internet, tapi, dengan ber-sms lagi cepat dan saya boleh berbaring, terlentang, hingga ke jamban pun saya boleh usung telefon bimbit. tidak perlu lagi hubungkan internet. lagipun, saya nak berjimat cermat had kuota jalur lebar untuk ber'blogwalking'!

oleh kerana asyik masyuk sangat berborak dan ber-sms, kredit pra-bayar saya sering saja kekeringan. bila dah habis kredit pra-bayar dan tidak cukup duit untuk isi semula pra-bayar, saya teks adik2 atau abang2 saya untuk berkongsi kredit. sampai saya diperli mereka, "apa ingat kami ini tauke kredit?"
kandungan teks: "saya bukan 'pakcik' atau 'cut tari' yang berada di balai polis. weh, share kredit dengan aku. nak mesej future in-law korang!"

saya tidak kisah semua itu asalkan dapat menghubungi aiman. aiman lagi tak kisah!

kami membuat temujanji pertama pada 10 oktober 2010. saya pasti itu tarikh keramat yang akan berikan saya tuah! walaupun ramai yang anggap tarikh itu sebagai dukacita akibat kemalangan ngeri bas ekspress, oh, tak perlu saya ceritakan lagi kerana 1 malaysia sudah tahu! walaupun ramai yang anggap tarikh itu sebagai dukacita akibat kemalangan ngeri bas ekspress, saya masih menganggap saya adalah insan yang paling bertuah kerana dapat berjumpa aiman.

semasa dalam perjalanan pergi ke tempat temujanji kami, aku terserempak dengan seekor kucing yang hendak melintas jalan. dengan tidak semena2 sebuah teksi datang yang dipandu laju datang dari arah entah mana, saya pun tidak tahu. nasib baik pemandu teksi tersebut sempat membrek kenderaan beliau. kalau tidak, saya akan menangis melihat kucing itu menggelupur mati seperti mangsa nahas bas ekspress itu.

saya kurang bersetuju dengan tindakan pemandu teksi berkenaan memaki hamun kucing tersebut. apa salah si kucing itu? kucing tidak berakal pun untuk berfikir cara melintas jalan dengan cermat dan selamat. sepatutnya, pemandu teksi itu yang perlu fikir tentang kelajuan kenderaan yang dipandu. tak pasal2, sudah terkejut dek kerana menekan brek kecemasan!

 pemandu teksi: "lain kali guna jejantas untuk lintas jalan, kucing oiii!"

sememangnya nasib saya baik hari itu kerana tidak melihat kemalangan antara teksi dan kucing. mama saya kata, kalau kita lihat kemalangan semasa dalam perjalanan, banyak2 lah baca ayat Kursi kerana ia mungkin membawa petanda tidak elok pada orang yang melihatnya. saya tidak pula tanya mama tentang kesahihan teori yang mama kemukakan itu.

setibanya di tempat temujanji, saya terpandang seorang lelaki memakai baju merah jambu. jantung saya yang sejak dari tadi berdebar, terasa bagai mahu terhenti melihat rupa paras lelaki tersebut yang iras pelakon popular korea! tergugat juga keimanan saya melihat lelaki yang saya sangka aiman itu.

hati saya berkata, "aiseymannn. dia handsome daaa! boleh goyah iman ni!"

tiba-tiba seseorang menyapa saya dari belakang, "hai awak bertudung pink."
saya menoleh kebelakang dan lihat ada seorang lagi lelaki berbaju merah jambu.

"saya aiman." kata lelaki itu sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang berpendakap!

agak terkejut juga saya kerana tidak menyangka aiman yang ingin saya jumpa bukan lelaki berbaju merah jambu iras pelakon korea itu.

kebetulan ya. ada orang memakai baju merah jambu seperti yang saya dan aiman janji!


selepas sepatah dua kata perkenalan, kami terus menuju ke restoran nasi ayam hainan yang pernah direview oleh seorang blogger. walaupun aiman yang saya mahu jumpa itu bukan seperti pelakon popular korea, saya tidak kisah. sebab aiman pun tak kisah!

tamat.

peringatan: watak sebenar 'saya' di dalam cerita ini ialah ain zulaikha!

siapa yang mahu join, klik saja gambar dibawah ni.

cekla mahu tag.
lekatlekitgurl (dengar2 dia ada bakat tulis menulis ni!)
novelgurl
sepatu hijau


Saya Mau GA dari Miss Librarian


thanks azuin kerana tag cekla contest ni.

alkisahnya, puan perpustakawati ni mahu ke yogjakarta (sila google kalau taktahu dimana). so, dia nak bagi ole-ole yang best dari sana.

hanya 3 blogger yang bertuah saja dapat ole-ole ni?

2 orang yang bertuah berpeluang dapat ole-ole:

Tweety Bert
Fairuza

tarikh tutup: 10 Jan 2011.   

untuk terma dan syarat pertandingan disini: mrs librarian

Wednesday, December 22, 2010

pencarian blogger PERAMAH 2011

dua orang blogger ini iaitu qilarazak dan lekatlekitgurl merasakan cekla ni seorang blogger yang peramah. benarkah begitu? cekla pun tak tahu. diluar, aku seorang yang pendiam. tak peramah tapi pemalu. hehehe..

aku cuba jadi tak sombong di dunia blog ni. setiap komen, aku akan balas. cuma cepat atau lambat je! blog yang aku terjah aku cari entri2 yang menarik minat aku untuk komen. yelahh, kalau topik tu kita tak tahu hujung pangkal buat pe nak komen. ye tak?

baiklah. ini sepatah dua kata dari pengajur.



Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam list blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.

aku nak tag 4 orang blogger ni. adakah korang2 ni peramah??
miss yaty
cikidis
cikliyana
luahanhatimatika

sape nak join pergi skodeng kat blog ni. oh ye! tarikh tutup penyertaan selepas ahsfantasy24 mengumpul sebanyak 108 blog blogger peramah.

KEPANTASAN MATA BLOGGER


pantas kah aku join segmen BA kali ni? minta2 sempat. tadi tengok macam dah nak dekat 50!

tak salah kan mencuba?


Tuesday, December 21, 2010

Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears

banner contest template Domain Giveaway ♥ Pertandingan template tercantik...
pertandingan template tercantik ni di tag oleh Miss SurferParadise.

cantik ke template aku nih? belasah jelah! hadiah pemenang contest ni berupa domain.

penganjur contest ini ialah cik gayah spears!

tag 3 orang rakan:
lekatlekitgurl
apezs shah
azrulhisham 

p/s: sesiapa nak join, sila skodeng kat sini ye!


TAWARAN MENINGKATKAN TRAFIK: 15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST

Mari belajar tentang SEO.

sebenarnya, aku pun tak faham SEO ni apa kejadahnya. banyak kali juga baca tips dan penerangan mengenai SEO. tak tahu lah kenapa otak aku belum lagi mahu hadam segala maklumat SEO ni.

terjumpa entri pasal SEO di blog saudara faisal. aku paste kat sini sekadar untuk berkongsi maklumat sahaja.

klik sini ye.





selain tu, saudara faisal ada membuat TAWARAN MENINGKATKAN TRAFIK UNTUK 15 BLOGGER BERTUAH!

Caranya cukup mudah iaitu:-
  1. Buatkan Entri Ringkas Bertajuk “15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST“-review mengenai entri dan blog ini. Korang boleh gunakan gambar-gambar atau mana-mana gambar di blog ini.
  2. Ajak rakan-rakan pembaca anda untuk menyertai tawaran ini.(tak perlu tag).
  3. Jadi follower blog 2DayBlogger.Com.
  4. Tinggalkan URL entri anda dikomen ini.
  5. Pilih mana-mana tutorial di 2DayBlogger.Com dan buatkan review mengenai tutorial berkenaan(Optional).
Langkah ke-4 adalah optional.Nak buat atau tak,itu terpulang pada korang.Tapi lagi banyak korang buat review mengenai tutorial diblog ini,lagi tinggi peluang untuk dipilih.(Jangan lupa untuk tinggalkan URL di komen)
Tarikh tutup adalah 31 December 2010.
Hadiah Tambahan: Top-up RM 10 untuk 3 blogger tempat pertama hingga ke-3.

so, apa tunggu lagi??? pergilah terjahhh!

Thursday, December 2, 2010

BILA SI DIA BERTANYA

hari ni tetibe je nak jadi rajin join segmen BA. simple je. kena jawab soalan.
siapa tak join lagi pergilah singgah blog dia untuk tahu pasal segmen ni dengan meng-klik kat bawah ni.


Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
yang betul2 perlu ada dalam sesebuah blog ialah entri. dan kedua ialah siapa pemiliknya. pembaca (atau mungkin saya saja) lebih tertarik membaca sesuatu bahan bacaan jika tahu penulisnya.

Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
blogwalking laju2. dan tag orang.

Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
secara jujurnya, saya tak suka blog yang:
  1. banyak sangat widget (contoh: ikan terbang, bunga menari2, salji salju), 
  2. letak lagu yang tak boleh nak pause langsung(tak pasal2 kene sakit jantung terkejut!)
  3. font yang kecik besar kecik besar(pening tau nak baca!)
  4. penulisan yang menggunakan singkatan(ingat tulis sms ape?)

perkara2 di atas ni membuatkan skrin 'hang', loading lambat, dahlah speed bb takleh lari laju sebab kena speed trap!

Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
saya masuk kebahagian entrilah! nak jugak tahu cerita ceriti orang tu. tapi bahagian shoutbox dan xchange link tak pernah missed! anda tahu kenapa.

Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
ok. frankly speaking, saya tak tahu bagaimana perasaannya, tapi yang saya boleh katakan, mulut orang memang macam tempayan. dalam seribu, takkan sorang pun takde yang 'LIKE' kau beb? chill!!!

Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda?
blog tutorial selalunya saya terjah, blog peribadi, blog gossiipppp..syyyhhhh........

sekian sahaja pengakuan jujur saya.

yang benar lagi meyakinkan,

Monday, November 29, 2010

nah! header untuk qila

dah 2 hari blog ni sepi. terima kasih ye kepada sesiapa yang sudi melawat, komen dan follow. 

hari sabtu tu pergi memancing. muka dah naik lebam sebab berjemur. memang saja nak sun tan kan muka ni. well, kene lah optimis sikit. siapa tak kuciwa dek kulit wajah semakin gelap? huhuhu...


berbalik pada tujuan entri ini. bukan saja2 letak gambar kat atas tu tapi nak join contest HEADER UNTUK QILA. siapa yang nak join, sila patuhi syarat sah dan wajib berkenaan kerana hadiah yang disponsor oleh ETERNITY HIJJAB sangat2lah menarik.

1 Hadiah Utama : Shawl Gypsy berharga RM25 + Inner berharga RM8
1 Hadiah kedua : Shawl Cotton bernilai RM12
1 Hadiah ketiga : Shawl Chiffon bernilai RM10
2 Hadiah saguhati : Inner bernilai RM8/satu

opppss.. korang cepat2 lah join sebab tarikh tutup pada 12 disember ni ye.

untuk melayakkan diri join contest ni korang mestilah:

1. jadi follower blog Qila.

2. design satu header untuk Qila.

3. Buat satu entri mengenai segmen yang bertajuk "Header Untuk Qila". Letakkan banner pada entri tersebut dan link kan terus kepada entri contest ni di blog Qila.

4. Header tu mesti dan wajib menggunakan gambar yang kat atas ni ye.


5. Letakkan banner di side bar blog korang dan link back ke entri contest ni di blog Qila.

senang bukan?

ni dia header untuk qila daripada cekla.



boleh ke camni qila?


Thursday, November 25, 2010

kids & baby photo contest




dua orang blogger iaitu lekatlekitgurl dan hatikuhatigetah telah menge-tag cekla masuk contest ni. terima kasih.

puas aku fikir nak cari gambar kat mana. belek2 folder lama, terjumpa lah gambar si comel ni. ye. memang aku panggil dia "comel" pun.



nama dia ahmad shahir irfan. umur 6 tahun. sebagai seorang budak lelaki, dia amat2lah nakal, hyperactive dan suka keluar rumah. dia cakap dia takde awek lagi tapi ramai budak perempuan sukaaaaa dekat dia.

he's one of my favourite nephew. walaupun dia nakal, main bola dalam rumah sampai pecah cermin almari, berangan nak jadi mat rempit junior, gangster dikalangan geng cilik taman perumahan, tapi hati nurani sangat lah lembut. 

buktinya, tengoklah dia boleh nak letak bunga kat telinga semata2 nak jaga hati sambil tarik perhatian sepupu perempuan dia yang baik hati gila dengan dia. kelakar aku tengok!

kalau orang makan, ingat kat dia atau bagi dia sikit gula2, dia akan ingat dan bagi makanan yang dia tengah makan walaupun makanan tu sikit ciput untuk dikongsi dua.

bila hari raya, orang lain dok menangis2 bermaaf-maafan, dia pun ikut nangis sama. nampak je ganas, tapi dalam hati ada taman. hikhikhik!

makanan kegemaran dia ialah bontot(tongkeng) ayam. sebab tulah mulut dia tak reti diam walau sesaat pun. aku pernah suruh dia diam selama 30 minit. ya ALLAH, punyalah susah mulut dia untuk berhenti bercakap. dia memang tak bercakap. tapi dia menyanyi2 lagu favourite dia"yunk-wali band". memang banyak taman!
-------------------------------------------------------------------------------------------
sesiapa nak join contest ni, syaratnya tak susah mana pun. kacang goreng je! hadiah pun menarik. sangat2 menarik.

lazo diamond white gold earring. 

atau dalam bahasa malaysianya,

anting-anting emas putih dari lazo diamond.


1. mesti menjadi follower blog kedua penganjur --> http://sweetlikekisses.blogspot.com. Selepas ini pemenang akan di umum di blog barunya.

2. mesti tag kepada 8 orang maksimum.tidak boleh kurang. dan bila telah tag, mesti inform pada kawan yang mereka telah ditag.:)

3. letakkan banner contest di sidebar blog.

4. mesti sertakan satu gambar. tidak kisah gambar zaman baby, zaman budak budak, gambar adik anda,gambar anak, gambar anak saudara.

5. hantar link entry didalam kotak komen entry contest ini.

6. mesti mulakan title entry dengan nama contest
"kids & baby photo contest".

7. wajib diberitahu di dalam entry tentang contest ini dan hadiah yang bakal diberi kepada pemenang.

cepat! sebab tarikh tutup pada 30 november 2010 ni. dah nak dekat dah tu.


tetapi terpulang pada pihak penganjur jika hendak menamatkan tarikh lebih awal.

so be alert ye!


aku tag ni. hamekkk korang!!!



Thursday, November 18, 2010

CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA?


segmen yang paling aku suka sudah kembali!!!!!!! baru sekali masuk dah suka eh, cekla? (angguk2) 

siapa yang ingin mencuba kredibiliti dan kreativiti sebagai seorang blogger, sila dapatkan maklumat lanjut daripada kaunter blog penganjur diSINI. atau klik saja pada nama Ben Ashaari yang tertera di blogroll sebelah kiri anda ya? nak senang lagi klik lah pada gambar kat atas tu.

--- CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA?
---

tukang karang: cekla
tukang kelasi (sailor/pelakon): (ikut turutan gambar) johnny depp, jackie chan, rain, nabil raja lawak, noh hujan, chris brown (kiri sekali), abishek bachan, katy perry, chinta chanduri (kanan), brat pitt.

amaran: sila baca dengan nada berboria. kalau tidak, anda tidak akan dapat cukup feel!

(1)
assalamualaikum, blogger semua,
harap sihat sejahtera dan manis muka,
aku disini, ingin bercerita,
bukan nak mengayat, ajak bercinta.


ewwaah. 
ulang (1)

 (2)
sebagai seorang blogger, yang baru lagi,
ilmu yang sikit, baru paras kaki,
aku berblogwalking, pagi2 lagi,
tak pakai baju, tak sempat nak gosok gigi.

 
ewahhh. 
ulang (1)

 (3)
kekeringan idea, itu perkara biasa,
habis tu kau fikir, aku nak buat apa?
aku ada idea, lagi baik punya,
kita makan burger, hati pun gembira.

ewwahhh.
ulang (1)
(4)
kalau takde idea, kita makan burger,
burgernya pula, besar sedap belaka,
kalau berterusan, mana nak datang idea,
badan pun dah macam burger, montellah jawabnya.

ewwaaahhh.
ulang (1)

(5)
dah nama pun blogger, tak kisah pun tak cantik,
rajin singgah2, ramailah yang kelik (klik),
baru lah cinta, akan berputik,
makan tembikai pun, macam orang pelik.

ewwwaaahhh. 
ulang (1)

(5)
boleh ke blogger jadi, tumpuan ramai,
macam model iklan, drypers wee wee dry,
gitar kat tangan, goreng macam sakai,
gaya pun konon, jimi hendrix bagai.

ewwwaaahhh. 
ulang (1)

(6)
jangan pandang rendah, jangan tak percaya sudah,
biarpun idea,  sempoi dan mudah2,
dari dekat blog, diorang tak sudah2,
sampai ke tesco, gerenti diorang terjah.

ewwwaaahh. 
ulang (1)

(7)
aku dah buat, muka yang paling comel,
mulut aku pula, tak nak berhenti mengomel,
jangan komen terus, pada aku punya email,
aku tak bukak, sebab jaga kucing yang hamil.

ewwaaahh. 
ulang (1)

sekian saja, boria merapu saya,
cerita kreatif saya, lari tajuk saja,
bukan kering idea, tapi nak mencuba,
saya nak baca, hangpa punya cerita pula.

ewwwwaaaaahhhh.
ulang (1)
*sampai dah tak kuasa nak berboria.*

Friday, November 12, 2010

separuh akhir contest cerita kreatif BA



terima kasih banyak2 pada sesiapa yang dah undi masuk aku! tak sangka dapat masuk top 10 sebab pagi tadi tengok macam takde harapan je. 

betul. kalah menang aku tak kisah. aku cuma nak ambil peluang yang BA bagi je.

terima kasih jugak kat BA sebab buat traffic saya naik!

kawan2 lain, selamat berkenalan. thanks sudi masuk di dalam kasut lala.

kat atas tu nama2 calon yang aku rasa kreatif dan innovatif. akhir sekali, aku pilih 'ushu-is-oder-tishu', berdasarkan nama yang belum diundi lagi. 

nak baca cerita diorang? klik sini dan cari sendiri. hehehe..


pergilah blog BA dan undi top 10 tu. sampai jam 12 tengah malam ni je tau!

TOP 10 CERITA KREATIF


susulan contest cerita kreatif BA

phuuhhh! ketara betul aku beria2 join contest BA. setiap contestants aku pergi melawat. sampai2 terus follow dan tinggal pesan suruh undi. ni baru dinamakan pancing undi. aku bukan melawat kosong. memang juling biji mata baca semua entri tu!

malu sebenarnya nak promosi diri. nampak macam daring. tapi kita kena fikir positif. siapa lagi yang nak mempromosi blog sendiri melainkan tuan punya belog!

BA sebenarnya membuka peluang kepada blogger lain untuk naik. siapa kata BA pergunakan newbie? nampak macam newbie (macam aku) mengambil kesempatan ke atas ke-femes-an BA lagi ada! berjela2 BA bagi tips untuk tingkatkan traffic. aku pasti, ada juga yang masih kurang faham. 

contest ni bukan untuk dipandang enteng.mula2 aku tak faham apa yang BA cuba sampaikan. setelah berblogwalking ke blog pesaing (pesainggg??), baru aku sedar, yang ini adalah latihan praktikal kepada blogger.  

walaupun ada yang tak turut serta, tapi mereka masih boleh mengundi. senarai blog peserta semuanya boleh dilawati untuk buat penilaian. pengundi takkan nak baca dan nilai je?? 

taknak tinggalkan jejak ke? kalau tak boleh semua, lawat separuh. kalau tak larat nak habiskan separuh, just pick randomly. tu pun kalau belum ada entri yang berkenan dihati.

aku bukan nak tunjuk pandai atau membodek. bak kata omputih. sharing is caring.

berbalik pasal undian, korang agak2 aku undi siapa?


yang belum lagi mengundi, sila pergi buang undi disini. 


cepat!!!!! sampai jam 12 tengahari sahaja!


p.s: CekLa : X  

Thursday, November 11, 2010

cerita kreatif


berkerut dahi buat pantun spontan ni. semata2 nak masuk contest:cerita kreatif BA. lari tajuk pulak tu. BA suruh cerita. aku buat pantun. tak kisahlah. cuba2 je nih.


dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing manis ni;
kalau rajin dan berdedikasi,
pasti BE mencanak setiap hari.


dari kita menconteng dinding,
lebih baik tulis blog sambil berbaring;
BE naik, mata dah bling2,
hidung kembang kempis sambil tersenyum kambing.


pulau pandan jauh ketengah,
memang takkan nampak walau panjat zirafah;
tumpang lalu, salam ziarah,
balas kunjungan rapat ukhuwah.


walau kita lain dunia,
ibarat seperti anjing dan kera;
walaupun hanya di alam maya,
kasih tersemai sesama blogger (blog-ga).


mari duduk rapat2,
follow mollow sampai melekat;
kita blogger tak kira darjat,
tua-muda baru-lama semua sepakat.


terrer sungguh rabbit ini,
taip guna kaki pun dia boleh;
jangan lupa pesanan ini,
update blog sekerap yang boleh.


king kong, beruk atau babun aku tak dapat nak agak,
muka dia serius macam nak gertak;
ada lagi yang aku nak borak,
jangan biar blog berkerak.


sekian sahaja pantun saya,
saya tahu memang caca merba;
harap sudi2kanlah membaca,
saya sekadar ingin mencuba.

untuk siapa yang tak join lagi, pergilah join. kat sini ye segala panduannya.