You, Me and Shoes
Kenanganku Bersama Kasut Sekolah Baru
hari itu, bukan seperti hari2 biasa. walau rutin yang sama aku buat tetapi hari itu lain rasanya. selalunya, bebelan mak dulu yang aku dengar sebaik membuka mata. sepit ketam mak dulu yang singgah sebelum mandi. walau sakit, selagi belum nampak adik bangun, aku tak akan berganjak dari tempat tidur!
hari itu, memang bersemangat aku mahu bangun awal. belum sempat mak membebel, belum sempat mak mengenakan sepit ketamnya, aku sudah terpacak depan bilik mandi. mak yang baru selesai solat, terpinga-pinga. pelik kenapa aku bangun tidur lebih awal.
sesudah bersiap dan bersarapan, aku mencapai sebuah kotak di tepi rak kasut. sebab benda inilah semangat aku pagi itu mencanak naik! kerana inilah aku bangun seawal boleh. dan kerana yang satu ini aku tidak sabar lagi untuk ke sekolah.
aku buka kotak tersebut. terujanya aku melihat isi kotak berkenaan. sepasang kasut sekolah baru abah beli malam sebelumnya. sudah seminggu aku minta kasut sekolah yang baru kerana kasut lama sudah koyak di bahagian depan.
aku cium-cium bau kasut baru itu. wangi. kemudian aku kenakan di kakiku. muat! aku tersenyum puas kerana sekarang aku kasut aku tak koyak lagi. kawan-kawan tadika tak akan lagi mengejek aku kerana kasut koyak. senyum aku sampai ke telinga. tidak sabar rasanya mahu tayang depan kawan-kawan tadika!
sepanjang perjalanan ke tadika, mata aku hanya tertumpu pada kasut aku saja. dalam hati ini mulalah bandingkan kasut aku dengan kasut kawan-kawan yang lain. kasut aku cantik. comel. lebih putih dari mereka. dan jenama BATA! aku berjalan pun perlahan-lahan untuk mengelakkan kasut itu kotor.
untuk masuk ke dalam kelas, setiap orang termasuk guru tadika perlu membuka kasut masing-masing. aku terasa sayang untuk buka kasut. mahu tak mahu, aku buka juga kerana takut dimarahi nanti. aku meletakkan kasut itu diatas rak yang paling hujung supaya kasut itu tidak bertindih dengan kasut kawan-kawan lain.
tiba waktu rehat pada hari itu, berebut-rebut aku keluar kerana tak sabar untuk mengenakan kasut itu lagi. alangkah terkejutnya aku, bila lihat kasut aku tiada di tempat terakhir aku meletakkannya. seperti mahu menangis tetapi malu. aku geledah setiap rak kasut. mata aku liar mencari kasut baru itu.
ternyata, bayangnya pun tak kelihatan. aku mula cemas memikirkan reaksi mak dan abah kalau mereka tahu kasut yang baru dibeli itu telah hilang. cuma yang tinggal, sepasang kasut yang sama seperti kasut aku tetapi warna putihnya agak pudar. aku yakin, pasti salah seorang dari mereka memakai kasut aku. aku meninjau setiap kasut yang dipakai oleh kawan-kawan lain.
tiba-tiba, andi berlari dihadapanku. aku lihat kasutnya sama seperti kasut baru aku. aku begitu yakin itulah kasut aku. aku lantas mencapai kasut putih yang agak pudar itu dan mengikut pergerakan andi.
"andi!" aku menunjukkan kasut yang aku pegang itu kearahnya.
"ni kasut awaklah. awak silap pakai kasut!"
andi tidak hiraukan aku. dia berlari lagi apabila seorang kawan mengejarnya. aku jadi geram kerana aku lihat ada kasut baru yang dipakai andi sudah ada tompok coklat. aku terus mengekori andi.
"andi! janganlah lari! ini kasut awak! awak pakai kasut kita!" terang aku pada andi.
"mana ada! ni kasut kita!" penafian andi itu benar-benar buat hati aku sakit. kasut baru kesayangan aku dikaki orang lain memang aku tidak boleh terima kenyataan itu. lebih menyakitkan lagi apabila terlihat kesan tompokan pada kasut berkenaan.
BOoooKkk!!
entah kuasa apa yang datang pada aku pada masa itu hingga membuatkan aku membaling kasut ditangan aku ke arah andi. balingan aku itu terkena kepala andi. dengan tak semena-mena, andi terduduk dan menangis. semua murid-murid mengerumuni andi.
"sakit...uuUUuuUuuu....sakit..." esakkan andi didengari ustazah siti. ustazah siti keluar mendapatkan andi yang sedang menangis.
aku rasa nak lari balik rumah saja pada masa itu. takut kalau-kalau dimarahi ustazah siti. namun, aku terus berdiri kaku. semua mata ditumpu ke aku apabila andi beritahu ustazah siti perkara sebenar. ustazah siti bertanyakan aku kenapa aku buat begitu.
"padan muka dia! dia pakai kasut saya."
tiba-tiba saja air mata aku mula turun laju. perasaan takut campur geram membuatkan aku menangis sehingga sesi pembelajaran tamat. di dalam van sekolah pun aku masih menangis lagi. ini kerana andi tidak mahu mengaku yang dia telah mengambil kasut aku. ustazah siti pun tidak menyuruh andi menanggalkan kasut yang dia pakai itu. aku terpaksa memakai kasut yang aku baling pada andi tadi.
sebaik pulang dari tadika, aku mengadu dengan mak. mak bersetuju untuk berjumpa dengan ustazah siti pada keesokkan harinya. sebenarnya, aku tidak mahu mak berjumpa cikgu siti. aku mahu mak memarahi andi kerana mengambil kasut aku.
esoknya, aku pergi ke tadika bersama mak. aku tunjuk pada mak budak yang telah 'mencuri' kasut aku. andi kelihatan takut-takut waktu itu. tahu takut!!!!
akhirnya, selepas perbincangan bersama ustazah siti dan andi sendiri, kasut baru itu berjaya aku dapatkan kembali. cuma, ianya sudah berkesan dengan kotoran. mak menulis nama aku pada kasut tersebut agar tak tertukar lagi dengan kawan-kawan.
dan andi, dia takut mahu bercakap atau bermain dengan aku sejak kejadian itu.
ada aku kesah? weeekkk!!
terima kasih sakina kerana telah tag aku. dan bagi memenuhi syarat pertandingan 5 blogger ini juga berpeluang memenangi sepasang kasut dan mendapat voucher membeli belah di blogshop YOUMEANDSHOES :
tarikh tutup ialah pada 23 januari 2011. sebarang pertanyaan sila hubungi cik syida shukor.
5 comments:
wahhh...sedih citer cekla ni n menarik jgk...gud luck k dear =)
kawan lekit ku thanks
mekaceh tag yad'z...
wah, andi floppoppy ke tuh... haha..
kalau jadik andi mesti malu sampai sekarang... haha...ngeh3x....
good luck ea ^_^
selalu gak terstukar kasut jd cmtu huhu
haha okayy nakalnya you ! andi pun sama . tahu takut :P
Post a Comment