Showing posts with label ben ashaari. Show all posts
Showing posts with label ben ashaari. Show all posts

Friday, December 24, 2010

200 blog!: Ben Ashaari nak.


tak nak ketinggalan untuk sertai segmen dari Ben Ashaari. kali ni dia nak 200 blog untuk segmen terbaru dia!.
kita tunggu dan lihat siapa yang kena!

jom singgah kat blog Ben Ashaari untuk ketahui syarat penyertaan.

Thursday, December 23, 2010

trafik hasil kepantasanku

 hasil dari malas berblogwalking minggu ini

petang semalam, aku tak blogwalking sangat. terasa lemah satu badan sebab sakit perut akibat salah makan. perut aku semakin sensitif sekarang ni. aku makan betik je. itu pun sepotong dah perut rasa kembung dan banyak angin. aduhai...seksanya. dah dua kali makan betik sakit perut. lepas ni tak mau dah makan betik lagi!

bukan nak cerita pasal perut atau betik. nak cerita trafik lepas join segmen kepantasan mata blogger anjuran Ben Ashaari semalam. hasilnya, alhamdulillah, memberangsangkan. lepas ni kena lebih alert tentang segmen2 anjuran BA ni.

selain tu, kebanyakan trafik aku datang dari ar-rifke dan bloglarian. ok babai. tu je nak story.

Wednesday, December 22, 2010

KEPANTASAN MATA BLOGGER


pantas kah aku join segmen BA kali ni? minta2 sempat. tadi tengok macam dah nak dekat 50!

tak salah kan mencuba?


Thursday, December 2, 2010

BILA SI DIA BERTANYA

hari ni tetibe je nak jadi rajin join segmen BA. simple je. kena jawab soalan.
siapa tak join lagi pergilah singgah blog dia untuk tahu pasal segmen ni dengan meng-klik kat bawah ni.


Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
yang betul2 perlu ada dalam sesebuah blog ialah entri. dan kedua ialah siapa pemiliknya. pembaca (atau mungkin saya saja) lebih tertarik membaca sesuatu bahan bacaan jika tahu penulisnya.

Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
blogwalking laju2. dan tag orang.

Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
secara jujurnya, saya tak suka blog yang:
  1. banyak sangat widget (contoh: ikan terbang, bunga menari2, salji salju), 
  2. letak lagu yang tak boleh nak pause langsung(tak pasal2 kene sakit jantung terkejut!)
  3. font yang kecik besar kecik besar(pening tau nak baca!)
  4. penulisan yang menggunakan singkatan(ingat tulis sms ape?)

perkara2 di atas ni membuatkan skrin 'hang', loading lambat, dahlah speed bb takleh lari laju sebab kena speed trap!

Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
saya masuk kebahagian entrilah! nak jugak tahu cerita ceriti orang tu. tapi bahagian shoutbox dan xchange link tak pernah missed! anda tahu kenapa.

Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
ok. frankly speaking, saya tak tahu bagaimana perasaannya, tapi yang saya boleh katakan, mulut orang memang macam tempayan. dalam seribu, takkan sorang pun takde yang 'LIKE' kau beb? chill!!!

Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda?
blog tutorial selalunya saya terjah, blog peribadi, blog gossiipppp..syyyhhhh........

sekian sahaja pengakuan jujur saya.

yang benar lagi meyakinkan,

Friday, November 19, 2010

susulan undi cerita kreatif

terima kasih3. kepada sesiapa yang singgah dan juga yang beri komen.

maaf, cekla bukan orang penang. lahir di KL. membesar di selangor, kajang. aku sentiasa mahu setiap semuanya berlainan dari orang lain. maka, terciptanya idea boria tu. normal is boring!

malu nak cakap sebenarnya. nak berkempen pun, rasanya macam, alah, tak payah lah ye2 sangat.

mula2 tadi berBW, minta tolong orang undi. fikir2 balik, kalau kita punya best dan orang suka, mesti orang undi punya. kan?

aku dah baca cerita pesaing. ada yang lawak sampai aku gelak baca 2 kali, ada yang kreatif, ada yang ehem2, tak elok rasanya kalau aku cakap kat sini.


aku punya undi, rahsia lagi. tunggu dah nak tutup baru aku undi.

sesiapa yang tak undi, pergi lah blog ben ashaari. kat situ ada cerita kreatif blogger2 lain.

p.s: sense of humor itu memang datang dari dalam diri seseorang atau dibuat2 supaya dia nampak kelakar?


Thursday, November 18, 2010

CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA?


segmen yang paling aku suka sudah kembali!!!!!!! baru sekali masuk dah suka eh, cekla? (angguk2) 

siapa yang ingin mencuba kredibiliti dan kreativiti sebagai seorang blogger, sila dapatkan maklumat lanjut daripada kaunter blog penganjur diSINI. atau klik saja pada nama Ben Ashaari yang tertera di blogroll sebelah kiri anda ya? nak senang lagi klik lah pada gambar kat atas tu.

--- CERITA KREATIF BEN ASHAARI : BLOGGER KERING IDEA?
---

tukang karang: cekla
tukang kelasi (sailor/pelakon): (ikut turutan gambar) johnny depp, jackie chan, rain, nabil raja lawak, noh hujan, chris brown (kiri sekali), abishek bachan, katy perry, chinta chanduri (kanan), brat pitt.

amaran: sila baca dengan nada berboria. kalau tidak, anda tidak akan dapat cukup feel!

(1)
assalamualaikum, blogger semua,
harap sihat sejahtera dan manis muka,
aku disini, ingin bercerita,
bukan nak mengayat, ajak bercinta.


ewwaah. 
ulang (1)

 (2)
sebagai seorang blogger, yang baru lagi,
ilmu yang sikit, baru paras kaki,
aku berblogwalking, pagi2 lagi,
tak pakai baju, tak sempat nak gosok gigi.

 
ewahhh. 
ulang (1)

 (3)
kekeringan idea, itu perkara biasa,
habis tu kau fikir, aku nak buat apa?
aku ada idea, lagi baik punya,
kita makan burger, hati pun gembira.

ewwahhh.
ulang (1)
(4)
kalau takde idea, kita makan burger,
burgernya pula, besar sedap belaka,
kalau berterusan, mana nak datang idea,
badan pun dah macam burger, montellah jawabnya.

ewwaaahhh.
ulang (1)

(5)
dah nama pun blogger, tak kisah pun tak cantik,
rajin singgah2, ramailah yang kelik (klik),
baru lah cinta, akan berputik,
makan tembikai pun, macam orang pelik.

ewwwaaahhh. 
ulang (1)

(5)
boleh ke blogger jadi, tumpuan ramai,
macam model iklan, drypers wee wee dry,
gitar kat tangan, goreng macam sakai,
gaya pun konon, jimi hendrix bagai.

ewwwaaahhh. 
ulang (1)

(6)
jangan pandang rendah, jangan tak percaya sudah,
biarpun idea,  sempoi dan mudah2,
dari dekat blog, diorang tak sudah2,
sampai ke tesco, gerenti diorang terjah.

ewwwaaahh. 
ulang (1)

(7)
aku dah buat, muka yang paling comel,
mulut aku pula, tak nak berhenti mengomel,
jangan komen terus, pada aku punya email,
aku tak bukak, sebab jaga kucing yang hamil.

ewwaaahh. 
ulang (1)

sekian saja, boria merapu saya,
cerita kreatif saya, lari tajuk saja,
bukan kering idea, tapi nak mencuba,
saya nak baca, hangpa punya cerita pula.

ewwwwaaaaahhhh.
ulang (1)
*sampai dah tak kuasa nak berboria.*

Sunday, November 14, 2010

JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU


gigih betul BA buat segmen ni. nak tau keberkesanannya, joinlah! traffic naik luar jangkaan, wa cakap lu!!

syarat untuk join:

1. buat satu entri  yang bertajuk 'JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU'

2. letak header blog Ben Ashaari. (boleh dapatkan di blog beliau.)

3. karang kata2 aluan kepada blogger yang mungkin akan singgah kat blog korang.

4. link kan entri korang kat ruang komen blog Ben Ashaari.

5. tunggu hingga nama keluar dalam blog Ben Ashaari.


tarikh tutup: 
sehingga BA tak larat.

contoh:

aku nak join! tapi BA kata orang yang pernah join, tak payah.

dah. pergi lah join!


Friday, November 12, 2010

separuh akhir contest cerita kreatif BA



terima kasih banyak2 pada sesiapa yang dah undi masuk aku! tak sangka dapat masuk top 10 sebab pagi tadi tengok macam takde harapan je. 

betul. kalah menang aku tak kisah. aku cuma nak ambil peluang yang BA bagi je.

terima kasih jugak kat BA sebab buat traffic saya naik!

kawan2 lain, selamat berkenalan. thanks sudi masuk di dalam kasut lala.

kat atas tu nama2 calon yang aku rasa kreatif dan innovatif. akhir sekali, aku pilih 'ushu-is-oder-tishu', berdasarkan nama yang belum diundi lagi. 

nak baca cerita diorang? klik sini dan cari sendiri. hehehe..


pergilah blog BA dan undi top 10 tu. sampai jam 12 tengah malam ni je tau!

TOP 10 CERITA KREATIF


susulan contest cerita kreatif BA

phuuhhh! ketara betul aku beria2 join contest BA. setiap contestants aku pergi melawat. sampai2 terus follow dan tinggal pesan suruh undi. ni baru dinamakan pancing undi. aku bukan melawat kosong. memang juling biji mata baca semua entri tu!

malu sebenarnya nak promosi diri. nampak macam daring. tapi kita kena fikir positif. siapa lagi yang nak mempromosi blog sendiri melainkan tuan punya belog!

BA sebenarnya membuka peluang kepada blogger lain untuk naik. siapa kata BA pergunakan newbie? nampak macam newbie (macam aku) mengambil kesempatan ke atas ke-femes-an BA lagi ada! berjela2 BA bagi tips untuk tingkatkan traffic. aku pasti, ada juga yang masih kurang faham. 

contest ni bukan untuk dipandang enteng.mula2 aku tak faham apa yang BA cuba sampaikan. setelah berblogwalking ke blog pesaing (pesainggg??), baru aku sedar, yang ini adalah latihan praktikal kepada blogger.  

walaupun ada yang tak turut serta, tapi mereka masih boleh mengundi. senarai blog peserta semuanya boleh dilawati untuk buat penilaian. pengundi takkan nak baca dan nilai je?? 

taknak tinggalkan jejak ke? kalau tak boleh semua, lawat separuh. kalau tak larat nak habiskan separuh, just pick randomly. tu pun kalau belum ada entri yang berkenan dihati.

aku bukan nak tunjuk pandai atau membodek. bak kata omputih. sharing is caring.

berbalik pasal undian, korang agak2 aku undi siapa?


yang belum lagi mengundi, sila pergi buang undi disini. 


cepat!!!!! sampai jam 12 tengahari sahaja!


p.s: CekLa : X  

Thursday, November 11, 2010

cerita kreatif


berkerut dahi buat pantun spontan ni. semata2 nak masuk contest:cerita kreatif BA. lari tajuk pulak tu. BA suruh cerita. aku buat pantun. tak kisahlah. cuba2 je nih.


dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing manis ni;
kalau rajin dan berdedikasi,
pasti BE mencanak setiap hari.


dari kita menconteng dinding,
lebih baik tulis blog sambil berbaring;
BE naik, mata dah bling2,
hidung kembang kempis sambil tersenyum kambing.


pulau pandan jauh ketengah,
memang takkan nampak walau panjat zirafah;
tumpang lalu, salam ziarah,
balas kunjungan rapat ukhuwah.


walau kita lain dunia,
ibarat seperti anjing dan kera;
walaupun hanya di alam maya,
kasih tersemai sesama blogger (blog-ga).


mari duduk rapat2,
follow mollow sampai melekat;
kita blogger tak kira darjat,
tua-muda baru-lama semua sepakat.


terrer sungguh rabbit ini,
taip guna kaki pun dia boleh;
jangan lupa pesanan ini,
update blog sekerap yang boleh.


king kong, beruk atau babun aku tak dapat nak agak,
muka dia serius macam nak gertak;
ada lagi yang aku nak borak,
jangan biar blog berkerak.


sekian sahaja pantun saya,
saya tahu memang caca merba;
harap sudi2kanlah membaca,
saya sekadar ingin mencuba.

untuk siapa yang tak join lagi, pergilah join. kat sini ye segala panduannya.

Monday, November 8, 2010

susulan suai kenal dari BA

wah wah wah! laju je masuk. mencurah2. bagus betul project nih! kalau sesiapa tak join lagi, pergi join sekarang jugak! klik sini untuk detail.

aku akan tunaikan janji aku menge'tag' tetamu kehormat semua. sabar ye.

ape pun, thank you!



SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?


ingatkan mahu jadi silent reader je kat blog abang ni. dok diam2. macam main sorok2. disebabkan idea dia yang bernas ni, aku nak ajak blogger lain untuk join.

kepada blogger yang sudi singgah sini, terima kasih dan salam perkenalan. kalau ada masa sudi2 lah komen atau follow. insyaAllah, aku akan follow korang balik. aku akan tag sesiapa yang menjerit kat kotak sebelah ni. feel free to jerit! okeyh??

mari kita eratkan hubungan dan bantu membantu sesama blogger. klik sini atau gambar di atas untuk ketahui dengan lebih lanjut. banyak lagi tips blogging disitu tau! rugi kalau tak jenguk!