Thursday, December 23, 2010

contest cerpen sesedap rasa ain zulaikha!


contest lagi! thanks to TIMMIE!!
contest ni memerlukan aku mengarang cerpan. so, here it goes.

saya berkenalan dengan aiman lebih kurang 2 bulan yang lalu melalui facebook.  mengikut firasat saya, (sebenarnya bukanlah satu firasat setelah tengok gambar profilenya di facebook) dia bukanlah seorang yang kacak pun. akan tetapi di zaman cyber ini, cinta bukan pada pertama lagi, tetapi cinta itu dihujung jari. dia mula mengucapkan salam perkenalan setelah kami menjadi 'friends'. dari wall to wall selama dua minggu di facebook, akhirnya kami bertukar2 nombor telefon.

tak cukup berborak di telefon, kami ber-sms. bukan tak boleh menggunakan aplikasi instant messenger atau lain2 aplikasi chat di internet, tapi, dengan ber-sms lagi cepat dan saya boleh berbaring, terlentang, hingga ke jamban pun saya boleh usung telefon bimbit. tidak perlu lagi hubungkan internet. lagipun, saya nak berjimat cermat had kuota jalur lebar untuk ber'blogwalking'!

oleh kerana asyik masyuk sangat berborak dan ber-sms, kredit pra-bayar saya sering saja kekeringan. bila dah habis kredit pra-bayar dan tidak cukup duit untuk isi semula pra-bayar, saya teks adik2 atau abang2 saya untuk berkongsi kredit. sampai saya diperli mereka, "apa ingat kami ini tauke kredit?"
kandungan teks: "saya bukan 'pakcik' atau 'cut tari' yang berada di balai polis. weh, share kredit dengan aku. nak mesej future in-law korang!"

saya tidak kisah semua itu asalkan dapat menghubungi aiman. aiman lagi tak kisah!

kami membuat temujanji pertama pada 10 oktober 2010. saya pasti itu tarikh keramat yang akan berikan saya tuah! walaupun ramai yang anggap tarikh itu sebagai dukacita akibat kemalangan ngeri bas ekspress, oh, tak perlu saya ceritakan lagi kerana 1 malaysia sudah tahu! walaupun ramai yang anggap tarikh itu sebagai dukacita akibat kemalangan ngeri bas ekspress, saya masih menganggap saya adalah insan yang paling bertuah kerana dapat berjumpa aiman.

semasa dalam perjalanan pergi ke tempat temujanji kami, aku terserempak dengan seekor kucing yang hendak melintas jalan. dengan tidak semena2 sebuah teksi datang yang dipandu laju datang dari arah entah mana, saya pun tidak tahu. nasib baik pemandu teksi tersebut sempat membrek kenderaan beliau. kalau tidak, saya akan menangis melihat kucing itu menggelupur mati seperti mangsa nahas bas ekspress itu.

saya kurang bersetuju dengan tindakan pemandu teksi berkenaan memaki hamun kucing tersebut. apa salah si kucing itu? kucing tidak berakal pun untuk berfikir cara melintas jalan dengan cermat dan selamat. sepatutnya, pemandu teksi itu yang perlu fikir tentang kelajuan kenderaan yang dipandu. tak pasal2, sudah terkejut dek kerana menekan brek kecemasan!

 pemandu teksi: "lain kali guna jejantas untuk lintas jalan, kucing oiii!"

sememangnya nasib saya baik hari itu kerana tidak melihat kemalangan antara teksi dan kucing. mama saya kata, kalau kita lihat kemalangan semasa dalam perjalanan, banyak2 lah baca ayat Kursi kerana ia mungkin membawa petanda tidak elok pada orang yang melihatnya. saya tidak pula tanya mama tentang kesahihan teori yang mama kemukakan itu.

setibanya di tempat temujanji, saya terpandang seorang lelaki memakai baju merah jambu. jantung saya yang sejak dari tadi berdebar, terasa bagai mahu terhenti melihat rupa paras lelaki tersebut yang iras pelakon popular korea! tergugat juga keimanan saya melihat lelaki yang saya sangka aiman itu.

hati saya berkata, "aiseymannn. dia handsome daaa! boleh goyah iman ni!"

tiba-tiba seseorang menyapa saya dari belakang, "hai awak bertudung pink."
saya menoleh kebelakang dan lihat ada seorang lagi lelaki berbaju merah jambu.

"saya aiman." kata lelaki itu sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang berpendakap!

agak terkejut juga saya kerana tidak menyangka aiman yang ingin saya jumpa bukan lelaki berbaju merah jambu iras pelakon korea itu.

kebetulan ya. ada orang memakai baju merah jambu seperti yang saya dan aiman janji!


selepas sepatah dua kata perkenalan, kami terus menuju ke restoran nasi ayam hainan yang pernah direview oleh seorang blogger. walaupun aiman yang saya mahu jumpa itu bukan seperti pelakon popular korea, saya tidak kisah. sebab aiman pun tak kisah!

tamat.

peringatan: watak sebenar 'saya' di dalam cerita ini ialah ain zulaikha!

siapa yang mahu join, klik saja gambar dibawah ni.

cekla mahu tag.
lekatlekitgurl (dengar2 dia ada bakat tulis menulis ni!)
novelgurl
sepatu hijau


7 comments:

suria lekatlekit said...

hahahahaha.. sapa cakap tu?? Wartawan mana bgtau ni?? aduhai cekla.. mengarang perlu ilham la cekla.. bkn pandai sgt. Takat boleh mengeja jer.. Thanks for tag.. nanti kita sudahkan yer.. tgh cr ilham ni.. tak dtg2 lg

CekLa said...

heheheh...bukan wartawan, tapi dah jadi pengikut setia blog abby, mistilah tahu ttg bakat abby tu!

Personal Wellness Coach. said...

comel! hehehe :)

Ain Zulaikha said...

hai thanks join, ;) gudluck..;)

TimMie said...

menarik!
All the best tau. ^^

Bulan Purnama said...

gudluck :)

Anonymous said...

belajar banyak