Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

terima kasih

bagusnya.
aku bukan blogger tegar lagi yang menghadap blog 24 jam. but still, ada orang nak follow.
aku, serius, tak tau nak react camne.

apa pun, terima kasih ye.


Wednesday, February 8, 2012

update

di dalam kasut lala perlu dikemaskini. dibuang apa tak perlu. ditambah apa yang kurang. aku mahu aktif berblogging kembali. aku mahu duit nuffnang. $$$$. hahahahaah! *jangan mimpi cekLa*


Tuesday, August 16, 2011

aku rindu

aku rindu hendak menulis.
aku rindu pada blog.
aku rindu pada kemeriahan kawan2 blog.
aku rindu kegembiraan mendapat BE.

kawan2, korang apa khabar?

Friday, December 31, 2010

kenangan terhebat sepanjang berblogging tahun ni.


nasib baik ada rakan blogger seperti cik lekit ni yang selalu tag cekla. so, dapatlah idea untuk tulis entri. sekarang ni bb dah abis quota. dua minggu je 3GB habis gara2 melayan youtube dengan anak buah hari tu.

berbalik pasal topik asal entri ni. aku nak melunaskan hutang ah long cik lekit yang dah tag aku untuk GA anjuran dari mata hati.

kenangan terhebat sepanjang berblogging tahun ni.
hebat tu takde lah. manis tu tetap ada. tapi bukan pada minuman. pada kenangan berblogging.
aku belum cukup ilmu lagi untuk cipta satu kenangan terhebat! belum terror. bak kata maria elena, terror bukan 'scary', terror hebat, okeh?

duk taip-padam-taip-padam ni bila masa nak habis? tak tahu apa sebenar2nya yang boleh aku simpulkan sebagai kenangan terhebat.

ok2. idea dah datang.

aku start berblog officially pada april 2009 lagi. tenggelam timbul juga masa tu. tujuan aku berblog sebab nak stalk someone. mesti ada yang kenal. fynn jamal. dialah yang aku intai.

sejak aku serius berblogging (maknanya tiap2 hari atleast update 1 entri), aku telah dipertemukan dengan ramai blogger. blog aku dikenali pada mulanya ialah selepas aku join segmen BA. trafik masyuk time tu. dari situlah, 'di dalam kasut lala' ni tak pernah sunyi. walau sorang dua pengunjung satu hari, tetap tak sunyi. sekurang2nya tak lah berhabuk kan?

dari berblogging pasal diri aku sendiri, aku cuba ubah topik entri. (kenangan juga tu). pernah aku tulis mengenai skandal 'cinta syyhh' uncle seekers dengan permaisuri siti aishah, tapi aku padam balik. sebab aku fikir, tak baik menyebarkan sesuatu perkara yang aku sendiri tak pasti. walaupun kita berhak bagi pendapat sendiri, tapi aku rasa tak sedap hati pasal entri skandal tu. ada juga keluar dekat 'linkwithin' sekali sekala. tapi bila klik korang takkan jumpa.

dan yang paling penting, kenangan yang terhebat bagi aku lah kan, ialah menjalinkan persahabatan sesama blogger tak kira di mana mereka berada. selalunya kalau kawan2 realiti (macam kawan opis ke, kawan sekuliah ke, kawan sekolah ke) kita dah biasa lihat atau tengok wajah mereka. biasanya mereka tu dekat dengan kita.

tapi dengan berblogging, cik yaty yang duduk kat terengganu pun aku leh terjah dan tahu aktiviti dia. brader gnesop riwayat hariku yang sikit sebanyak mengajar tentang perkara blog yang aku sendiri tak berapa nak faham. cikguhalima mohkembara yang selalu bercerita tentang pengalaman di negara orang (tak caya pergi terjah sekarang), sentiasa membuat perut aku dipenuhi kupu2!

itu belum termasuk qila, cik lekit, apezs, faisal,  blogger yang beri backlink pada aku serta pengunjung blog ni yang aku tak pernah kenal di dunia nyata, bagaikan semangat aku supaya tak berputus asa.

kita tak pernah kenal orang tu sebelum ni. batang hidung mereka pun tak pernah hadap, tiba2 dengan berblogging segalanya mungkin boleh berlaku.

bukan nak jadi poyo okeh? inilah sejujurnya yang aku rasakan kenangan terhebat sepanjang berblogging.

aku rasa aku dah terlebih senarai blog favourite aku. (untuk penganjur GA)

blogger yang aku nak tag ialah: sakinah 88 

siapa yang nak join silalah skodeng penganjur dari mata hati.