terkesima aku.
perbualan aku dengan abah semalam betul2 buatkan aku terdiam.
aku buat2 kool, pandang ke luar tingkap kereta dan seperti acuh tak acuh. dalam hati ni tuhan saja yang tau.
betapa aku mahu putaran tayar kereta laju meluncur supaya cepat sampai ke destinasi.
betapa aku hendakkan kereta2 dihadapan bergerak lebih laju lagi.
betapa aku mahukan hujan lebat yang menyebabkan kesesakan kenderaan di lebuhraya yang satu ini berhenti.
dalam banyak2 masa, kenapa masa itu yang abah pilih untuk berbicara dengan aku.
arrrghhhh! sesak dengan keadaan jalan. sesak dengan apa yang abah cakapkan, walau aku tahu abah tidak berniat untuk buat aku berasa begitu.
'dengar tak long?' abah siku tangan aku. mungkin abah fikir aku mengelamun.
'hmmm.'aku sebenarnya tak tau apa yang dikeluarkan dari mulut ni.
'awak tu umur dah lanjut. kalau ada pasangan cepat2 bawa jumpa abah.'
oh my abah!
No comments:
Post a Comment