Showing posts with label guitar chord. Show all posts
Showing posts with label guitar chord. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

satu hari di kedai bunyi-bunyian

bukan berhajat pun mahu sambar yang baru sebab yang lama masih elok. cuma string kena tukar.

fikir2 balik, bila lagi nak beli. sedap kendong. selesa pegang. merdu bunyi. tak sakit jari.

aku dah jatuh cinta.

aku berkehendakkan warna putih. tapi tak ada. hanya tinggal merah jambu dan hitam. hitam macam blackie. jadi aku ambil pink.

uncle james suruh try. dia kata, tak apa, u kena try baru puas hati.

belum sempat duduk dan try, aku tepandang yang lain. eeeeee, yang itu cantik!

uncle james kata boleh try. tak bestlah uncle. sama macam blackie saya. keras.

dan keputusan untuk membeli alat bunyi warna pink itu sudah muktamad.

nama dia rose. nama keluarga dia gypsy rose.


*ini pun u jual ke uncle? uncle james jawab ada. i kasi murah sama u lah.

ok. i angkat yang ni satu. ^_^

p.s: bila dah dapat shopping semua nak dibeli.