Showing posts with label gypsy rose. Show all posts
Showing posts with label gypsy rose. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

kemana arah keyword anda?

sesekali aku check jugak account nuffnang. amat mengecewakan. tak bergerak langsung! caya laa!
tapi bukan tu je yang aku tengok. aku suka tengok dari mana datangnya unique visitor dan camne leh mereka  tersesat masuk blog aku! bajet femes la tuh.. -.-'

surprisingly, (walau tak sesurprise mana pun) ramai yang mencari port memancing atau kelong di pulau ketam! waaaaa! rindunya nak pegi pulau ketam! tidur atas kelong yang terbuai2. nak memancing!

kepada kaki pancing yang baca entri ni dan nak ke pulau ketam, klik ---> trip to pulau ketam. aku nak komen banyak2, aku pun tak reti sangat. google je la apa yang patut! hahahaha!

yang kedua. ada jugak orang search pasal 'gitar warna pink'. sememangnya pink bukanlah warna kegemaran cekla. tapi itulah warna gitar cekla.

aku beli gitar tu kat old town pj. tapi ada satu hari tu, aku ternampak gitar gypsy rose jual kat music store dekat jalan silang (depan mydin, sebaris mcd, belakang kotaraya). harga pun lebih kurang je macam yang aku beli (dalam rm285). sekali dengan strap, beg gitar, dan DVD dan sticker.

nak tengok design gypsy rose yang lain? klik ---> gypsy rose atau google je senang.


klik gambar untuk info

Thursday, February 10, 2011

satu hari di kedai bunyi-bunyian

bukan berhajat pun mahu sambar yang baru sebab yang lama masih elok. cuma string kena tukar.

fikir2 balik, bila lagi nak beli. sedap kendong. selesa pegang. merdu bunyi. tak sakit jari.

aku dah jatuh cinta.

aku berkehendakkan warna putih. tapi tak ada. hanya tinggal merah jambu dan hitam. hitam macam blackie. jadi aku ambil pink.

uncle james suruh try. dia kata, tak apa, u kena try baru puas hati.

belum sempat duduk dan try, aku tepandang yang lain. eeeeee, yang itu cantik!

uncle james kata boleh try. tak bestlah uncle. sama macam blackie saya. keras.

dan keputusan untuk membeli alat bunyi warna pink itu sudah muktamad.

nama dia rose. nama keluarga dia gypsy rose.


*ini pun u jual ke uncle? uncle james jawab ada. i kasi murah sama u lah.

ok. i angkat yang ni satu. ^_^

p.s: bila dah dapat shopping semua nak dibeli.