Monday, December 13, 2010

trip to pulau ketam

kisah jalan2 aku tak abis cerita lagi. destinasi pertama ialah pulau ketam. bagi yang tak tahu, pulau ketam terletak di selangor. untuk kesana, kena naik feri dari pelabuhan klang. tambang untuk dewasa, rm7 dan kanak2 rm4.

feri dari port klang ke pulau ketam
aku dan ahli rombongan naik komuter je pergi port klang. senang dan tak payah nak risau parking kereta kat mana nanti. dari komuter ke jeti cuma perlu berjalan 5 minit je. takde lah termengah2 sebab bergendet2 bawak barang.

ferinya panjang. ada aircond. tak best. aku suka feri macam kat penang tu. open air. perjalanan memakan masa lebih kurang 30 minit jugak. nasib baik aku tak mabuk naik feri tu.

 
nilah jeti pulau ketam.
penduduk pulau ketam ni majoritinya ialah kaum cina. kalau nak jumpa melayu atau india, payah! indon bangla ada jugaklah jumpa. kitorang tak terus pergi pekan pulau ketam, sebaliknya, naik lagi bot kuning untuk ke kelong natural paradise yang terletak di hujungggg dunia! (aku terasa dihujung dunia sebab nampak jelas laut lepas!)

bila dah sampai kelong tu, gayat jugak lah. sebab ia dibina tinggi dari paras air. dahlah dibuat daripada kayu, nak jalan, nampak air laut kat bawah! lepas tu, anak sedara aku pergi lompat2, lagilah aku GAYAT!!!


keadaan di kelong. ni je gambar yang senonoh sikit. takut nak pegang henfon takut jatuh dalam air.

kelong ni ada sediakan bilik untuk bermalam. dah usha2 bilik, skodeng pulak toilet kat luar. terkejut tengok jamban nya yang berlubang untuk membolehkan orang membuang hajat. bayangkan berlubang empat segi panjang dan nampak air laut kat bawah, kadang2 boleh nampak ikan2 kecil berenang lagi! kalau kita buang air, sure orang boleh nampak apa yang terjatuh dari lubang tu.

tapi, gamble je lah! tak pernah nampak memang macam terkejut tak boleh terima. bila dah tak tertahan segala pundi, terpaksa redahhh jugak! bagi aku, ianya satu pengalaman yang seronok dan baru!

kebetulan, masa kitorang sampai tu hujan. satu hari tu jugaklah hujannya. tensen memancing sebab air laut tu berkeadaan 'pasang besar'. banyak angkut sampah sarap je! sedih betul tengok sampah2 tu semua.

cadangnya nak memancing sampai pagi. tapi aku takleh lawan mata yang nak terkatup ni. pukul 230 pagi dah masuk tidur. bila baring, terasa macam membuai dek kerana arus air yang langgar tiang kelong. harga bilik rm35 je. kalau nak lagi adventure, leh tidur dalam khemah. tak pasti khemah sendiri atau disediakan. tapi harga bermalam dalam khemah rm15.

makanan halal memang susahlah nak dapat. kitorang tapau je dari rumah. nasi kosong dan ayam goreng. pergi pekan pulau ketam, beli canned food iaitu sambal udang yeo's! dek kebuluran, bedal je apa yang ada! dekat kelong tu ada disediakan dapur untuk masak. tapi lecehlah nak angkut barang2 basah sekali. aku bawak sekali maggi in cup kot2 kebulur ke. mana lah tau kan..?

untuk pengetahuan semua, basikal merupakan pengangkutan utama di pulau ketam memandangkan jalannya yang sempit dan hanya muat dua (2) orang jalan seiringan je! lagi pun, semua rumah dan jalan tu dibina diatas air! jalan ni macam jambatan jugaklah. tapi jalan utama dibuat daripada batu. so takde lah goyang2 bila jalan.

 contoh rumah di pulau ketam

bila jalan2, terserempak dengan basikal, diorang akan kringg2, menandakan 'sila beri laluan'. sesekali aku terasa macam dalam drama cina lah pulak! 

disebabkan penduduknya ramai cina, maka, banyak jugak anjing2 berkeliaran. tak boleh lupa peristiwa kena berhadapan dengan anjing masa perjalanan balik ke kelong dari pekan pulau ketam. aku dan kakak angkat bersama 4 orang anak sedara yang masih kecil ketakutan bila dengar anjing2 menyalak bagai!nasib baik dekat dengan rumah orang. 3 orang anak sedara lelaki masing2 pegang kayu.nasib baik jumpa kayu dalam perjalanan. standby je untuk baling pada anjing kalau2 anjing tu kejar. tapi anjing tu menyalak je. tu yang buat kami takut! nak2 hari makin gelap! lampu jalan takde kat situ. apa lagi, menjerit lah minta tolong!

semua dah menggigil sambil fikir cara nak cabut lari. dahlah anjing tu menyalak depan kitorang! last2, aku ternampak ada orang dalam rumah, terus aku panggil minta tolong halau anjing2 tu. kakak tu lagi best. siap boleh fikir nak panjat tiang elektrik lagi! kalau dia panjat yang 5 orang lagi ni nak campak mana?

nasib baik ada yang nak bantu halau. rupa2nya, ikut kata owner kelong tu, untuk tenangkan anjing tu, cuma perlu angkat tangan macam kita nak pukul dia. aduh! senang je! kenapa lah orang tu tak cakap awal2!

nasib baik semuanya selamat.

nak upload gambar banyak2 bb dah abis quota. copy paste je gambar yang ada kat fb pulau ketam.
nak tahu lebih lanjut klik je PULAU KETAM ni.

2 comments:

husnaradzi said...

best nya cek laaaa !
tu lah pulau ketam bnyak cina .
tp penah masuk tb ada 1 restoran melayu jual murtabak ngan roti canai besar2 .sedap kot smpai msuk tb.
lao x silap mmg kat pulau ketam .

CekLa said...

ye ke? aritu jalan2 satu pekan tak jumpa pun!mungkin terlepas pandang kot.