pe kejadahnya novartis tu pun aku tak tahu. aku bukak dan aku jumpa ni!!
apa itu Benefiber?
Benefiber mengandungi fiber mudah larut (dextrin gandum). ia tidak mepunyai perasa dan gula serta mudah larut dalam minuman (kecuali minuman berkarbonat/bergas), makanan lembut serta tidak memekatkan makanan atau minuman tersebut.
setakat ni, belum cuba lagi. esok nak beli orange juice campurkan dengan Benefiber. nanti aku bagitahu pendapat aku bila dah minum.
kita cuma dapat separuh daripada fiber yang terkandung dalam makanan yang kita makan hari2. (jumlah yang fiber harian yang diperlukan 20-35 gram). jadi pengambilan Benefiber (2 sachet sehari bagi orang dewasa) memastikan kita mendapat jumlah fiber yang cukup dalam diet harian.
sumber fiber boleh didapati dalam tumbuhan/sayuran seperti kekacang, gandum, oat, epal, beri, plum, pisang, kentang, saderi (celery), lobak merah, avocado, kulit tomato , etc. selain itu, fiber juga boleh didapati dalam bentuk supplement yang boleh dijual di farmasi atau kedai ubat atau hypermarket.
apa kepentingan fiber?
dengan pengambilan makanan berfiber, kita akan rasa cepat kenyang. secara tak langsung, nafsu makan berkurang. fiber juga mempercepatkan makanan yang dihadam di dalam saluran pencernaan kita dengan kata lain, fiber merupakan agen pelawas. bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit, fiber akan melembutkan najis supaya senang keluar.
fiber akan menyerap air dan berubah kepada bentuk gel, memerangkap karbohidrat serta memperlahankan penyerapan glucose. hal ini akan menurunkan paras gula dalam darah. selain itu, fiber menurunkan paras kolesterol yang menyebabkan risiko penyakit jantung. ada lagi. fiber juga turut mengurangkan risiko kanser kolon.
banyak khasiat fiber ni kalau kita ambil secara berpatutan. sebenarnya, minuman atau jus diet yang berlambak dipasaran pun mengandungi fiber juga. sebab tu kalau kita minum, kita rasa kenyang dan senang buang air.
nak dapat sample percuma macam aku? jom terjah web Benefibre ramai2!
www.benefiber.com.my
1 comment:
kita dpt last week lagi tp smpai hari ni tak cuba2 lg
Post a Comment