Monday, November 8, 2010

IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR

cekla mempersembahkan,

angan2 adaptasi dari filem walt disney,



kalau aku ada rambut emas sepanjang 70 kaki seperti rapunzel. tinggal di menara sambil tunggu putera idaman selamatkan aku.



sambil membuang masa menunggu ketibaan prince charming tu, makin kuatlah aku berangan depan cermin. cermin aku juga sepanjang rambut 70 kaki. cermin ajaib yang boleh bercakap kepunyaan ibu tiri snow white boleh dihubungkan dengan aku melalui wi-fi sahaja. setiap hari selepas berdandan cantik, aku akan tanya cermin ajaib.

"wahai cermin ajaib, rambut siapakah yang paling panjang dalam dunia ini?"

jawab cermin ajaib, "rambut cekla."

"cermin2, tolonglah simpan rahsia rambut aku yang 70 kaki ni. jangan bagi tahu mak tiri si snow white tu. tak pasal2 dia cemburu, habis rambut aku dipotong!"

"tak dapek den nak nolong ekau, cekla. den ni makan gaji buto jo! karang berahsio samo pompuan tuo kojam tu, sio2 jo den ni kono pocah bosopaiiii! gaji tak dapek, buto den jadinyo! tak buleh2!"

alaaaa.....bencik kau cermin! 

nak dijadikan cerita, mak tiri snow white sudah pun ketahuan. beliau amat murka kerana rambut aku lagi panjang. eh, perempuan ni kan, tak boleh tengok orang lebih sikit dari dia!

satu malam yang mendung, mak tiri snow white datang dengan keadaan yang marah2. sambil tangan tunjuk2 ke arah aku, dia menjerit,

"ceklaaaa!!ceklaaaaa!! lebih baik kau turun sekarang! sebelum aku bakar menara kau ni!"

"apa bakar2 ni? makcik ingat menara ni ayam golek nak bakar2. tak bagi salam terus2 nak bakar. podacit!"

sambil menyinsing lengan baju, mak tiri snow white jerit lagi. kali ni muka dia merah.

"apa yang kau buat tercongok kat atas tu sorang haaa? rambut panjang mengurai sampai kau dapat the most beautiful-shiningly-bright and the longest golden hair award dari cermin ajaib aku? mana pernah orang lain dapat award dari cermin ajaib tu kecuali orang yang terpilih sahaja! macam aku, yang terrrrcantik, terrrlawa, terrrhot!"


"oh ye ke dapat award? terharunya aku, makcik. nak nangis pun ada. terima kasih kepada cermin ajaib, kuda pedati, burung nuri, abang shrek...bla..bla...blaa...," thank you list aku pun 70 kaki jugak.

"sudah2! aku tak mau dengar lagi. bikin panas je lu ni de. meh sini aku gunting baru puas hati aku!" celah mak tiri snow white yang mana ditangannya memegang gunting.

"apa? gunting? tidakkkkk!!!"

dengan segala kekuatan yang ada, aku hayunkan rambut aku dan melibas ke arah mak tiri snow white. dengan lajunya, mak tiri snow white tercampak 70 kaki jauh kedalam gaung. 

padan muka kau mak tiri!

keesokan harinya, muncul pula seorang lelaki, lagaknya seperti putera raja. hajatnya ingin mencari emaknya yang semalaman tidak pulang. aku ceritakan kat dia pasal mak tiri snow white dan bagaimana aku melawan dia.

dia diam seribu bahasa dan jelas mukanya serba salah.

"sebenarnya cekla, perempuan tu adalah mak tiri aku juga. dia kahwin dengan ayahanda aku, raja negeri ini, selepas baginda selamatkan dia dari dalam hutan. dia memang kejam. tapi bukan dengan aku. sekarang aku nak minta tolong, cari dia sama2. kasihan ayahanda, baginda buntu"

"mana boleh. aku dikunci dan dikurung di atas menara ni. aku tak boleh buka mangga pintu untuk turun menaiki tangga," jelas aku pada dia.

"kalau macam tu, biar aku panjat rambut kau ni."



dipendekkan cerita, memang dia prince charming aku selama ini. dia yang bebaskan aku dari jadi ikan pekasam dalam menara. kami pergi cari mak tiri snow white yang jatuh dalam gaung sama2. orang tua tu cuma pengsan. kebal betul dia nih!

sekali lagi, dengan bantuan rambut aku, mak tiri snow white memanjat ke atas. terkebil2 mata mak tiri snow white ni tengok aku.

"ceklaaaa! ampunkan makcik ceklaaaa! makcik janji pasni makcik takkan jeles2 lagi dengan kau ceklaaaa!" rayu mak tiri snow white siap pegang2 kaki aku lagi tu. ok2 makcik dah insaf. aku dah pun maapkan makcik tapi kasilah aku kahwin dengan anak tiri kau ni, makcik!

di hari persandingan aku dan prince charming aku, seramai 70 orang dayang mengangkat rambut aku

dan yang paling best, rakyat jelata terutamanya perempuan dah mula simpan rambut panjang dan dah pandai menggayakan rambut mereka. contohnya,

lady gaga


dan ini adalah puteri raja yang terperangkap atas menara.


dia hidup bersama prince charmingnya, happily ever after.




-tamat-


p.s: nak wii! nak wii! nak wii!


7 comments:

zacky786 said...

ok gak 2.. ~ klw awk ad rambut 70kaki.. sy nk pinjam 1kaki.. wat tali spay in case emergency ..!! ahahaa... :PP ..

CekLa said...

tali spare?? untuk ape?kasut ke gitar?

zacky786 said...

apa2 pon blh.. nama pn emergency kn.!! ;) hehe

Tasha said...

bestnyer cerita ni..... makcik tak nak jeles2 lagi. wahahahaha.....

CekLa said...

sape suruh makcik itu menjeles?? kan dah kena. hamekkk!!huuhhu

ieda Qema said...

kahkahkahkah... mmg best citer nihhhh! fairytale betul! hahah

anonymous said...

alangkah bagusnya~..