Showing posts with label cik bebela. Show all posts
Showing posts with label cik bebela. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

beku

agak lama blog kesayangan ditinggal beku. bukan tiada masa tapi kering idea. terima kasih Cek Lya kerana ingatkan saya untuk menulis sesuatu. yang sebenar2nya tak ada apa yang mahu dibebelkan disini.


dua post sebelum ni, memang post jiwa kacau. bukan tak pernah ada post jiwa kacau macam tu kan. tapi, orang tua2 kata, disetiap hujung tahun, mesti ada musibbah yang menimpa. sama ada korang2 percaya atau tak, selama dua tahun berturut2 benda buruk berlaku di penghabisan tahun. bila masuk tahun yang baru, keadaan kembali ok.

sekarang, aku dah tenang. jauh dari mainan jiwa yang berkecamuk. masa tu hati rasa macam kena perah, diratah2, dipijak2. lepas tu, dilelong2kan. (dua singgit) ok, mungkin tak seteruk tu. hati tak nak faham. bila kemahuan dan logik akal tak selari dengan kata hati, ranap lah segala.

aku bersyukur sangat2. kawan2 sentiasa ada dikala susah aku. ye. masa tu barulah ingat aku ni ramai sangat kawankan. untuk kawan yang berapa kerat itu, terima kasih sebab jadi support system dikala diri ini memerlukan. tak perlu aku sebut. anda tahu siapa anda kan?

aku tak mahu kesedihan yang berpanjangan. aku tak suka agoni sebetulnya. jadi, aku hadirkan musim bunga lebih awal dari jangkaan.

Sunday, November 14, 2010

idea oh idea!

semalam dah fikir, nak buat entri pasal apa. hari ni lupa balik. selalu macam tu. lain kali kena catat lah jawabnya. 

setiap kali log masuk, nampak perkataan pos baru, memang aku akan klik, tapi lepas keluar text editor je, idea tu meresap keluar dari otak.

aku rasa cemburu sikit dengan orang2 yang ada idea untuk tulis blog. yang kadang tak tercapai akal nak wat macam tu. tahap kreatif dan kritis aku perlu diasah lagi ni. noted.

peliknya aku ni, bila keadaan tenang, satu bala tentera idea pun tak kunjung tiba. idea aku boleh diperah dalam masa dan keadaan tertentu. contohnya,
  1. kepala tengah serabut gila dengan hal lain, tiba2 boleh terfikir pasal idea yang datang mencurah2.
  2. mengantuk tapi tahan mata atau tak tidur selama 24 jam.
  3. masa tengah syok menghadap cermin atau berangan. hehehe..
  4. bila excited ya amat!
dalam keadaan macam ni, kiranya traffic idea dalam otak aku tengah up! nghheee...

sebab tu, aku buat sepuluh perkara yang berkisar tentang aku. atleast 1 hari ada 1 entri. tapi bila dah habis macam mana???

mungkin aku perlu fikir balik tempat untuk generate idea.


toilet perhaps? kan uncle donald?



Monday, November 8, 2010

malu bertanya sesat jalan

sebelum ni nuffnang aku ada problem dimana status aku bukan glitterati. aku pun pelik. nak tanya blogger lain, malu. last2, aku tanya sendiri pada nuffnang.

dengan sepantas kilat diorang jawab.

 
 itulah. aku ni gatal tangan sikit nak join sana sini. dan setelah 4 hari menunggu...

dah tukar!!!! 

aku baru tahu macam mana nak guna print screen. selama ni dok godek2 lappy tekan shift, alt, ctrl dan prt sc tak menjadi pun. aku search google cara yang betul. aku dah penah cari tapi tutorial tu suruh tekan butang fn.

aku punyalah musykil mana letak butang fn kat keyboard ni. ingatkan lappy ni special sikit dari yang lain sebab takde fn. sekali jumpa fn terus aku tekan prt sc skali. laju2 pergi paste kat paint. terkejut tengok screen yang sudah di prt sc kan!

berjaya!!!!!!!

memang kadang2 aku ni blur2 ayam gitu.

seperti biasa


memancing 2

aku ada bagitahu yang aku memancing sabtu lepas kan?

lokasinya di laguna park, pelabuhan klang.

seperti biasa, tiada gambar yang akan aku uploadkan sebab aku tak ambil gambar pun. pegang handphone pun aku takut jatuh dalam air.

memang best, mula2 memang aku tak tahu langsung nak baling pancing. sekali dah belajar, tak ingat dunia!

aku sampai dekat sana dalam pukul 9.00am. masa tu, air dah nak mula surut. aku leh rilek lagi dalam khemah. oh ye. masa ni port kat tempat jauh sikit dari jeti. macam bahagian muara. aku tengokkan aje orang memancing. tidur. kroohhh2.

bila matahari dah terpacak betul2 atas kepala, bungkus2 khemah semua, pindah pergi jeti.

masa kat jeti lah segalanya bermula...

aku belajar baling pancing dengan betul. dapat bawak naik seekor ikan duri panjang tapak tangan je. takpe. tulah yang dinamakan rezeki. hehehe!

sedihnya hari tu, sunglasses ray-ban aku terjatuh dan hanyutttt. dah lah baru first time pakai!

NANTI AKU NAK BELI SUNGLASSES RAY-BAN BARU! PAHAM? (harus dibesarkan sebab tukang belinya akan baca.)

hasil satu hari memancing, dikumpul sesama 3 pemancing amateur, dapat dalam 9 ekor ikan. eh? ye ke? bukan 10? lebih kurang tu lah. tapi ikan semua cinonet2. aku nak masak pun kena fikir, cukup ke? 

bagi kucing je lah jawabnya!

lupa nak tag!


Saturday, November 6, 2010

memancing

malam ni tak sempat nak blogwalking atau balas kunjungan. mengantuk sangat. esok kena bangun pagi2. nak pergi memancing. 

ingat nak pancing undi ke? pilihanraya DUN galas dan batu sapi dah abis dah!

mestilah pancing ikan. terrer ke cekla memancing?

baling pancing pun tak lepas! hahahaha!

aku cuma ikut2 je. release tension sikit.

selamat malam. 

oh ye. dah gatal dah tangan ni asyik nak tag orang je.

aku nak tag kak kujie. kata dia hidup biar sedap! makanya, aku nak sedapkan hidup aku esok, berjumpa dengan laut. minta2 esok laut tak berombak kuat!!!

Wednesday, November 3, 2010

pangkah

tengah syok2 blogwalking, klik 2-3 blog bagi loading sekali nak baca senang, tetiba berkumandang bunyi lagu yang bising dan bingit!

aduhai... aku tak suka blog yang keluar lagu tang2 tu jugak.

aku memang suka buka banyak2 tab. tak tau mana datangnya lagu tu. jalan senang, tutup semua! habis cerita.

blog yang ada lagu bunyi auto memang aku kurang berminat nak terjah. kadang2 lambat loading. kadang2 abis skrin ni jadi kaku.

aku jalan2 kat blog orang sebab nak baca cerita ceriti orang.

bukan nak dengar lagu.

Friday, October 22, 2010

rombongan cik gee (bukan nama sebenar) ke KT

selamat hari jumaat!

kempunannye nak ngomel dalam blog! eleh, masa boleh mengomel sakan masa tu sibuk cakap kat diri sendiri takde idea! ngade2.

nak cerita pasal raya, takde apa yang menarik pun. lagipun dah dekat sebulan syawal pergi. tapi, boleh pulak aku demam selsema dan batuk sehari sebelum raya. jadi, wajiblah aku bermalas-malasan bertandang ke rumah orang tahun ni. see, takde yang menariknya kalau macam itu!

oh lupa! konvoi rombongan cik gee (bukan nama sebenar) pergi KT! dari KL singgah gambang. kat situ ada water theme park. ingatkan boleh masuk mandi manda, alih2 sampai pun dah pukul 4 petang. paling tak pun 2 jam je dapat main. lagipun hujan lebat. kena sambar petir sendiri mau ingat!

maka, kemudiannya, bertolak pulak pergi batu hitam, kuantan. sampai dekat resort tu terus sewa bilik. seaview lagi tuh. maklumlah, check in dah pkul 6 petang dan seharusnya aku lah yang excited nak mandi swimming pool kalah budak2 kecik! disebabkan pool pun pukul 7 malam, terus aku takde hati nak tengok walau tiang shower tepi kolam tu sekalipon! walau macammana pun, aku berjaya gak praktikkan skill berenang aku keesokan harinya. best tak ingat! dah lama tak berenang2-berkuak2 gaya bebas-terapung2-terminum air klorin-lah katakan. 

yang paling tak tahannya, macam angker sikit tempat tu. aku tak nampaklah entiti paranormal dekat situ, tapi rasa seram tu memang buatkan meremang lah bulu roma ni. nasib baik ahli2 rombongan semuanya okeh! 

malam selepas check in, mandi2, siap2 pergi keluar makan. ai laik sebab aku KEBULUR! so, bila dah kebulur, apa tengok pun nak. masa tu lah baru teringin nak makan itu ini. memang licin habis makanan kat atas meja. rasanya orang yang tengok ahli2 rombongan cik gee ni makan pun tahu mereka ini KEBULURAN

yang tak bestnya, ahli2 rombongan cik gee ni kan dari luar kawasan tu.  so, suka2 hati mak dia je nak letak harga. kalau kira2 balik, memang mahal daripada biasa. kedai makan tu taklah happening sangat! biasek je! 

tapi takpelah. makanan dah jadi taik pun. ngeheeee...

esoknya pula, lepas aku rasa puas berendam, check out dan terus bergerak ke KT. oleh sebab memikirkan rumah cik gee akan jadi tin sardin kalau ahli2 rombongannya tumpang tidur, pakat2 ketua rombongan sewa bilik. bertolak dari batu hitam lebih kurang pukul 2 petang, jadi tiba di KT ada lah dalam pukul 6 petang. 

dah nak maghrib baru confirm dapat tempat tinggal. yang ni bukan bilik lagi. satu rumah teres BANGLO 2 tingkat tuuu kami rembat! ko nak tidur mana?? atas? bawah? kat sofa? atas katil? kat bilik air sekalipun boleh nok!! 

sewa 1 malam sepatutnya rm400 kalau tak silap. nego punya nego, dapat rm200 je untuk satu malam!!! gila babun murah kalau nak banding sewa bilik resort atau hotel dekat situ! rumah ni ada peti ais, astro, setiap bilik ada air-cond dan kipas. fully-furnished lah! rice cooker dengan water heater pon ada dia bagi. cuma dapur gas je takde! memang excited. sambil2 aku type ni pun aku excited lagi! hikhikhik!

lagi excited, kawasan banglo tu betul2 depan airport ST! gilak tak gilak! memang ahli rombongan terbabas menginap kat situ sampai 2 hari kau! kelesss!!!

tak banyak aktiviti yang dibuat pun. melepak tengok astro je! mentang2 kat rumah masing2 takde astro, ape lagi, belasahlah tengok astro! hehehe...

aku sempat  bawa sub-rombongan cilik ke taman permainan  dekat batu burok tu. asal naik kereta, pergi berjalan pusing2 bandar tu jadilah. lagi pun, apa aktiviti yang boleh dibuat selain ronda2?

lepas insiden makan mahal dekat kuantan, kitorang beli lauk banyak2 sebab nak buat gulai kawah kat rumah cik gee. gulai kawah tu!

eceh! takdelah. masak lauk pauk biasa je, itu pun bukan aku yang masak. kopek bawang je yang aku reti! harusss ada, ikan fresh dari laut! sedappp!!!aku baru tau, ada nama ikan tu, dolah. ingatkan manusia je nama dolah. ehh, apa tak bolehnye? nama kucing aku siti rokiah. hehehehe!

maka, ikan dolah tersebut telah selamat dimasak kari oleh cik gee kita ye. 

fuhhhh! memang aku kalau buat come back je mesti type panjang berjela. well, apa nak buat. tak tertanggung hati dan jiwo rago den ni ha nak pondam crito sobulan yang lopaih. -_-"

sorilabrader. entri ni tiada gambar. memang aku nak buat pekasam pun dengan gambar tu semua! 


Wednesday, September 8, 2010

dedikasi

kadang2 aku buat salah.
hanya kadang2 je aku menyedarinya.

kadang2 aku sakitkan hati orang.
hanya kadang2 je aku senangkan hati semua.

kadang2 bila dah buat salah aku minta maaf.
kadang2 bila aku tak perasan aku buat salah, aku tak minta maaf.

ini bukan pasal salah menyalah.

aku


cuma


nak



ucap



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
maaf jiwa raga.

aku lupa mana aku cilok gambar ni. maaf ye tuan punya..

Sunday, September 5, 2010

termenung jauh

dalam dunia ni, (dunia ni atau dunia aku?) kadang2, kita rasa kita tak nak buat sesuatu perkara tu walaupun perkara tu untuk senangkan hati semua orang. yang paling bengkek, kita tak boleh lari kemana pun. 

kalau, kita mengiyakan perasaan taknak, memang gila. silap2 sakit jiwa. 
yang sebaiknya, atau ini cara aku yang bila dah tak boleh nak buat apa dah.

aku duduk sorang2. luahkan perasaan pada kawan baik atau sesiapa saja yang sudi pinjam telinga dengar keluh rintih aku. tanya pendapat orang lain. nilai tafsir setiap sesuatu yang baik disebaliknya sebab kalau aku asyik dok fikir yang buruk je, sampai mati pun tak settle. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

aku bukan nak jadi alim terlebih pandai okeh?

redha je. aku anggap perkara tu sebahagian dari perjalanan hidup aku yang memang dah ditentukan sebelum aku keluar dari perut mak lagi.

ikhlas. aku cuba ikhlaskan diri untuk kebaikan orang disekeliling aku walau tak ada seorang pun antara mereka yang pedulikan aku. setiap kebaikan tu dibalas juga dengan kebaikan. 

memang sifat perempuan kot (atau aku je camtu?). selagi tak ditunjuk, selagi tulah kita rasa orang tak sayanglah, tak ambil beratlah, tak itulah, tak inilah.

dulu aku selalu ingat abah tak peduli pasal aku, abah tak sayang aku, abah lebihkan anak yang satu tu, sebab dia pandai dan aku ni bodoh dungu. aku buat yang terbaik untuk menang hati abah tapi abah buat tak tau je.

bila aku demam kura2 atau pening2, dia suruh aku bangun, mandi air sejuk pagi2 buta dan pergi sekolah. sangka aku, abah tak kesiankan aku. bila anak kesayangan pening lalat dan guna taktik sakit-perut-tak-nak-pergi-sekolah, abah bagi je ponteng! yang sebenarnya, memang pun dia sakit. aku je yang dengki sebab dia tak sekolah! huhuhu...

bila dah besar panjang dan boleh berfikir guna logik akal, baru aku sedar, yang sebenarnya, sayang tu tak semestinya kita kena ucap. abah besarkan aku, bagi aku makan-pakai-tempat tinggal-duit belanja (walaupun aku selalu rasa abah kedekut sikit), tu maknanya dia sayang semua anak2 dia. pengorbanan abah, diambil kira sebelum roh aku ditiupkan ke dalam jasad lagi. jadi, tak adillah untuk aku kira pengorbanan aku pada abah dan mak sekarang.

sebenarnya, apa yang kita tak nak buat tu, in the end, akan mendatangkan kebaikan pada kita. Tuhan tu Maha Mengetahui, Maha Pengadun. Dia tahulah apa yang baik, apa yang tak baik untuk kita.
"Allah tidak akan memberikan beban (taklif) kepada seseorang di luar batas kemampuannya." (Al-Baqarah: 286)



Tuesday, August 24, 2010

Arjuna

dulu aku layan lagu tangkap leleh newboyz, sejarah mungkin berulang. sanggup ikat perut nak beli kaset newboyz. berlumba2 dengan classmate, siapa yang beli album newboyz dulu, dia boleh menunjuk2.

masa tu aku rasa tomok dah cukup kacak. walaupun masa tu belum ada pesen rambut pacak, masih mahu cop tomok tu boipren aku. memang mentah betul!

tak lama aku jadi kipas-susah-mati newboyz. sebab aku minat plak kat abang anuar zain. biarlah orang cakap dia itu ini. anuar zain tatap di dalam hatiku!

newboyz ke tomok ke sejarah mungkin berulang ke, aku dah tak layan. eksen betul lah!

sampai tomok menang OIAM, baru sibuk2 nak pandang tomok si OKB nih. suara dia dah improve dan tak leleh lagi.
satu je yang masih tak berubah. kekurusan badannye...

Arjuna-TOMOK (OST ARJUNA)

Kabur kabus yang melindung
Haluan menuju ke mahligai kalbu
Biar samar ku teruskan langkahku ke depan
Seruan disahut

Demi nama cinta agung kita
Ku juangkan segalanya
Tiada yang bisa menghalang kita berdua
Keranamu aku sanggup mempertaruhkan nyawa
Asal ditabalkan kasih Arjuna

Meskipun duri menyucuk
Meninggalkan parut di pelusuk kalbu
Pahit pun akan ku telan jua
Untuk kemanisannya bila bersama

Ku mahu ku perlu kasih sayang darimu
Hulurkan curahkan
Cinta murni hatimu
Ku mahu ku perlu kasih sayang darimu
Hulurkan curahkan
Cinta murni hatimu


Friday, August 13, 2010

Amal

siapa tak sayang adik beradik sendiri? walau adik2 aku selalu buat aku macam adik2 diorang, tapi aku tak pernah kata aku tak sayang diorang. walau adik2 aku selalu rendah2kan aku, tapi, aku sabar. mungkin tuhan nak tunjuk sesuatu yang aku tak pernah tahu. 


hubungan antara aku dan diorang takkan pernah putus sekali pun walau diorang selalu tolak aku jauh2.bila ada yang bertelagah, aku cuba leraikan secara aman dengan mengadili kedua belah pihak. sebab itu, maksud nama aku yang mak abah pilih 25 tahun dulu ialah orang yang adil. aku tak pilih kasih, siapa favourite aku dan siapa tak. tiada yang menjadi favourite, cuma aku lebih selesa dengan satu2nya wali kami yang perempuan, bila abah takde nanti. 


dia persis abah. tidak ambil peduli tentang apa orang kata. kalau orang minta tolong, dia sedaya upaya menolong orang walaupun, ada kalanya dia malas juga. tak pernah berkira pada apa yang dibuatnya. semua orang senang dengan dia. yang paling best, dia tak pernah judge aku dan apa aku buat. kalau aku salah pun, dia tegur cara elok.


masa kecil dulu, dia agak hyperactive dan selalu melawan aku. manja dia dengan mak kalah adik bongsu. maklumlah, anak lelaki mak cuma satu. aku dan angah selalu ejek dia pemalas, bodoh, kentut busuk. sebab tu masa kecil2 dulu, aku tak rapat dengan dia.


dah besar2 ni, baru aku nampak kematangan dan kerajinan dan kebertanggungjawaban dia pada keluarga. dia mula belajar sungguh2. walau manjanya pada mak masih ada. 

dan kalau tak da duit,


'long, pinjam sepuluh.'-dengan muka kerang.

dia suka kereta, masak dan makan. -peace-



Monday, July 26, 2010

kenapa saya suka fynn jamal?

ada member tanya, kenapa saya suka sangat dengan fynn jamal??? kalau dengar lagu atau puisi dia, mesti 4-5 kali ulang. sampai member sebelah buat muka cuka, boring..~ euuuwww~

lantaklah kau boring pun. tapi aku suka~

mula2 aku kenal fynn jamal dalam youtube. aku tengok 'puisi buat ayahanda' sampai nangis2. walaupun 2-3 kali ulang, aku still nangis. in fact, kalau sekarang aku tengok dia perform puisi tu, confirm nangis. tak kesah lah orang kata aku jiwang ke apa. tapi memang touching!

masa aku tengok youtube, aku tak tau dia ada 'nama' dan pengaruh yang agak besar. dan pada saat itulah aku terus suka! hari2 aku stalk dia. habis blog dia aku baca. (jangan ada yang anggap lain sudah!)

puisi2 fynn jamal yang lain pun camtu gak. aku rasa macam fynn ni memahami perasaan aku bila dia berkarya. susah nak jumpa yang serupa dengan karya fynn.

dia citarasa aku. tak tahu pulak korang macam mana kan?


Sunday, July 25, 2010

Phobia??

lately, aku dah jarang mimpi masa tidur. memang pelik jugak. kalau dulu, tiap2 malam aku akan dapat mimpi. kene kejar hantu lah, tiba2 masuk hutan padahal sebelum tu kat shopping mall, pergi perang dengan doraemon lah.

aku pernah mimpi, kawasan/tempat tinggal aku dilanda banjir. tak cukup dengan tu. kena hentam tsunami lagi. dan mimpi tu bukan hanya 1 malam. tapi berulang2 mimpi tsunami. tu yang aku ni fobia sikit pada laut terutamanya tengok ombak laut yang cam ganas. ngeri. aku lebih rela tak cecah gigi air dan jalan jauh2 dari orang ramai.

mak kata aku ni lemah semangat. aku tanya lah kenapa. mak cakap, masa aku kecik2 dulu, aku sangat2lah penakut. mak abah bawa pergi picnic tepi pantai. semua orang mandi kecuali aku. melalak2 aku protes taknak masuk air. aku rasa lah, masa tu aku ingat air tu buat aku lemas kot! atau ada Ju-On dalam air. nyeh3!

teringat juga memori masa umur 5-6 tahun (tah camne aku boleh ingat!). dekat pantai selalunya ada lubang2 ketam kecik, halus2 je pada pasir pantai. pastu ada macam biji2 halus. aku panggil taik ketam. aku punyalah takut nak pijak pasir tu sampai pakcik aku kena dukung! bukan takut. tapi geli. bila pijak rasa semacam je!

Aquaphobia is an abnormal and persistent fear of water. People suffer aquaphobia in many ways and may experience it even though they realize the water in an ocean, a river, or even a bathtub poses no imminent threat. They may avoid such activities as boating and swimming, or they may avoid swimming in the deep ocean despite having mastered basic swimming skills. This anxiety commonly extends to getting wet or splashed with water when it is unexpected, or being pushed or thrown into a body of water.
sumber: wikipedia

yang peliknya, aku suka snorkeling dan swimming!
 
banyak lagi yang aku takut/fobia masa kecik2 dulu. aku takut tengok tarian singa. dulu, abah selalu bawa pergi tengok persembahan tarian singa bila chinese new year. aku menyorok belakang abah sambil peluk kaki abah kuat2. masa tu aku ingat singa tu nak makan aku! perasan betul aku ni! -_-'


Tuesday, August 25, 2009

kembali dari bertapa

assalamualaikum..

aku login ke blog aku ni macam aku masuk ke rumah kosong yang ditinggal lama. nasib tak bersawang. cuma "spider" virtual bersarang di kotak pekik. bukan famous pun blog aku.

lebih 2 bulan aku tak update. bertapa sekejap mencari sesuatu yang bermakna. membuat kerja tanpa upah. memang sangat deep!

rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT BERPUASA. alhamdulillah, setakat 3 hari ini, penuh. dan aku harap dapat penuhkan satu bulan. itupun kalau kitar haid aku terganggu lagi bulan ini.

ramadhan ini, memang aku nanti dengan penuh debar. tidak seperti ramadhan yang lain. aku asyik fikir tentang ibadah apa yang belum lagi ku tunai di bulan ini. dan alhamdulillah, paru2 aku dapat bebas seketika. mungkin ini proses untuk katakan "taknak" sesudah selesai ramadhan. siapa tahu?

program hujung minggu semakin padat. setiap minggu ada rumah untuk diserbu pada waktu petang. yeay!!!! makan lagi!!!


Sunday, June 21, 2009

di dalam kasut engkau

kasut buruk kau.

haus tapak.
putus tali.
koyak.
tak kilat lagi.



kau sayang mau buang.


aku.

neuron otak berkurang mungkin.
si 'negative-thinker'.
liat.
capang.
jendul.
cengeng.
sombong.
naik lemak.



atau kau patut buang aku?


Friday, June 19, 2009

Antidote


aku sebenarnya sudah bosan mendengar perihal sang kekasih yang sering saja memeningkan kepala. main kayu tiga, panas baran, abusive, tortured (mentally and physically).

kawan,
sudah2lah tu.

satu dua kali (atau lebih dari itu) mungkin aku kasihan simpati, mengalir airmata, teresak2 bersama.

yang ke-entah-berapa-ratus-ribu-juta kali ni, aku mau muntah!

mungkin kamu perlu cium pipi kamu sendiri sebelum kamu usap belai wajah kekasih. fahami hendakmu sebelum kamu jadi hamba abadi dia.

aku tidak mahu kamu menjauh. aku cuma tak larat dah meng'absorb' setiap mililiter 'darah' kamu. katalah aku kawan yang teruk, katalah apa saja.

aku sudah beri banyak antidote. racun saja kamu telan. apa lagi yang harus aku lakukan? bunuh jantan keparat itu? atau mandrem kamu?

kawan, aku tidak ingin lari dari kamu. tapi jika aku hanya menyusahkan kamu, biar aku hilangkan jejak dari kamu.

apa mungkin aku akan buat macam batu, bila kamu jatuh lubang yang sama? kali ini Tok Rimau ternganga luas menunggu habuan.

oklah. mungkin tak se-tragik itu kan? text saja aku kalau kamu rasa perlu.


Tuesday, June 16, 2009

picnic

ok2. ade lagi cerita sebanarnya.

last week aku pergi bercuti. dekat laut. tepi pantai. aku takut ombak.

ombak kat situ memang agak ganas (bagi aku lah). dan aku agak teruja bila anak2 buah mandi laut. aku pun ikut terjun sekali. tapi bila aku nampak ombak yang agak tinggi (bagi aku), aku mencicit lari ke gigi pantai. hehehe! last2 aku mandi kat tepi2 je.

pagi hari pertama aku sampai, aku ikut kawan baik pegi fishing. dapat ikan kecik panjang jari telunjuk. 1 lagi ikan pari besar tapak tangan. memancing tepi pantai. dapat stok yang kecik2 je lah kan?

3-4 hari juga lah aku ikut pegi fishing walaupun bukan aku yang baling joran pasang umpan. tugas aku, menyanyi. hehehe! bila aku start nanyi je, awan mula lindung matahari. jadi reduplah sikit. redup2 pun, habis hitam legam kulit aku. aku tak kesah... hitam itu seksi! auuwww!


sekarang aku mula rindu anak buah yang comel montel gebu tu. menangis dia nak ikut balik KL sebab sepanjang aku dekat sana, dia asyik berkepit dengan auntie dia yang layankan aje kerenah dia.

upload gambar nanti2. heheheh..


Wednesday, May 27, 2009

surat untuk si kacak!

kehadapan kacak.

badan kau dah makin gemuk!
salahkan aku sumbatkan biskut hari2 dalam mulut kau eh?
apa dukung2!?
nak angkat kau pun aku mengah!

hishhh!!
makin hari kau jalan makin lembap!
kenapa wahai kacak?
kenapa kau tak speed satu empat macam dulu?
mana ada speed trap lah! polis tahan mat rempit buat whilly je!
tak dapat aku bayangkan kau buat whilly, kacak.
mesti macam space ship dalam movie star trek!

muahahahahha!

kau pun asyik demam je sejak dua menjak ni.
aku takde duitlah mahu hantar kau pergi klinik.
klinik haiwan mana terima kau.
bila kau demam kau pengsan.
jadi satu kerja pulak nak geletek2 kau bangun!
bila kau dah bangun, kau buat muka blur pulak.

kacak2..
tolonglah jadi budak baik.
jangan asyik buli aku je. okeh??

yang benar,
cekla.


*kacak ialah desktop pc yang aku lenjan hari2.


bila cekla jadi cikgu

dari aku kecil lagi, menjadi seorang guru tidak ada dalam senarai cita2 aku bila dah besar. aku tak suka mengajar. dan memang aku takde bakat untuk mengajar macam mak dan arwah tokwan. sekarang ni, bila dah habis belajar, mak sibuk suruh aku apply jadi guru sandaran atau tutor atau apa saja yang perlukan aku mengajar orang.

haiisshhh... taknak lah mak!




masa adik lelaki aku form 3, aku disuruh abah, ajar adik aku matematik. baru 5 minit ajar, adik aku mengadu dia tak faham apa yang aku ajarkan.

masalah aku, aku tak reti nak keluarkan apa yang aku tahu pada orang lain. nak cakap macam ni, takut orang tak faham. nak cakap macam tu, aku pulak yang confuse nanti.

last2 aku cakap dekat adik aku,

"nanti kau tanya balik cikgu tuisyen kau eh?"

walaupun aku tahu, adik aku sangat2 berat mulut untuk bertanya.

satu hari, aku mengajar anak saudara aku yang baru berusia 8 tahun buat homeworknya. aku boleh setuju nak ajar dia sebab setakat mengeja perkataan senang2 tu boleh lah.

"auntie, hari ni hari apa?"

"hari rabu. cuba aiman eja rabu."

"r-a ra......"

aku pandang muka dia, saja nak kasi dia gelabah sikit.

"r-a ra, ba wau bu. rabu!!!"

aiyarkkk!!! aku nak tergelak sebenarnya. tapi tak baik gelakkan budak yang baru nak belajar.

tapi,

tu bukan aku yang ajar ye.





Wednesday, May 20, 2009

Yeay2!

1. yeay2! dapat tengok 3 venus! tak sabarnya!!!

2. petang nanti pergi KLIA, mau hantar Kak Yang and Abang Kimi. Diorang nak balik Kanada dah.
nak pesan dekat Kak Yang, kalau balik sini nanti, jangan lupa bawa balik snow! boleh??

3. ulser dalam mulut aku ni tak hilang2 lagi. kalau nak makan tak boleh buka mulut over2 sangat. nyah kau dari mulut aku wahai ulser!!!

4. kelaparan tahap kronik. tapi tak tahu nak masak apa.