Friday, October 22, 2010

rombongan cik gee (bukan nama sebenar) ke KT

selamat hari jumaat!

kempunannye nak ngomel dalam blog! eleh, masa boleh mengomel sakan masa tu sibuk cakap kat diri sendiri takde idea! ngade2.

nak cerita pasal raya, takde apa yang menarik pun. lagipun dah dekat sebulan syawal pergi. tapi, boleh pulak aku demam selsema dan batuk sehari sebelum raya. jadi, wajiblah aku bermalas-malasan bertandang ke rumah orang tahun ni. see, takde yang menariknya kalau macam itu!

oh lupa! konvoi rombongan cik gee (bukan nama sebenar) pergi KT! dari KL singgah gambang. kat situ ada water theme park. ingatkan boleh masuk mandi manda, alih2 sampai pun dah pukul 4 petang. paling tak pun 2 jam je dapat main. lagipun hujan lebat. kena sambar petir sendiri mau ingat!

maka, kemudiannya, bertolak pulak pergi batu hitam, kuantan. sampai dekat resort tu terus sewa bilik. seaview lagi tuh. maklumlah, check in dah pkul 6 petang dan seharusnya aku lah yang excited nak mandi swimming pool kalah budak2 kecik! disebabkan pool pun pukul 7 malam, terus aku takde hati nak tengok walau tiang shower tepi kolam tu sekalipon! walau macammana pun, aku berjaya gak praktikkan skill berenang aku keesokan harinya. best tak ingat! dah lama tak berenang2-berkuak2 gaya bebas-terapung2-terminum air klorin-lah katakan. 

yang paling tak tahannya, macam angker sikit tempat tu. aku tak nampaklah entiti paranormal dekat situ, tapi rasa seram tu memang buatkan meremang lah bulu roma ni. nasib baik ahli2 rombongan semuanya okeh! 

malam selepas check in, mandi2, siap2 pergi keluar makan. ai laik sebab aku KEBULUR! so, bila dah kebulur, apa tengok pun nak. masa tu lah baru teringin nak makan itu ini. memang licin habis makanan kat atas meja. rasanya orang yang tengok ahli2 rombongan cik gee ni makan pun tahu mereka ini KEBULURAN

yang tak bestnya, ahli2 rombongan cik gee ni kan dari luar kawasan tu.  so, suka2 hati mak dia je nak letak harga. kalau kira2 balik, memang mahal daripada biasa. kedai makan tu taklah happening sangat! biasek je! 

tapi takpelah. makanan dah jadi taik pun. ngeheeee...

esoknya pula, lepas aku rasa puas berendam, check out dan terus bergerak ke KT. oleh sebab memikirkan rumah cik gee akan jadi tin sardin kalau ahli2 rombongannya tumpang tidur, pakat2 ketua rombongan sewa bilik. bertolak dari batu hitam lebih kurang pukul 2 petang, jadi tiba di KT ada lah dalam pukul 6 petang. 

dah nak maghrib baru confirm dapat tempat tinggal. yang ni bukan bilik lagi. satu rumah teres BANGLO 2 tingkat tuuu kami rembat! ko nak tidur mana?? atas? bawah? kat sofa? atas katil? kat bilik air sekalipun boleh nok!! 

sewa 1 malam sepatutnya rm400 kalau tak silap. nego punya nego, dapat rm200 je untuk satu malam!!! gila babun murah kalau nak banding sewa bilik resort atau hotel dekat situ! rumah ni ada peti ais, astro, setiap bilik ada air-cond dan kipas. fully-furnished lah! rice cooker dengan water heater pon ada dia bagi. cuma dapur gas je takde! memang excited. sambil2 aku type ni pun aku excited lagi! hikhikhik!

lagi excited, kawasan banglo tu betul2 depan airport ST! gilak tak gilak! memang ahli rombongan terbabas menginap kat situ sampai 2 hari kau! kelesss!!!

tak banyak aktiviti yang dibuat pun. melepak tengok astro je! mentang2 kat rumah masing2 takde astro, ape lagi, belasahlah tengok astro! hehehe...

aku sempat  bawa sub-rombongan cilik ke taman permainan  dekat batu burok tu. asal naik kereta, pergi berjalan pusing2 bandar tu jadilah. lagi pun, apa aktiviti yang boleh dibuat selain ronda2?

lepas insiden makan mahal dekat kuantan, kitorang beli lauk banyak2 sebab nak buat gulai kawah kat rumah cik gee. gulai kawah tu!

eceh! takdelah. masak lauk pauk biasa je, itu pun bukan aku yang masak. kopek bawang je yang aku reti! harusss ada, ikan fresh dari laut! sedappp!!!aku baru tau, ada nama ikan tu, dolah. ingatkan manusia je nama dolah. ehh, apa tak bolehnye? nama kucing aku siti rokiah. hehehehe!

maka, ikan dolah tersebut telah selamat dimasak kari oleh cik gee kita ye. 

fuhhhh! memang aku kalau buat come back je mesti type panjang berjela. well, apa nak buat. tak tertanggung hati dan jiwo rago den ni ha nak pondam crito sobulan yang lopaih. -_-"

sorilabrader. entri ni tiada gambar. memang aku nak buat pekasam pun dengan gambar tu semua! 


No comments: