Showing posts with label prihatin. Show all posts
Showing posts with label prihatin. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.

apa yang kita faham tentang maksud ayat tu? apa yang dimaksudkan dengan lelaki yang baik? apa pula makna perempuan yang baik?

ini bukan satu stigma. ada juga perempuan yang baik tahap dewa tapi dapat laki yang jahat nauzubillah! dan sebaliknya, bila lelaki baik, pijak semut tak mati, si perempuan pijak2 kan kepala laki.


keadaan ni berlaku disekiling aku. merenung dan menilai permasalahan mereka ni membuatkan aku pulak yang naik gerun.

wanita berkerjaya, sangat2 disegani di pejabatnya, kalau sekali pandang memang lembut. tapi ramai yang mungkin tak percaya dia queen control.

seorang suri rumahtangga, kerja satu hari melayan kerenah anak2. dunianya hanya di rumah sahaja. siapa sangka dapat suami yang cemburu buta dan kaki pukul.

haiiisshh!

aku percaya pada qada' dan qadar serta karma. kerana lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.

p.s: selalu doa semoga dapat suami yang baik. amin.

Wednesday, December 1, 2010

tolong saya. bantu saya.

nak nangis tengok header atas tu. tak tahu macammana nak lebarkan atau center kan. dah try cari tutorial pasal tu, tapi macam tak menjadi.

ada sesiapa boleh tolong? pleasee.. *buat muka comel macam kucing. meooOoww*

Friday, November 26, 2010

stop child abuse

suara anak kecil



kepada ibu bapa sekalian. anak merupakan anugerah tuhan. jangan mensia-siakan amanah tuhan ini. mereka juga, manusia. punya hati dan perasaan. sayangi anak-anak anda. ajarkan mereka dengan cara yang elok dan betul.

jom angkat tangan! hentikan apa jua bentuk penderaan kanak-kanak.


unicef


Wednesday, May 27, 2009

bila cekla jadi cikgu

dari aku kecil lagi, menjadi seorang guru tidak ada dalam senarai cita2 aku bila dah besar. aku tak suka mengajar. dan memang aku takde bakat untuk mengajar macam mak dan arwah tokwan. sekarang ni, bila dah habis belajar, mak sibuk suruh aku apply jadi guru sandaran atau tutor atau apa saja yang perlukan aku mengajar orang.

haiisshhh... taknak lah mak!




masa adik lelaki aku form 3, aku disuruh abah, ajar adik aku matematik. baru 5 minit ajar, adik aku mengadu dia tak faham apa yang aku ajarkan.

masalah aku, aku tak reti nak keluarkan apa yang aku tahu pada orang lain. nak cakap macam ni, takut orang tak faham. nak cakap macam tu, aku pulak yang confuse nanti.

last2 aku cakap dekat adik aku,

"nanti kau tanya balik cikgu tuisyen kau eh?"

walaupun aku tahu, adik aku sangat2 berat mulut untuk bertanya.

satu hari, aku mengajar anak saudara aku yang baru berusia 8 tahun buat homeworknya. aku boleh setuju nak ajar dia sebab setakat mengeja perkataan senang2 tu boleh lah.

"auntie, hari ni hari apa?"

"hari rabu. cuba aiman eja rabu."

"r-a ra......"

aku pandang muka dia, saja nak kasi dia gelabah sikit.

"r-a ra, ba wau bu. rabu!!!"

aiyarkkk!!! aku nak tergelak sebenarnya. tapi tak baik gelakkan budak yang baru nak belajar.

tapi,

tu bukan aku yang ajar ye.