suara anak kecil
ayah, saya sayang ayah. saya tahu, ayah sayang saya juga. dulu-dulu, selepas pulang dari kerja, perkara pertama yang ayah lakukan adalah mendakap saya erat2. saya masih ingat dan tidak pernah lupa kata2 ayah bahawa ayah benar2 sayangkan saya.
kemudian, ayah bawa saya, ibu dan adik bersiar2 di taman. ayah bawa kami melancong, membelikan saya hadiah pada setiap ulangtahun kelahiran saya, menghantar saya ke hospital kalau saya sakit, perasaan saya sangat gembira ketika itu kerana saya mempunyai sebuah keluarga yang paling bahagia di dunia ini. saya selalu beritahu rakan2 di sekolah tentang kebaikan ayah. saya bangga bila ada rakan memuji ayah. bagi saya, ayahlah satu2nya hero saya. ayahlah yang paling hebat jika dibandingkan dengan ayah mereka.
saya lihat kebelakangan ini, ayah sering mendiamkan diri. riak wajah ayah tidak seceria selalu. ayah sudah tidak memeluk saya, dan bisikkan pada saya bahawa ayah sayang saya. ayah pun sudah jarang tersenyum ketawa gembira bersama kami. yang saya lihat hanya keluhan dan resah pada riak wajah ayah.
saya pernah tanya bila ayah mahu bawa saya mama dan adik bersiar lagi. reaksi ayah cuma mengangkat bahu. oh! saya perlu faham yang ayah sibuk bekerja. pulang hingga lewat malam. jarang ada bersama kami kerana masa dengan kami, kawan ayah sering telefon mengajak keluar. meeting, kata ayah.
ayah, saya ingat lagi, malam bilamana ayah dan ibu bertengkar. saya dan adik di dalam bilik, hanya mampu menangis ketakutan. saya takut dengarkan suara garang ayah. saya kasihan mendengar ibu menangis sayu. baru saya tahu, ayah diberhentikan kerja. ayah tiada cukup wang untuk diberi pada ibu membeli barang dapur. ketahuilah ayah, saya benar2 mahu menolong ayah pada waktu itu.
esoknya, saya mengambil keputusan untuk memecahkan tabung ayam kesayangan saya, semata2 mahu beri wang telah saya kumpul kepada ayah. dengan wang itu, dapat juga ayah belikan kami makanan. saya mengira wang simpanan hasil tabungan duit poket yang ayah beri hari. cukup RM20.
dengan perasaan gembira, saya serahkan wang itu kepada ayah agar dapat membantu ayah yang selama ini telah banyak berkorban untuk saya, ibu dan adik. saya sedih ayah, bila ayah marahkan saya kerana telah pecahkan tabung. saya cuma ingin meringankan beban yang ayah tanggung.
sejak hari itu, ayah jarang ada di rumah. saya memberanikan diri bertanya kemana ayah pergi. jawapan ayah sungguh mengguris hati saya. ayah marah2 sambil memaki hamun saya. bukan saya saja yang ayah marah, ibu dan adik turut terkena tempiasnya. sejak dari itu, jika ada yang tidak berkenan di mata ayah, ayah akan marah dan mengamuk. paling teruk, saya dicubit, dipukul dan dirotan hanya disebabkan kesalahan yang sebesar kuman.
kenapa ayah berubah dengan begitu cepat sekali? dimana ayah yang sayang saya dulu? dimana ayah yang baik hati dan penyanyang itu?
ayah, suatu hari, setibanya saya dan adik dirumah selepas penat pulang berjalan kaki dari sekolah, saya terdengar suara jerit ibu jelas kedengaran. ibu menangis, meraung kesakitan dan apabila saya masuk ke rumah, ibu terbaring lemah, ayah pula seperti kerasukan melibas tali pinggang pada badan ibu.
saya menyuruh ayah berhenti. saya merayu2 memohon ayah menghentikan perbuatannya. akibatnya, saya dipukul juga. libasan demi libasan tali pinggang ayah ke badan saya sangat perit. tidak berdaya saya melawan ayah. sungguh tidak bermaya saya menghalang perbuatan ayah itu pada saya.
adik yang melihat keadaan itu, mula menangis teresak2. lantas, ayah menyuruh adik berhenti menangis. ketakutan adik terhadap jerit tempik suara ayah itu, menyebabkan tangisan adik semakin kuat. ayah yang tidak dapat menahan sabar mendengarnya lalu, menutup mulut adik dengan kasar. adik meronta2 minta dilepaskan. dia seperti terkapai2 kelemasan dengan tindakan ayah. saya tidak sanggup melihat adik diperlakukan begitu.
dengan kekuatan yang ada, saya menarik tangan ayah, agar adik dapat bernafas. ayah menolak saya dengan kasar sehingga saya jatuh tersungkur. sakit ayah. kepala saya terhantuk pada bucu almari. wajah ayah semakin bengis ketika itu. saya sudah tidak tahu, itukah ayah saya yang dulu penuh dengan kasih sayang?
ayah melibas saya lagi dengan tali pinggang. kali ini, lebih perit dan pedih saya rasakan. tidak cukup dengan itu, ayah menyepak tubuh saya. tidak cukup dengan itu, ayah memijak2 perut saya. ayah, sakit ayah. saya meminta dan merayu supaya ayah hentikan perbuatan ayah itu tetapi, makin saya buka mulut bersuara, makin kuat libasan ayah, makin sakit sepakan ayah sehingga saya tidak berdaya untuk melawan mahupun bersuara lagi.
ayah, setiap kali ayah memukul saya, saya tertanya2 apa kesalahan yang telah saya buat. ayah tidak sayang lagikah sama saya, ibu dan adik? mengapa ayah berubah dan sanggup melakukan perkara itu kepada saya dan adik, anak2 ayah, darah daging ayah sendiri? tiada belas kasihankah ayah melihat kami meronta2, menangis merayu apabila ayah memukul kami? adakah saya, ibu dan adik membuat kesalahan besar sehingga mendatangkan marah ayah itu? ayah tidak ada rasa bersalah kah kerana memukul kami?
ayah, kini, keluarga kita tidak sebahagia dulu. ibu selalu menangis kerana teringatkan adik yang sudah menemui ajal akibat tindakan ayah. kasihan adik, ayah. kepalanya mengalamai pendarahan teruk selepas ayah menghempas tubuhnya jatuh ke lantai tempoh hari. saya sudah 3 bulan tidak ke sekolah kerana doktor mengesahkan saya lumpuh dan tidak boleh berjalan.
sehingga kini ayah belum menjawab pertanyaan saya lagi.
kenapa ayah?
yang benar,
anakmu.
kepada ibu bapa sekalian. anak merupakan anugerah tuhan. jangan mensia-siakan amanah tuhan ini. mereka juga, manusia. punya hati dan perasaan. sayangi anak-anak anda. ajarkan mereka dengan cara yang elok dan betul.
jom angkat tangan! hentikan apa jua bentuk penderaan kanak-kanak.
6 comments:
angkat tangan!!
cekla nak nanges saya.. kenapa jadi mcmtu..
cekla tolong ajar saya mcmane nak buat tutuo buka tu,..please...!!
lets stop child abuse!
Ye betul stop abusing the children.
Nice post ;]
yaty pun angkat tangan ni..nampak tak?
yeah. raise everyone!
Post a Comment