Showing posts with label fynn jamal. Show all posts
Showing posts with label fynn jamal. Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

090910

happy birthday abah! malas nak cerita panjang2. layan~

biar-fynn jamal

mata tua yang memandang aku itu
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti



Monday, July 26, 2010

kenapa saya suka fynn jamal?

ada member tanya, kenapa saya suka sangat dengan fynn jamal??? kalau dengar lagu atau puisi dia, mesti 4-5 kali ulang. sampai member sebelah buat muka cuka, boring..~ euuuwww~

lantaklah kau boring pun. tapi aku suka~

mula2 aku kenal fynn jamal dalam youtube. aku tengok 'puisi buat ayahanda' sampai nangis2. walaupun 2-3 kali ulang, aku still nangis. in fact, kalau sekarang aku tengok dia perform puisi tu, confirm nangis. tak kesah lah orang kata aku jiwang ke apa. tapi memang touching!

masa aku tengok youtube, aku tak tau dia ada 'nama' dan pengaruh yang agak besar. dan pada saat itulah aku terus suka! hari2 aku stalk dia. habis blog dia aku baca. (jangan ada yang anggap lain sudah!)

puisi2 fynn jamal yang lain pun camtu gak. aku rasa macam fynn ni memahami perasaan aku bila dia berkarya. susah nak jumpa yang serupa dengan karya fynn.

dia citarasa aku. tak tahu pulak korang macam mana kan?