Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, November 2, 2012

ini semua gara-gara engkau

dah berulangkali kau buat begini.

kau buat aku jatuh cinta sama kau.
senyuman kau saja di pagi hari sudah buat aku berseri-seri.

mencair aku melihat senyum itu.
jantung aku sudah berada diluar skala badan.
rama-rama pun mula bersarang dalam perut.

ini semua gara-gara engkau!


Wednesday, December 29, 2010

kepercayaan dan kejujuran dalam percintaan (jiwangnya tajuk!)

telefon bimbit di tangan ani berbunyi. mata mengerling sebentar pada jejaka yang duduk menongkat dagu dihadapannya.

"tak bagi tahu pun awak mesej dengan niza," mulut ani mula muncung bila mendapat tahu si pengirim sistem pesanan ringkas ke nombor telefon tunangnya, shahir.

shahir hanya tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih. lama shahir lihat ani membelek telefon bimbitnya itu. senyum shahir mula pudar dari bibir. ani semakin mencebik. geram. cemburu mungkin. fikir shahir. dia perlu mendapatkan telefon itu kembali agar ani tidak menyerang balas niza dek kerana cemburu.

dia dan niza cuma kawan biasa. tiada cinta. tiada apa. niza perlu kata semangat dari seorang kawan kerana dia ditinggalkan kekasih hatinya. shahir rasakan dia perlu menceriakan kembali niza. cuma, dia takutkan ani meradang tidak tentu pasal.

"bak sini," shahir berjaya mendapatkan kembali telefon bimbit itu.
"kanapa awak rampas macam tu? awak takut ke?nak sorok apa lagi dengan saya?" marah ani. wajah putih gebunya merah padam.
"bukan nak sorok. saya takut awak hantar mesej yang bukan2 pada niza," jelas shahir.
"kalau saya cemburu sangat pun, saya tak pernah dan tak akan pernah buat macam tu?"
"oh, bukan awak.sss..." sepertinya tidak terkeluar nama itu dari mulut shahir. kotak fikirannya cuba mengimbas kembali  sesuatu. shahir tahu. bukan ani, tetapi sarah!

dan ani terus dengan rajuknya.

bagi ani, apa yang dilakukan shahir itu telah mengguris hatinya. ani tidak marah pada niza. cemburu? lagilah tidak. ani cuma ingin meluangkan masa kualiti mereka bersama dengan tidak ada gangguan.

ya. ani berasa terganggu apabila setiap kali telefon bimbit shahir berbunyi, shahir terus menekan2 papan kekuncinya. ketika ani sedang bercerita masalah, tumpuan shahir hanya pada telefon yang satu itu. perkara yang membuatkan ani berkecil hati ialah apabila shahir menuduhnya.

ani menganggap itu satu tuduhan kerana nampak bersungguh benar shahir ingin mengelakkan daripada ani membaca mesej tersebut. perubahan pada wajah shahir juga menunjukkan seperti ada yang tidak kena. shahir seperti sedang menyembunyikan sesuatu pada ani.

tambahan pula, selepas shahir sedar dia tersalah cakap, dia tidak sedikit pun meminta maaf. sebaliknya, shahir lebih senang membalas setiap mesej daripada niza. ani berasa aneh dengan sikap shahir.

ini mungkin isu kecil bagi sesetengah orang. tetapi bagi ani, kunci dalam setiap perhubungan itu ialah kepercayaan dan kejujuran. bukan bermakna shahir perlu menceritakan kesemuanya kerana ani pun tidak suka menjaga tepi kain orang lain. kelakuan shahir itulah mendatang curiga di hati ani.

*1 MESEJ DITERIMA*

SHAHIR: i'm sorry.

ani sudah mula tersenyum.

p.s: nama dan watak tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang dah mati.
p.s.s: adakah manusia senang melafazkan maaf dan senang memaafkan?

Sunday, November 14, 2010

Cinta Di Mata Anda

BannerFans.com

terima kasih MHZ Cool fm kerana sudi menge'tag' saya!


ini dia entri saya.

nama tak pernah penuh
CekLa

pandangan/komen terhadap Cool fm
pertama kali saya masuk blog cool fm, saya tak terfikir pun pemiliknya adalah seorang lelaki kerana background colournya sungguh pink! jadi, saya beri komen di shoutmix, "sempoi tagline lebih karat daripada biasa". yang sebenarnya, saya nak tanya, kenapa 'karat'? tapi tak tertanya. hehehe... 

so, saya membuat kesimpulan sendiri, karat diambil dari perkataan jiwang karat kerana Cool fm adalah blog yang sarat dengan tips percintaan. jadi kalau anda2 semua gaduh dengan pakwe, buntu membuat pilihan, atau menghadapi masalah percintaan tak kesahlah serius ke tak, sila lah dapatkan tips dan panduan di "saluran cinta anda". nak cari bakal suami/isteri kat sana pun boleh. kan MHZ? ;p

Definisi Cinta Di Mata Anda (Tidak semestinya panjang)
cinta adalah hidup dan juga mati. yang rasakan cinta itu indah, dia akan hidup selamanya dengan cinta bahagia. yang sengsara bahana cinta, pasti rasa seperti mati. kembali pada tempat asalnya cinta, yang kekal abadi, bak kata W.A.


saya nak tag cinta jiwang karat: