kadang2 rasa nak buat come back. tulis blog, kejar traffic, tak henti2 blogwalking. semua tu perlu commitment. mungkin aku perlu tukar strategi.
kadang2 aku rasa kerdil berdiri disamping orang2 bijak pandai dan berkeyakinan diri tinggi. makin lama aku berada dalam kelompok itu, ibarat seperti habuk je aku ni. dari mana mereka dapat otak yang sangat bagus dan dimana mereka beli jumpa keyakinan diri tu? hendak kutip dan tampal keyakinan pun tak boleh sebab tak tahu dimana ia berada.
kadang2 aku tertanya2, kenapa aku perlu berjauhan dengan keluarga dan seorang diri tempat orang? kadang2 aku nak menjerit 'AKU NAK BALIK'.
kadang2 aku benci bila setiap kali otak aku menghasilkan sesuatu untuk ditulis tapi keadaan tidak mengizinkan aku berbuat begitu. dan di waktu aku mahu menulis, semuanya hilang. ghaib.
kadang2 aku tak boleh tahan menadah telinga mendengar rungutan yang sama, cerita yang sama, kesimpulan yang sama. hendak mengadu boleh. tapi ada caranya. aku bukan psychiatrist.
p.s: penat zahir dan batin.