Tuesday, October 29, 2013

Makan

Ini kali pertama makan seorg di restoran setelah sekian lama.
Aku lebih rela tapau dari makan seorg di meja berkerusi empat atau dua.

Hari ini, terpaksa.

Aku memang hebat sembunyikan tangis di khalayak.
Tak pasal2 orang kata gila.

Aku tahankan saja airmata ini.
Kerana aku tahu ia akn turun laju.

Thursday, October 10, 2013

Sepi

Tuhan sudah buat aku mengerti bagaimana rasa bersendiri.
dan sekarang aku tahu apa maknanya sepi.
sepi bila keseorangan.
sunyi dalam keramaian.


apa yang penting ialah Kau sentiasa disisi.


 

Wednesday, October 9, 2013

Kita suka apa yang kita kejar.
Kita taksuka apa yang kita tinggalkan dibelakang semasa sibuk mengejar yang dikejar.

Samalah aku pun.
Tapi aku cuma mahu hanya sekadar cukup.

Tuesday, October 8, 2013

Gempa

Sekarang ni,
Gegaran hati aku dah cecah 5000 skala richter.

Jadi,
kalau kau tak pernah lagi tengok atau rasa gempa,

Cubalah dekat.
Cubalah.

Friday, October 4, 2013

Untuk Dijual

Beritahu aku, apa mahumu.

Tapi,
Aku hanya ada sekeping hati yang kering;

untuk dijual.

Mimpi

mimpi ngeri.
sebelum tidur kau berharap kau tak akan bermimpi lagi mimpi yang sama.
dan seboleh boleh kau takmahu mimpi ngeri itu singgah di bila bila malam pun.

hanya kerana ngeri dan menakutkan dan seakan realiti.

samalah dengan percaya.
setelah kepercayaan aku kau robek2, apa kau fikir senang lagi untuk aku semata mata bagi?
sehingga aku tak mahu pun membelas ehsankan percaya aku pada kau.

hanya kerana sakit dan sengsara dan memang itu realiti.

aku tak terbeli dek muka gwiyomi, motosikal super berkuasa tinggi, mahupun gula2 kandi yang kau cuba janji.

yang pasti aku sudah tidak ambil peduli.

p.s: sedang cuba kawal marah. nyah syaitan..pergi main jauh2!

Thursday, October 3, 2013

Sempurna

Aku tahu aku belum sempurna
Sifat aku
Akhlak aku
Akidah aku
Iman aku
Segalanya masih ada lubang2 kosong dan ada antaranya tercarik robek
Aku bersyukur abah mak telah tunjukkan jalan ke arah kesempurnaan.
Pimpin aku untuk kenal kebaikan.
Tak pernah tinggalkan dan tak pernah bosan melayan.

Walau aku sedar sempurna itu masih jauh lagi untuk aku kejar.
Aku cuba.