Wednesday, March 19, 2014

Luah

salah satu sebab kenapa aku tak suka luahkan perasaan aku pada orang ialah;
once i start, i cannot stop.

aku tak hirau orang yang mendengar tu letih ke tak.
aku tak peduli betapa bernanahnya telinga orang yang menadah pendengaran semata perihal laranya aku.

sorry, sorry and sorry for burdening your ears and soul with my pain and agony.

hakikatnya, memang susah nak cari orang yang leh dengar bodoh je cerita kau, kan.

sebab,
aku pun sama jugakkk.
hahahahha

tak kelakar pun.

Saturday, March 15, 2014

kisah dongeng tentang putera kayangan terus menjadi mainan dalam kepala.

tenanglah.
walau sesompek mana pun, kan ada seorang putera yang memberi jiwanya semata demi kesompekkan itu.

sabar.

Wednesday, March 12, 2014

Pelawaan

"mari.
dah masuk maghrib."

entah kenapa pelawaan itu buat hati dia sejuk dan sedikit bergetar.
terima kasih tuhan kerana tunjukkan sisi cantik hambaMu yang jarang terlihat oleh dia.

lembut tak memaksa malah bersahaja.

Friday, March 7, 2014

Aku lihat kau lihat aku lihat kau.
Sesungguhnya mencuri lihat kamu adalah saat yang lebih manis dari gula.

Walaupun saat itu
aku tak tahu dimana letaknya kita.
Dan semua rasa terbungkus dalam dada
cuma tunggu masa untuk dilontar keluar.

Di manis itu juga
aku sedar bunyi takkan bergema pun
kala tangan bertepuk cuma sebelah.

:)

Balistik Cinta

"Biarkan waktu lenyapkan semua rasa cintamu;
Yang pernah kau enap dalam hatiku."

Saturday, March 1, 2014

Aku tahu aku ingin menulis sesuatu.

Tapi, apa?

*pbffttt*