Tinggal tapak kasut disini

Friday, April 19, 2013

budi

Aku tak kisah yang memberi itu mengungkit2 pemberiannya ke aku.

Aku tak peduli jika dia menuntut budinya dibalas balik

yang aku kisahkan dia mencanang SATU DUNIA tentang semua kebaikan dan segala apa dia telah taburkan.


abah kata biarlah. kita diam aje.

mak pesan, tak apa. biar orang buat pada kita asal kita jangan buat pada orang.

demm. aku takleh jadi baik sangat aaaa.

Wednesday, March 27, 2013

Aku rasa rata2 manusia disekeliling aku menilai seseorang melalui paras rupa, walau diorang tak cakap, tapi aku nampak.

yang mereka nampak adalah perkara asas yang ditonjol melalui rupa.

kalau kau cantik, kau akan ditegur dulu oleh senior. kalau kau tak cantik, sama ada kau kena greet senior dulu atau kau memang takkan bercakap dengan senior. malah, kau akan dicop budak skema atau sombong.

Hey, ini bukan sekolah!

Kalau kau buat salah, oleh sebab kau cantik, kesalahan yang sebesar gajah pun akan dibiarkan seperti angin lalu. kalau muka tak berapa nak cantik, tak berapa pandai bodek senior, buat hal sendiri saja, bila kesalahan itu sebesar kutu kat rambut pun orang boleh nampak.

bukan setakat nampak. kau akan dihurungi dengan pertanyaan dan pelbagai pertuduhan.

Aku penat dengan mahkamah buatan persendirian dan manusia bertuhankan diri sendiri.

Tuesday, March 26, 2013

Buta

Aku tak tau apa sebenarnya ada dalam kepala manusia. yang bikin mereka seronok, susah sikit pun tak apa. kalau yang seronok itu, perkara yang baik tak pelah jugak!

Beribu2 duit mak ayah habis hantar pegi sekolah kasi pandai. tapi last2 benda bodohh juga yang dia buat!

Bila nafsu dah membalut hati, mata buta dan tak nampak yang duniawi ini tak seindah mana.

Monday, March 18, 2013

bulan

aku masih suka memandang bulan yang tersenyum.

tatkala sunyi
bulan jualah yang sudi peduli akan aku.

p.s: tapi aku tak gila weyh!