Tuesday, August 24, 2010

Arjuna

dulu aku layan lagu tangkap leleh newboyz, sejarah mungkin berulang. sanggup ikat perut nak beli kaset newboyz. berlumba2 dengan classmate, siapa yang beli album newboyz dulu, dia boleh menunjuk2.

masa tu aku rasa tomok dah cukup kacak. walaupun masa tu belum ada pesen rambut pacak, masih mahu cop tomok tu boipren aku. memang mentah betul!

tak lama aku jadi kipas-susah-mati newboyz. sebab aku minat plak kat abang anuar zain. biarlah orang cakap dia itu ini. anuar zain tatap di dalam hatiku!

newboyz ke tomok ke sejarah mungkin berulang ke, aku dah tak layan. eksen betul lah!

sampai tomok menang OIAM, baru sibuk2 nak pandang tomok si OKB nih. suara dia dah improve dan tak leleh lagi.
satu je yang masih tak berubah. kekurusan badannye...

Arjuna-TOMOK (OST ARJUNA)

Kabur kabus yang melindung
Haluan menuju ke mahligai kalbu
Biar samar ku teruskan langkahku ke depan
Seruan disahut

Demi nama cinta agung kita
Ku juangkan segalanya
Tiada yang bisa menghalang kita berdua
Keranamu aku sanggup mempertaruhkan nyawa
Asal ditabalkan kasih Arjuna

Meskipun duri menyucuk
Meninggalkan parut di pelusuk kalbu
Pahit pun akan ku telan jua
Untuk kemanisannya bila bersama

Ku mahu ku perlu kasih sayang darimu
Hulurkan curahkan
Cinta murni hatimu
Ku mahu ku perlu kasih sayang darimu
Hulurkan curahkan
Cinta murni hatimu


Iqamat

seorang abang mengimamkan solat maghrib yang diikuti adik lelaki berusia 5 tahun.

abang: haa dik, cepatlah qamat (iqamat)!

dengan muka selamba dan serius budak kecik ni cakap,

"qamat."

makmum lain: *terbahak2!*


Friday, August 13, 2010

Amal

siapa tak sayang adik beradik sendiri? walau adik2 aku selalu buat aku macam adik2 diorang, tapi aku tak pernah kata aku tak sayang diorang. walau adik2 aku selalu rendah2kan aku, tapi, aku sabar. mungkin tuhan nak tunjuk sesuatu yang aku tak pernah tahu. 


hubungan antara aku dan diorang takkan pernah putus sekali pun walau diorang selalu tolak aku jauh2.bila ada yang bertelagah, aku cuba leraikan secara aman dengan mengadili kedua belah pihak. sebab itu, maksud nama aku yang mak abah pilih 25 tahun dulu ialah orang yang adil. aku tak pilih kasih, siapa favourite aku dan siapa tak. tiada yang menjadi favourite, cuma aku lebih selesa dengan satu2nya wali kami yang perempuan, bila abah takde nanti. 


dia persis abah. tidak ambil peduli tentang apa orang kata. kalau orang minta tolong, dia sedaya upaya menolong orang walaupun, ada kalanya dia malas juga. tak pernah berkira pada apa yang dibuatnya. semua orang senang dengan dia. yang paling best, dia tak pernah judge aku dan apa aku buat. kalau aku salah pun, dia tegur cara elok.


masa kecil dulu, dia agak hyperactive dan selalu melawan aku. manja dia dengan mak kalah adik bongsu. maklumlah, anak lelaki mak cuma satu. aku dan angah selalu ejek dia pemalas, bodoh, kentut busuk. sebab tu masa kecil2 dulu, aku tak rapat dengan dia.


dah besar2 ni, baru aku nampak kematangan dan kerajinan dan kebertanggungjawaban dia pada keluarga. dia mula belajar sungguh2. walau manjanya pada mak masih ada. 

dan kalau tak da duit,


'long, pinjam sepuluh.'-dengan muka kerang.

dia suka kereta, masak dan makan. -peace-