hari ni aku nak membebel pasal terapi medan elektrik yang aku janjikan entri sebelum ni. ada banyak company yang keluarkan mesin ni. aku rasa konsep mesin tu sama je semua. mengalirkan elektrik dalam badan. yang bezanya, kualiti mesin tersebut. ada yang dari korea, china, jepun.
ok2. mari baca. (sumber: sini)
Terapi Medan Elektrik adalah kaedah terapi yang meransang aliran bioelektrik yang terdapat dalam badan manusia. Secara ringkas, bioelektrik adalah sejenis aliran elektrik lemah hasil tindakbalas fisiologi tubuh yang dapat dikesan dengan menggunakan peralatan EEG,ECG dan EMG.
Bioelektrik wujud akibat pergerakan ion-ion Na+ dan K+ yang bergerak melalui membran-membran sel. Disebabkan ion-ion ini turut membawa cas-cas elektrik, maka bioelektrik akan terbentuk hasil daripada tindakbalas itu. Proses ini berlaku setiap masa kepada setiap unit sel yang hidup dan sihat.
Tubuh manusia pada asasnya memiliki berbilion-bilion sel. Setiap sel ini mempunyai membran yang akan menentukan input-input mana yang akan diserap atau dilupuskan. Biasanya pelbagai jenis nutrien hasil daripada pemakanan dan oksigen akan bergerak melalui membran sel untuk membolehkan tindakbalas ini berlaku. Semasa proses ini berjalan, bahan-bahan tadi akan terion dan seterusnya menghasilkan sejumlah aliran elektrik yang lemah (1-100hz) di dalam tubuh.
Jika sel-sel di dalam tubuh manusia terjejas atau rosak, ia secara automatik akan digantikan melalui proses homeostasis. Sel-sel yang mati akan disingkirkan dan sel-sel baru akan dihasilkan. Pada ketika ini, nutrien-nutrien baru amat diperlukan. Nutrien-nutrien tersebut akan diserap melalui membran sel dan memulihkan sel-sel yang rosak tadi. Untuk memastikan proses homeostasis ini berjalan dengan sempurna, tindak balas ini memerlukan ransangan aliran bioelektrik.
Bersandarkan fakta-fakta di atas, secara prinsipnya inilah yang berlaku jika anda menjalani rawatan Terapi Medan Elektrik. Dengan meransang aliran bioelektrik di dalam badan menggunakan input aliran elektrik dari luar tubuh, ia menggalakkan proses pemulihan sel-sel yang telah rosak, seterusnya membaiki tisu-tisu yang rosak serta memulihkan fungsi-fungsi sistem saraf yang terjejas dan menghilangkan kesakitan yang dialami.
Dengan menyeimbangkan kembali nilai Ph darah melalui proses ini juga, ia secara tidak langsung membantu meningkatkan sistem ketahanan tubuh dan keupayaan penyembuhan semulajadi badan.
aku copy-paste je. kalau nak tahu lebih lanjut sila google. ahahahha!
i (sumber: sini) |
ii (sumber: sini) |
iii (sumber: sini) |
iv (sumber:sini) |
v (sumber: sini) |
kat atas ni adalah contoh mesin terapi daripada beberapa pengedar. harga alat2 diatas paling minimum pun rm6500 ke rm25000.
cara terapi dia camni:
mattress tu akan disambungkan pada mesin diatas. cara terapi kesemua mesin sama je. (sumber: sini) |
aku tambah sikit info yang aku tahu.
semua orang boleh menjalani terapi ni kecuali ibu mengandung, orang yang pakai bateri jantung, orang yang menghidap kanser serta demam yang melampau.
aku try tanya staff kat pusat terapi kenapa golongan ini dilarang sama sekali menjalani terapi. diorang cakap, diorang taknak bertanggungjawab kalau apa2 jadi pada golongan2 diatas sekiranya mereka menjalani terapi. ok. alasan yang bagus. tapi aku tak puas hati.
aku simpulkan sendiri. golongan2 yang kat atas tu berisiko mendapat apa jua tindak balas atau penyakit lain yang mungkin tidak dijangka. jadi, diorang ni takut, kalau diorang dipersalahkan sedangkan penyakit tu memang dah berlaku sebelum mereka jalani terapi.
kesimpulan lain, staff ni takde banyak info (scientific and research) sebab diorang dilatih memberi penerangan yang paling simple supaya pengunjung pusat terapi faham. yelah, aku tengok kebanyakan yang pergi pun dah tua. yang banyak sakit.
aku taknak cerita pasal fakta tentang keberkesanan terapi ni seperti yang diwar2 kan oleh pengeluar dan pengedar mesin2 ni.
perubahan yang ketara pada aku ialah: (setelah 4 bulan-30 minit/hari)
1. setiap hari aku akan yak3. kalau dulu 2-3 hari aku tunggu. ada sampai seminggu. naik risau aku!
2. kuku, rambut cepat panjang.
3. dada aku kurang sesak pagi2. aku ada asthma. jadi, bila sejuk jadi auto wheezing.
4. pening kepala dah kurang. kalau panas ke, sejuk sangat ke mesti aku akan pening2. bukan migraine eh? mak aku selalu cakap, kurang oksigen dalam badan. -_-"
5. gigi geraham yang paling belakang dah lama bagi salam nak keluar. tapi tak keluar2 lagi sampai nampak macam ada gigi berlubang. check dentist, dia tak usik apa pun. aku lagi takut kalau2 dia korek bagi keluar sekali dengan gigi2. tak ke haru?? jadi aku biar je. kalau makan, ada je makanan tersekat. kalau terlebih korek/gosok gigi, mesti bengkak dan sakit. lepas je terapi beberapa bulan ni, gusi tu tertutup balik dan tak sakit dah. ajaibnya..~
6. mengantuk yang teramat sangat setiap kali selepas terapi. aku cuba dapatkan kepastian daripada manager pusat terapi. dia kata itu adalah perkara biasa. ada kemungkinan yang aku tak cukup rehat/tidur. ye ke mista manager?
tak ajaib sangatlah kan berbanding dengan orang yang ada sakit kronik nih!
kalau nak tahu @ try sendiri, silalah cari pusat terapi berdekatan ye. setahu aku, kalau setakat 30minit terapi adalah free. ada juga yang berbayar. tapi bayaran adalah sangat murah dan affordable!
tapi aku taklah sarankan yang kita bergantung harap pada terapi ni kalau kita jatuh sakit sebab apa pun sakit kita adalah dari ALLAH dan yang memberi kita sembuh adalah ALLAH jua. tak ada 100% guarantee dalam semua kaedah rawatan pun. yang penting kita cuba!
No comments:
Post a Comment