gambar:
rumah hantu yang diadakan di karnival kanak2 anjuran sebuah sekolah baru2 ni.
lagi pun aku dah tanya budak kecik yang bawak aku ke karnival ni, dia cakap takde lah takut. aku percaya dia sebab dia ni memang penakut! nak pergi dapur sorang2 pun dia tak berani! parah betul!
masa sekolah menegah dulu pernah lah kelas aku buat rumah hantu sempena hari kantin sekolah. sekolah aku dah lah macam puaka sikit. hehehe..
bangunan lama. tinggalan inggeris dulu2. pernah terbabit dalam perang jepun. tempat mubaligh kristian berkumpul. lambang salib dekat atas bumbung masih ada sampai sekarang! puaka tak puaka, aku tak tahu. selama 11 tahun aku bersekolah kat situ, tak pernah aku ni dipuakakan (apakah???)
bangunan lama. tinggalan inggeris dulu2. pernah terbabit dalam perang jepun. tempat mubaligh kristian berkumpul. lambang salib dekat atas bumbung masih ada sampai sekarang! puaka tak puaka, aku tak tahu. selama 11 tahun aku bersekolah kat situ, tak pernah aku ni dipuakakan (apakah???)
berbalik pada cerita rumah hantu. tiga hari suntuk kitorang buat props untuk rumah hantu. malam sebelum hari kantin, kitorang buat baca yasin untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku. alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar.
dan apabila tiba hari itu, aku lah yang menjadi tukang hantunya. seronok kenakan orang ni! kelakar tengok bebudak perempuan menjerit. lagi diorang jerit, lagi syiookkk aku kacau. ada yang sampai cakap, "tolong, jangan kacau saya, saya nak keluar." hahahaha!
aku takdelah kacau dia, sebab aku tahu bila dia jalan depan sikit, kawan aku ada untuk sergah dia bagi lagi haruuuu! kawan aku ni over sikit. dah sergah, dia pergi pegang2 dan siap kejar lagi orang yang dia sergah. berjaya betul 'hantu' dia!
bukan je budak perempuan yang takut hantu, budak laki pun ada jugak. berkepit2 jalan sambil peluk2 kawan kalah perempuan yu! hahaha!
sama ada kita percaya atau tak kewujudan hantu, rumah atau pameran hantu ni lah yang paling mendapat sambutan. aku ingat lagi masa ada pameran hantu di muzium negara. masya-Allah!!! seramai2 umat! nak jalan pun tak boleh.
aku ni nak kata percaya pun tak, tak percaya pun tak pasal HANTU. aku memang penakut. tapi setakat rumah hantu ni, aku boleh mencabar ketakutan aku, kalau ada orang teman. hehehe...
pengalaman aku dengan hantu (cam pelik je ayat ni!), bukan nak cakap besar, tapi memang takde. pernah sekali dekat hostel masa belajar dulu. room mate aku tanya, "kau ada rasa apa2 tak?" aku jawablah takde. lepas tu baru dia cerita dia kena kacau, rasa macam ada orang tengok. dan2 tu jugak aku jadi seram. seram bukan kerana aku pun rasa macam tu, seram sebab member ni cerita itu ini. psycology tuh!
sampai aku pun pelik, kenapa akulah orang yang paling selamba setiap kali member2 dah cuak sebab terdengar, terperasan, terpandang entiti paranormal ni. tapi aku percaya, ini kot kelebihan aku. kalau aku ada kat situasi diorang, mau aku p.e.n.g.s.a.n!
teringat sorang anak buah, pergi ke tandas sorang2. tandas dalam bilik, dan lampu bilik tak pasang. aku tanya dia, kenapa tak ajak aku teman, tak takut ke gelap2? dia jawab,
"adik takut Allah."
No comments:
Post a Comment