Monday, December 13, 2010

jalan-jalan jumpa sup!

musim2 cuti sekolah macam ni baru dapat merasa jalan2 jauh sikit. seminggu jugaklah meronggeng sakan. takdelah ronggeng sangat pun. kebanyakan aktiviti tak macam apa yang dirancang. kecewa sikit. sebab utama cuma nak cari tempat yang best untuk memancing. ye. memancing adalah tujuan kenapa aku join diorang.

bila dah ikut, memancing tu cuma perkara penyedap jeuntuk tarik aku sekali untuk ikut serta. aku bukanlah pemancing tegar. tapi, kalau apa yang dicakapkan tu tak serupa dengan apa yang dibuat, sikit sebanyak buat aku geram dan marah.

seminggu berjalan2, yang aku rasa enjoy cuma 3 hari saja. yelah, aku cuma ikut orang je. sedar tu. bukan tak sedar. nak buat apa yang aku suka pun tak boleh. memancing sekadar melepaskan batuk ditangga je. tu pasal semalam keluar lagi memancing kat tempat biasa.

entri ni bukan nak cakap pasal kekecewaan aku. lagipun, malas lah nak rasa kecewa2 ni sebab benda dah jadi. kita hanya merancang tuhan yang tentukan semuanya. nak marah kecewa pun tak guna.

perjalanan hampir 2 jam dari melaka (alor gajah) ke kl memang memenatkan. bertolak pun lewat, rasanya dekat pukul 5. sampai kl dah nak maghrib, singgah sana sini, sampai area pj, pukul 8 malam. perut masing2 dah bergendang gendut. cadangnya nak makan KFC je, tapi fikir2 balik, baik makan nasi. kebetulan, depan KFC ada restoran ANI SUP UTARA. apalagi, kitorang serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

aku tak reti ambil gambar yang boom! pakai cemera henfon je.
nampak cantik decoration segala bagai. kerusi dia pun cantik. dalam banyak2 benda kerusi yang aku tengok?
aku ingat menu ASU ni ada macam2. dah nama pun ASU, menu utama semua yang berasaskan sup. ada juga otak2, nasi ayam penyet. lama nak buat pilihan, sampai waiter tu boring nak ambil order. betul.. waiter tu buat rolling eyes lagi! macam ni.
rolling-eyes
ingat kitorang tak prasan ke bang? kawan baik yang ringan sangat mulut tegur si waiter ni, 'mengantuk ke bang?' waiter tu terus cover2 malu dan cakap 'takdelah'.

semua sup boleh pilih sama ada ala carte atau set. antara sup yang ada kat ASU ni ialah Sup Daging, Sup Perut, Sup Campur, Sup Ayam, Sup Cendawan, Sup Burung Puyuh, Sup Pipi, Sup Kambing, Sup Ekor, Sup Gearbox. sebab tu kitorang tak tahu nak pilih. last2 yang dipesan cuma sup burung puyuh. aku pula order bihun sup.

air2 yang kitorang order. air epal, tembikai, roselle, barli. aku semestinya order air yang special sikit iaitu air roselle. rasa macam asam boi. siap ada bunga roselle lagi!


bihun sup dan sup burung puyuh. bihun sup tu aku tambah dengan sambal kicap yang pedas untuk rasa yang lagi umppp!

ada set nasi untuk sup burung puyuh ni. tapi sebabkan orang yang memesannya dah kebuluran, maka beginilah jadi gambar yang aku tangkap.


secara keseluruhan, makanan di ASU boleh diterima tekak. nak kata sedap sangat tu takleh sebab aku pernah makan sup yang lagiiii sedap. harga berpatutan, servis ok walaupun waiter dia buat rolling eyes, masih boleh diterima.

untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.anisuputara.com.my/

3 comments:

Kie-yu said...

kt jb pun ada branch kedai ni
mmg sedap mihun sup dia :)

LyNn HaMzAh said...

pernah gak makan kat branch taman u, JB...

CekLa said...

ASU ni memang banyak cawangan kan?