konsert permata seni diadakan bertujuan untuk menggilap bakat anak2 kecil. sesuailah dengan tema permata seni iaitu 'Mengilap Bakat Muda, Menyerlah Rentak Bangsa'. dengan peruntukan yang dibiayai kerajaan Malaysia, boleh nampak kegempakan konsert tu dengan props dan showmanship bagai.
aku tertarik dengan kumpulan koir bimbingan Syafinaz Selamat. comel tengok gelagat budak2 kecil ni menyanyi. lagi2 bila akhirnya ada 2 orang budak keluar rapping dengan gaya yang sempoi lagi comel! lagu2 yang dipersembahkan semuanya mengembalikan memori aku masa kecil. aku dibesarkan dengan lagu2 seperti Kain Pelekat, Tepuk Amai-Amai, Buih Sabun dan When The Saints Go Marching In.
masa kecik2 dulu, aku takut mandi. lepas tu, mak nyanyi lagu buih sabun sambil letak sabun sampai buih2 dalam besen. mula dari situ, aku suka mandi dengan buih sabun. mulut pun dok nyanyi2 lagu buih sabun ni.
saya suka main buih sabun
gelembung bulat
cantik berkilat
bila ditiup angin berkawan
terbang tinggi sampai ke awan.
Sabun taruh air
kocak kocak jadi buih
ambil buluh celup
tiup buih terbang sayup.
p.s: rindunya zaman mandi dalam besen sambil telanjang bogel. hahahahah!
4 comments:
ak dibesarkan dgn lagu2 raya..haha
kekekeke... zaman mandi bogel dah berlalu.. jgn skang nak mandi bogel secara terbuka lak tau!
Anda di tag
MELEKIT DI GIVEAWAY FELLA !
aming.hahahha!
abby. walaupun zaman dah berlalu, kenangan tu buat cekla rindu..
Post a Comment