Tuesday, February 1, 2011

kasut macam cekla

aku tak mengangkat diri aku tinggi2.

yang aku nampak.
yang aku rasa.

kecil saja.

selalu ikut naluri,
bukan bermaksud bercitarasa tinggi kan?

sentiasa mahukan lain dari yang biasa-biasa,
tidak bererti tidak normal kan?

kasut (converse) aku sebelah kiri talinya hijau, diikat melintang.
sebelah lagi, tali putih, diikat bersilang-silang.

trend dua tiga tahun lepas. sudah lapuk sekarang. kasut itu pun aku tidak pandang lagi.

gf kawan lama membeli kasut jenis sama. 'macam cekla'
itu yang dia beritahu pada kawan bila mahu membeli kasut itu.

kenapa entah,
tak semena-mena aku bengang jadinya.
kalau mahu beli jangan mention barang itu sama macam aku punya.
aku tak suka sama.

sama itu semua ada.
sama itu kau kau orang pun boleh jadi ada juga.

aku berjumpa dengan mereka semula.
dan lihat kasut 'macam cekla' dia.

sebelah talinya merah.
sebelah lagi putih.

serius tak suka.

kawan baik kata tak apa. kau dah jadi trendsetter.

huh!?

2 comments:

AnakPakZohar said...

huhu... yad'z pon tak suke di sama-sama kan..

Syarmira Sakawi said...

betul! ming pun tak suka ni.. nak sama2.. set ur own trend bah..huhu