Aku rasa rata2 manusia disekeliling aku menilai seseorang melalui paras rupa, walau diorang tak cakap, tapi aku nampak.
yang mereka nampak adalah perkara asas yang ditonjol melalui rupa.
kalau kau cantik, kau akan ditegur dulu oleh senior. kalau kau tak cantik, sama ada kau kena greet senior dulu atau kau memang takkan bercakap dengan senior. malah, kau akan dicop budak skema atau sombong.
Hey, ini bukan sekolah!
Kalau kau buat salah, oleh sebab kau cantik, kesalahan yang sebesar gajah pun akan dibiarkan seperti angin lalu. kalau muka tak berapa nak cantik, tak berapa pandai bodek senior, buat hal sendiri saja, bila kesalahan itu sebesar kutu kat rambut pun orang boleh nampak.
bukan setakat nampak. kau akan dihurungi dengan pertanyaan dan pelbagai pertuduhan.
Aku penat dengan mahkamah buatan persendirian dan manusia bertuhankan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment