Wednesday, June 19, 2013

putih

sekarang memang tengah hot produk2 pemutihan yang menjanjikan kulit putih kalau diminum.

****white la, ****white la. tah apa white lagi tah.

cara diorang menjalankan marketing dan promosi memang berkesan. meletakkan perbandingan gambar sebelum dan selepas penggunaan memang bijak. jelas dan nyata nampak KEPUTIHANnya. harga pun berpatutan mungkin sebab tu ramai orang cuba.

setakat ni, aku belum lagi terjebak untuk beli dan guna. bukan sebab aku rasa aku dah cukup putih. aku ada perasaan ragu2 tentang produk tu. yela, tak semua produk berkesan untuk setiap orang kan?

so, satu hari, seorang colleague yang agak obsess dengan pelbagai produk pemutihan di pasaran bercerita tentang produk yang dia guna, beli dan jual kat sorang lagi colleague.

aku macam biasa tak berapa nak ambil port sangat kalau topik tu aku tak berapa minat. aku diam dan sambung kerja.

dalam aku tengah dok diam, tiba-tiba dia tanya,

"cekla, hang taknak try ke ****white ni?"
"hmmm, takpela. buat masa ni tak nak lagi." -sambung balik kerja.


"aku bukannya apa. aku nak bagi hang cantik.

-atleast kalau mati nanti takdelah muka buruk sangat"


WTFish??? semua orang yang dengar gelak.

sabar. aku sabar.
gelak tak ikhlas.
fikir banyak lagi kerja.

petang tu,

dia mencanang lagi  lawak dia pada semua yang kalau aku minum produk tu, bila mati nanti sekurang-kurangya takde la muka buruk.

dan seperti biasa orang akan gelak.

aku rasa aku tak boleh bersabar kerana sepanjang hari lawak itu yang aku dengar.

"ala ben, kalau dah mati nanti hang dengan aku confirm putih punyeee pakai KAIN KAPAN.
takde maknanya nak cantik masa tu!"


bunyi yang keluar selepas itu hanyalah bunyi 

cengkerik.



 

4 comments:

Lya` said...

bodoh nye lawak dia..nape tk kapak kn aje..bodoh puuuiii...*aku laks emo*

Lya` said...

ape la bodoh nye lawak dia..nape tk kapak kn aje..bodoh puuiiii!!!

CekLa said...

nmpk beno u emo darlink! hahahah

Lya` said...

kan kan..hahaha tu hantar 2 kali sbb yg 1st tu ingt tk lepas hahaha