Saturday, August 3, 2013

Ramadhan

Aku tak faham kenapa suddenly di bulan ramadhan ni manusia perlu berubah sikap.
Memang aku akui aku cukup tahu yang segala amalan pada bulan ini dilipatgandakan. Dan dibulan keampunan ini kita perlu bersikap baik dengan harapan perubahan yang dibuat kekal dalam diri.

Yang menjadi persoalan, adakah perubahan dan kebaikan yang hadir pada bulan yang istimewa ini, akan hilang pergi sepertimana perginya ramadhan?

Oh please dont get me wrong.

aku tak berniat pun nak mempersoalkan segala kelebihan dan keajaiban ramadhan.

ini adalah perihal manusia. Yang cuma jadi baik cuma hanya 1 bulan. Percakapan, gurauan, tingkah laku.
'tak boleh la boss. i tak ambil duit kopi. ini bulan puasa maaa..tak baik.u simpan next month la baru kasi i.'

bulan seterusnya bagaimana?


masih mahu menyalahkan syaitan untuk setiap khilaf kita.

ishhh.
malulah.

p.s: entri ni spatutnya dipublish bulan lepas. tapi aku tak tekan butang publish

No comments: