perginya aku kerana aku tidak ada apa lagi untuk dipegang.
yang melepaskan kita dan segalanya tentang kita dulu adalah kau.
aku meminta-minta agar dipandang, didengar dan disayang.
selayaknya pengemis itu lebih beruntung dari aku kerana ada juga ehsan orang dibagi wang.
dan tika kau kunci mulut mata telinga deria aku untuk merasa;
baru aku sedar tempat aku berpijak bukan di situ lagi.
tulang belulangmu yang aku tampung dulu sudah cukup kuat untuk kau berlari;
tanpa aku.
cukuplah.
aku penat berlari berkejar sama kau.
cukuplah.
sampai bila kau mahu perah hati aku hingga kering?
[0112]
No comments:
Post a Comment