Tuesday, September 23, 2014

Rindu

Aku jarang telefon family. Ye aku tak malu mengaku tu. Seminggu sekali laa paling kurang pun. Aku takut mak abah bosan dengar aku pot pet tetiap hari. Lagipun abah ada WhatsApp. So hari2 boleh chat ngan abah.

Kalau boleh semua benda aku nak cerita kat mak abah. Semua perkara yang jadi kat aku diperantauan ni,kalau boleh, aku nak report kat diorang, dari sehappy2 peristiwa ke seranap2 perkara.

Aku kan tak reti nak ucap kasih sayang kat diorang (oh,skarang ni dah pandai sikit). Bajet jiwa kental. Tapi benonye jiwang karat. Hahahaha! Mengata kat diri sendiri!

Weyyhh,
boleh nangis kot even diorang tanya aku dah makan ke belum.
boleh nangis kot kalau ada sepatah dua kata nasihat keluar dari mulut diorang, walau cuma perkataan sabar je la long.
tengah buat kerja kat ofis atau berzumba jimba dengan kawan2, terkeluarrr airmata ni bila tetiba je teringat diorang

Motifnye aku bercerita semua ni adalah kerana aku terlalu rindukan diorang.

Tak suka baca pi main jauh2.

*nangis*

Thursday, September 18, 2014

Life

Life,
doesn't have to be perfect;
to make it wonderful.

Wednesday, September 17, 2014

Dengar

Kadang2 aku perlukan seseorang yang dengar bodoh gitu je ape yg aku nak luahkan pada dia.

Tanpa perlu comfort word yang everything is gonna be just fine.--i know the fact that things are gonna be fine! Tanpa perlu kata yang dia faham apa yang aku rasa. Tanpa perlu bercerita pengalaman serupa yang dia pernah alami.

Bila aku cakap dengar bodoh bukan bermaksud dengar dan jadi bodoh. Sometimes, I just need someone to be there and listen to the very bit.

cuma
mendengar.
dan buat aku tahu dia ada.

Random

Manusia takkan dapat kesempurnaan sebab sempurna itu milik Allah.

Mungkin manusia boleh tunjuk pada semua segala kebaikan, kehebatan atau apa saja yang menggambarkan sifat sempurna, tapi Allahlah maha mengetahui.

Nak tergelak pada manusia yang macam ni. Makin ditunjuk segala apa milik dia, makin dia lupa yang semua tu Allah punya.

Tak hairan lah kalau manusia terlalu mengejar kesempurnaan.

Manusia suka mengejar, mencari yang indah2, itu fitrah. Tapi kalau dalam pada tu dok pandang orang lain sebelah mata, macam mana pulak ye?

Tuesday, September 16, 2014

Jujur

Susah jugak kalau terlalu jujur. Semua benda kalau boleh nak cakap, nak luah.

Sunday, September 7, 2014

Ilmu

Bukan sebab kita dah lama hidup, kita tahu segalanya dan ilmu penuh di dada.

Bukan sebab kita dah lama ceburi bidang yang kita dok buat, kita lah pakar dalam hal tu. Oklah. Maybe we are the-so-called expert but our expertise @ knowledge can only reach into certain level or limit.

Kalau scientist benar2 bijak lagi mahir, mesti diorang dah jumpa penawar untuk aids, kanser dan penyakit2 lain yang sampai sekarang takde ubat yang benar2 berkesan untuk merawatnya.

Kalau polis betul2 hebat dalam membanteras jenayah macam superhero movie, mesti dah takde penjenayah kat dunia ni.

Lagi banyak yang kita belajar, lagi banyak yang kita tak tahu.

Ilmu tu milik Allah dan ilmu Allah tu luas. Rasanya sampai mati pun kita takkan habis belajar semua ilmu2 tu.

Jangan pulak kita takbur atau rasa rugi kalau perlu mengajar sedikit dari ilmu yang kita tahu. Sebab ilmu bukan hak milik kita pun. Kalau Allah tak @ belum izinkan kita untuk dapat ilmu tu, tetap kita takkan dapat.

Rahmat tuhan yang satu ni perlu dikongsi, bukan disimpan peram dalam peti!