Aku jarang telefon family. Ye aku tak malu mengaku tu. Seminggu sekali laa paling kurang pun. Aku takut mak abah bosan dengar aku pot pet tetiap hari. Lagipun abah ada WhatsApp. So hari2 boleh chat ngan abah.
Kalau boleh semua benda aku nak cerita kat mak abah. Semua perkara yang jadi kat aku diperantauan ni,kalau boleh, aku nak report kat diorang, dari sehappy2 peristiwa ke seranap2 perkara.
Aku kan tak reti nak ucap kasih sayang kat diorang (oh,skarang ni dah pandai sikit). Bajet jiwa kental. Tapi benonye jiwang karat. Hahahaha! Mengata kat diri sendiri!
Weyyhh,
boleh nangis kot even diorang tanya aku dah makan ke belum.
boleh nangis kot kalau ada sepatah dua kata nasihat keluar dari mulut diorang, walau cuma perkataan sabar je la long.
tengah buat kerja kat ofis atau berzumba jimba dengan kawan2, terkeluarrr airmata ni bila tetiba je teringat diorang
Motifnye aku bercerita semua ni adalah kerana aku terlalu rindukan diorang.
Tak suka baca pi main jauh2.
*nangis*
No comments:
Post a Comment